Thursday, June 27, 2013

Suami Orang Market Tinggi..!!!! Perempuan Gatal..!!


Gambar gua bersama ex gelpren..!!


******************

Al-kisahnya....

Sejak gua kelihatan macho jadi bapak orang ni..., gua sering kali di puji oleh ramai kaum hawa dari pelbagai peringkat usia...

Situasi ini berlaku bukan sekali dua tetapi dah banyak kali...antara contohnya gua kasi di bawah ini


Situasi 1
lokasi : pasar malam bandar baru bangi

Sedang gua jalan-jalan di pasar malam , selisih la dengan segerombolan gadis comel, student UKM barang kali...,tiba-tiba gua dengar mereka berbisik2

"eeeee comelnya" sambil pandang gua melemparkan senyuman..,

gua seperti biasa kontrol macho buat tak dengar sambil meneruskan perjalanan....


Situasi 2
Lokasi : hospital swasta az zaharah

Sedang gua nak pergi ke arah lif ., tiba2 nurse yang beruniform lengkap yang kebetulan keluar dari lif selisih terus tegur gua..

"hai sayang...." *sambil buat muka manja

gua seperti biasa kontrol macho buat tak dengar meneruskan tekan butang lif tingkat 3


**********************

Selepas berpuluh kali terjadi perkasa seperti di atas...gua cuba mengajukan soalan gua kepada isteri gua iaitu YANA..,

Ujang : anje anje.., kenapa selalu bila i jalan sorang2 ramai perempuan ngorat i ek..? muka i bertambah hensem ker...?

Yana : huh..!!!! dorang ngorat macam mana...?

Ujang : * gua terangkan beberapa situasi di atas...

Yana : u jalan sorang tu maksudnya sambil dukung Zafirah ek..

Ujang : haah *sambil angguk kepala

Yana : tu bukan dorang puji u la..!!! tu dorang puji zafirah...!!! 
           kedebuk..* satu tumbukan di biji mata gua
*Baru gua sedar rupanya ke machoan gua kontrol selama ini sia-sia kerana ianya palsu belaka..,('',)


*********************


Contoh beberapa gaya gambar kalau gua bersama Zafirah....





Sekian...Peace (~_^)v



p/s : hakikatnya suami orang yang jalan sorang2 sambil dukung anak memang hot..!! hihi


Wednesday, June 26, 2013

Candy Crush Yang Macam Bongok.






Kalau di Malaysia bahasa menyatukan bangsa..., tetapi di Facebook Candy Crush menyatukan persahabatan.....hihi...

Gua hampir pasti ramai yang suka dengan game Candy Crush ini dan ramai juga yang menyampah dengan kawan-kawan yang tak henti-henti invite main game Candy Crush ni yer dak..?

Siapa yang tak main game candy crush ni orang sombong..hahahaahah, sebenarnya gua pun benci dengan candy crush ini sebab kemain payah lagi bila level tinggi ni..grrrr

Tips yang gua rasa paling berkesan untuk lepas setiap level yang susah ialah kena memaki hamun game ni..walaupun terasa macam bangang tapi itulah kenyataan yang patut diterima kepada yang memang macam bangang main game ni...hahaha

Tapi sekarang ni mood nak berhenti main macam dah ada...sebab susah pulak..!!! nak lepas semua memang senang kalau main cheat... tapi siapa yang main candy crush guna cheat ni tak best..!!! ibarat ngorat awek guna bomoh..pasti dapat...

So kepada sesiapa yang main candy crush sila la roger...boleh gua paw nyawa dengan tiket..!!!! *siapa yang main candy crush je paham..hihi

Sekian...Peace



Wednesday, June 12, 2013

benda bosan bila musim exam



sekarang ni di UPM musim exam..gua tak pasti dekat tempat lain...apa yang gua bosan bila musim exam ini ialah kena jadi pengawas bila exam...grrrrrr. bosan gila wo mengadap depa semua...dah la takde student cun, kalau ada boleh cuci mata gak hahahhaa .


 tapi  bila musim tak exam kerja lain pulak banyak...hihi. dah la tu je saja test update guna talipon bimbit..hee

gd luck kepada semua yang tengah nak exam...selamat meniru


















Monday, June 10, 2013

Jenis Kentut dalam gelaran orang putih..!!





Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.

 Udin : Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.

 Udin : Kentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.

 Udin : Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.

 Udin : Kentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.

 Udin : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.

 Udin : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.


************************


Kesemuanya copy paste..hahahahaha, saat pemalas mengomel dan juga update blog gini je la kejenya k..


Friday, June 7, 2013

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Sadis dan pedih bila dengar berita runtuh runtuh ni...adoiyai.. kang lepas ni mesti ada kaitkan dengan politik...walaupun hakikatnya mesti ada kaitan..tapi bagi gua kita kena fikir ini semua kuasa ALLAH..,

Cuma kita yang ada ni boleh berfikir dan muhasabah diri yer dak...? Bahagian jambatan yang runtuh ialah sebatang palang konkrit sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung..

Dengar cerita ada gak mangsa yang meninggal..., dan ada pekerja yang tertimbus...,














******************************

Memang Jambatan Kedua Pulau Pinang ini adalah projek Barisan Nasional.., tapi kita tak perlu kaitkan dengan keburukan Barisan Nasional.. sebab ini adalah kesilapan manusia.. mana parti buat projek kalau problem salah parti..tak elok la gitu ...

Gua agak menyampah bila parti menuduh parti untuk kepentingan parti tu sendiri.., cuba kalau pihak parti ang yang dapat projek tapi ada masalah kena tuduh gitu..ish3..,

Allah bagi petunjuk ini untuk kita sama-sama muhasabah diri baik rakyat ataupun pemimpin..hurm.

Tak caya ek ni projek barisan nasional...ni gambar..hehe



gambar sumber google...


Video Jambatan Pulau Pinang Runtuh





Sekian...Peace (~_^)v


p/s : 

tags : jambatan runtuh, gambar jambatan pulau pinang runtuh, Punca jambatan pulau pinang runtuh,

Wednesday, June 5, 2013

Zafirah bersama atok dan nenek...yeeehaaaaa



Salam sayang geng..!!

gua tak tau nak update apa..so tepek gambar anak je la....hahahahhaha

Biasa la sejak jadi wakil rakyat ni gua sibuk sikit melayan rakyat...., sibuk layan bini pun tak sesibuk layan rakyat...

Ok la..babai..., pendekkan entri..


Sekian..Peace (~_^)v



p/s : siapa caya gua wakil rakyat memang senget...('',)