Thursday, August 30, 2012

Review Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu)



Semalam gua baru menonton Filem SAM arahan pengarah termuda di Malaysia iaitu Syafiq Yusof., walaupun Filem SAM dah agak lama keluar di pawagam tapi semalam gua baru berkesempatan tengok di wayang.., pra tonton tak pergi hari tu rasa rugi pulak..hihi

 Syafiq Yusof


*******************

Review Filem SAM

- Seperti yang gua duga.., filem terbaru Skop Production memang tidak mengecewakan..!! sebenarnya gua tanak tengok dekat wayang filem SAM ni.., tapi fikir rugi tak tengok dekat wayang kalau Filem Skop Production ni sebab Skop Procution filem dia memang tak rugi kalau tengok di wayang sound effect dia memang best..hihi

Jalan cerita atau Plot Filem SAM ni bagi gua memang genius dan sangat cantik disusun oleh Syafiq Yusof.., serius gua tabik dekat budak kecik ni..umur 18tahun dah berjaya hasilkan filem kretif macam ni.., permulaan jalan cerita yang santai dan ceria lepas tu mula dengan suspen dan ditambah dengan aksi..auw auw..memang cukup garam la kalau dalam masakan tu orang cakap.

Walaupun ada beberapa babak yang agak kantoi antaranya babak Lisa tuam muka Sam menggunakan ais lepas tu tiba-tiba Jefri(syamsul) datang bagi ais.., selain tu ada dialog yang neelofa kata dapat tiket konsert free..tiba2 dia kata beli pulak keesokan harinya..('',) tapi tu tak jadi masalah sebab kesalahan kecil tak kacau plot jalan cerita..hihi

Kekuatan filem ini gua rasa semua main peranan yang sangat baik.., Syafiq berjaya mengarah dengan bagus dan penggunaan kamera pun sangat mantap..!!!! memang gila syafiq ni gua respek dengan view kamera yang dia buat..maybe pengalaman dia dari filem pendek kot..hebat2..!!, selain itu kesemua pelakon memang terbaik termasuk pelakon tambahan...gila lengkap la..hahaha


Haikal(azad) lakonan dia memang rasa nak tumbuk jer..!! menjadi gila..geram gila gua..hahaha

Lisa ni takyah cerita la..gua tengok dia dalam filem ni derm..!!! geram2..

Sam lakonan dia memang takleh nak pertikaikan..dari romantik, ganas, garang, lawak semua dia boleh..


Jalan cerita SAM ni susah nak di agak..gua tak bajet pulak ending cerita dia macam tu...,hihi.. tapi gua rasa filem ini boleh di prequelkan ('',)

*******************

Apapun gua nak ucapkan tahniah kepada Syafiq Yusof kerana dia memang genius tak pedulilah bapak dia kaya ke apa tapi idea dia dalam filem ini memang patut di tabik..!!

Mungkin ramai yang tak puas hati dengan ending cerita ini tetapi plot cerita dia sangat mantap..!! Kutipan Filem SAM boleh meletup ni..!!



Ujang : Thanks Lisa sebab teman gua tengok wayang

Lisa : no hal la..lagipun Yusri tau dah..

Ujang : ok..,jumpa lagi..

Lisa : apa2 mesej ok...tata


RATING
9.5/10


Sekian...Peace (~_^)v



Artikel Terkait

14 comments

Dialog yg last tu.. Memang blh buat scrip movie... Hehee

Semalam pun Nurul ade g tgk... memang terbaik!!!

x sangka ending dia boleh jadi camtu.. mati2 ingat Haikal yg jahat..

sy dah tgok cerita ni sejak raya pertama lg... filem ni mmg terbaik...

rating tinggi sebab ada lisa.. ;)

best ek?tinggi rate bagi tu...
kim salam a kt lisa ko tu..hihi

entry gambar raya kita ni..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/entry-gambar-qasehraihan-julung2-kali.html

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/

best ea.. skrg e'in mcm dh mls nk tgk cite melayu.. muehehehe

hahaha sempat lagi mention bapak dia kaya, hehe :D

hee dah lame x masuk panggung ni. bile la plak ai,,, tp rmai ckp cite ni best, cuma ending je la. ey??? tapi xnak tau sbelum tgok. hehe

Thanks sebab bagi rating dan komen best. Aku rasa sangat best. Lepastu aku try usha review kat blog orang. Siap bagi 2.5/10 je rating. Aku ingat taste aku buruk. Aku suka ending dia. Unexpected. This is the best thriller movie made by Malaysian.


EmoticonEmoticon