Video Namewee Kutuk Lin Dan jadi isu besar
Namewee
"lempang la saya..." kata namewee kepada korang..
*gurau je..kang sia2 gua kena saman..hahaha
*************************
"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.
Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.
Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.
Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.
"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.
- bernama
ni kot Video Namewee Kutuk LinDan
*************************
Gua tak paham dengan mamat ni..., sayang toi.., dia ni berbakat tapi salah guna tempat ataupun tak reti guna tempat
Orang akan suka kita kalau kita berbakat dan guna pada tempat yang betul.., kekadang ramai orang rasa dia hebat dan nak tunjuk dia hebat...tetapi hakikatnya bila kita rasa kita hebat secara tidak sengaja kita akan tunjuk kebodohan kita..hurm..
Apapun respek dengan Dato Lee Chong Wei ni...dia sangat matang dan profesional..eh betul ke gua eje profesional ni ek..?? hahahaha
Sekian...Peace (~_^)v
p/s : namee kutuk lindan, isu namewee kutuk lin dan, video namewee lindan , video namewee lin dan
10 Orang Memberi Komen & Pendapat
lebih mudah di tulis PRO!!
huh..kentut dia ni,
wat malu malaysia je..
eemm.. kesian.. ada bakat tapi bukan ditempat yang sepatutnya..
dengar nama nmwee pun rse meluat,
raja kontrovesi dia ni.. tk habis2 ~
Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.
kontroversi melanda org biasa di Malaysia ni semakin ramai... mmmm...
publisity murahan je namewee nih.. hehehe
x paham..sape nk translate ni...??
ini kontroversinya yang kedua lepas dia punya kontroversi dengan lagu negaraku.
Ada part yg ada Cincin tu dia ckp "perempuan gemuk itu pn menangis utk awk" hina bini pm nmpk
Si namewee ini biasanya suka buat hal, kemudian cakap "MINTA MAAF"... kemudian lepas...... Itulah sebabnya pihak berkuasa kena ambil tindakan tegas, jika tidak siapa-siapa pun boleh buat salah, kemudian cakap "MINTA MAAF" lepas tu semua pun ok..
Banyak kali dia buat hal dah:
1) Hina lagu negaraku
2) Hina TNB
3) Suka mencarut
EmoticonEmoticon