
Al-kisahnya :
Sejak gua makin boroi ni..., gua dah jarang pergi ke THE MINES shopping complex.., apa kena mengena boroi dengan tak pergi gua tak pasti.., sebab sebenarnya gua tak tau nak mukadimah cerita macam mana..hahaha
Dari gua pergi THE MINES gua lagi suka pergi ke ALAMANDA.., sebab ALAMANDA best sikit nak jalan2..yer dak..?? * setuju je la.!!
Baru-baru ni gua pergi THE MINES sebab nak pergi repair talipon bimbit gua...haaa kalau sapa nak repair atau beli talipon bimbit boleh la ke THE MINES sebab situ senang dan murah...
Ok sambung cerita.., bila sampai dalam THE MINES gua tengok banyak yang dah berubah antaranya toilet dah makin cantik dan surau yang dekat tepi bowling tu pun dah tutup dan dijadikan toilet untuk orang cacat.
Di pendekkan cerita selepas urusan talipon bimbit gua selesai gua pergi makan dengan Yana di KFC..., masa tu dah masuk magrib sambil Yana makan gua ingat nak la pergi solat Magrib dulu.., tapi bila teringat surau di tepi boling tu tutup so gua dah tak tau lokasi surau so tanya la staf KFC situ
Lokasi : dikaunter KFC
Masa : 7.50pm
"dik surau dekat mana ek" tanya gua penuh sopan ala2 ustaz don kepada adik KFC yang lengkap bertopi KFC
dengan penuh konfiden adik KFC jawap " surau dekat tepi boling tu bang "(lokasi lama)
"situ dah jadi toilet la dik.." jawap gua selamba
dengan mimik muka tebal adik KFC tu terus tanya kawan dia di kaunter sebelah yang berjantina wanita
" wei ain surau dekat mana yer "
" dekat tepi boling tu la.." jawap kawan adik KFC dengan penuh konfiden gak..
"erm...takpa la dik..nanti ustaz cari sendiri " jawap gua rendah diri sambil buat muka ala ustaz don...('',)
Di ringkaskan cerita 3 orang staf KFC disitu tidak dapat menjawap lokasi surau di dalam THE MINES.., secara positifnya gua beranggapan mungkin surau tepi boling tu siap renovate jadi toilet dalam masa tak sampai 24jam...('',)
*siapa yang biasa pergi THE MINES paham la jalan cerita dan lokasi cerita ni..., surau THE MINES dah berpindah ke tengah2 tingkat 3 tak silap...
.jpg)
