Friday, August 17, 2012

Gua Rasa Best Gila Raya Tahun Ini


Salam Jumaat Kawan...,

Gua pasti semua orang Islam yang normal sekarang pasti rasa tak sabar menyambut syawal yer dak..? ada yang dah sampai ke kampung halaman dan ada juga yang masih bekerja hari ini *gua la tu.

Dan gua pasti juga ada yang tidak dapat menyambut raya pertama bersama keluarga kerana bekerja..., tapi kalau yang sesuka nak bekerja nak nampak 3 kali ganda tu agak sengal jugak la sebab nak duit semata-mata.

Raya pada tahun sebelum ini iaitu 2011 gua buat pertama kali dapat beraya berdua iaitu bersama isteri gua si YANA..., syok wo satu perasaan yang sukar digambarkan bila dapat beraya bersama isteri..hihi.,


Gambar atas ini ialah pada raya tahun lepas di Kampung belah mak gua iaitu di Melaka..., tahun ini rumah dah lain sikit sebab bahagian yang depan tu dah dirobohkan so tahun ini rumah nenek gua berwajah baru..hihi.

Jika sebelum ini perasaan gembira bila dapat beraya bersama Isteri.., tetapi pada tahun ini Alhamdulillah gua bertambah gembira kerana dapat beraya bertiga ditambah dengan seorang puteri sulung gua iaitu Aimy Zafirah..('',) auw auw..

Gambar atas ni gua bersama isteri gua Yana dan juga anak gua Aimy Zafirah...


Woi isteri gua bukan Yana Samsudin tu tau.., tapi Siti Liyana.. memang dua-dua nama YANA. Jangan main gila kata dua-dua tu isteri gua kang bukan jadi Bini Biniku Gangster tapi Bini Biniku Yana..hahahaha


Selamat Hari Raya ek.., kalau gua ada buat salah mohon maaf..


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Tahniah kepada sesiapa yang buat pertama kali dapat beraya pada tahun ini bersama isteri ataupun anak, 


18 Orang Memberi Komen & Pendapat

wah..mmg meriahnye raya ujang taun nih...slmt ari raya :)

selamat hari raya... maaf zahir & batin....

wah memang meriah la..
dah tambah dengan anak sorg.. hehhe

haha...'isteri-isteriku Yana'..best gak tu

Ujang meh baca entry ni.. :D
http://akutracy.blogspot.com/2012/08/maafkan-aku.html

slmt hri ry to ujang ,kak yana n baby!!..kim slm kak yana n kiss kan baby tau22..=)=)

Selamat Hari Raya, Ujang. Maaf Zahir & Batin. :)

tahun mesti banyak kena prepare duit raya kan....

memang seronok lah dapat beraya bersama isteri dgn anak... sy masih blm ada lg semua tu...

hahaha

haish ade je bahasa seni merepek dia tu!

hehe boleh laa si zafirah kumpul duit raya thun ni . btw slamat hri rya jgk :)

hahaha bini-biniku yana. amboi! hahah

sumpah sweet.. selamat hari raya ye buat sekeluarga... hihi

bini biniku yana , TAK BOLEH BLAH . hahaha

cantik blog abang .. macam mana nk buat header tu eh ??

senang citer buat lah... biniku Yana binimu Yana ekekekek


EmoticonEmoticon