Thursday, August 29, 2013

Zafirah Carik Gaduh Dengan Qhaliff


Minggu ini 3 hari berturut-turut si Zafirah jumpa Qhaliff..... dan semakin hari semakin celik idea dia nak ngorat Qhaliff..hahaha

Seperti biasa si Qhaliff bertindak gaya seorang lelaki yang penuh tabah melayan kerenah pemangsa ikut perangai mummy dia barang kali..hihi, kalau bapak dia si Ben Ashaari kompem baran...hahaha





Wednesday, August 28, 2013

Zafirah kuat jeles...




p/s : macam mana nak dapat adik ni sayang...('',)


Tuesday, August 27, 2013

Beraya Rumah Ben Ashaari




Sejak Ben Ashaari pindah rumah baru dia di Salak Tinggi gua tak pernah sampai..., so dikesempatan hari raya ni gua saja terjah beraya nak tengok rumah baru dia..hehe

Ekceli gua memang suka pergi rumah orang sebab nak tengok rumah...leh amik idea untuk deco-deco..hihi...comel tak gua gelak bunyi "hihi"..?? Oi comel tak..???? hahahaha

Cantik oi rumah dia..moden style..., kalau dah moden mesti cantik yer dak.., macam awek gak kalau moden mesti cantik....*tibe2


*****************************

Gua ni sejak jadi timbalan perdana menteri jadi pemalas sikit nak menaip dan mengedit..so gua tepek gambar je ek ek...



Zafirah mencapai tablet milik Ben Ashaari seperti harta sendiri dengan tak malunya sambil si Qhalif wusha dari jauh di dakapan Ben....





Qhaliff tak puas hati melihat Zafirah buat harta daddy dia serupa gitu....sambil Zafirah konon2 tengah gayut dengan anak David Becham




Qhaliff mengikuti rapat Zafirah cuba untuk merampas sambil Zafirah berlari anak untuk menyelamatkan diri...


~


~


~




~




~

Akhir sekali...!!!



Mereka kawtim baik punya pakat-pakat nonggeng sama2....




Layan upin dan ipin sama2...sambil borak menggunakan bahasa baby mereka..gua dan Ben tak paham...hehe


Thanks Ben Ashaari sudi terima kunjungan gua ke rumah...dan tumpangkan basuh berak di rumah juga..hahahaha eh lupa cakap basuh berak Zafirah..bukan berak gua...grrr


Lokasi rumah Ben Ashaari juga sangat gua suka dan stategik sebab betul bersebelahan dengan rumah awek bujang seramai 15 orang...hahahahahahaah



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : lepas ni rumah siapa lagi yang boleh gua datang ek... 


Monday, August 26, 2013

Beraya Rumah Bro Framestone berkain pelekat..!!


Hari minggu pada bulan Syawal ni biasa la sibuk memenuhi jemputan kenduri ataupun sesi menyinggah rumah kawan-kawan yer dak..? nak pergi beraya katanya..

Korang jangan bebal lak cakap kalau nak datang ziarah kenapa tunggu bulan Syawal jer...gua tumbuk tau la...hahahaha. sukati la budaya ziarah atau open house buat dalam bulan syawal ni...janji tak lari hukum..baik kecohkan lagi budaya bangang hantaran kawin tinggi-tinggi tu...hahaha...('',)

Ok dipendekkan cerita untuk yang pemalas menaip macam gua ni..., gua salah seorang yang tergolong dalam golongan orang yang ziarah rumah kawan pada bulan Syawal sahaja..so salah satu rumah yang gua main terjah pada minggu hari itu ialah rumah rakan blogger iaitu si boroi Broframestone... kalau tak dapat masuk  blog dia tu maksudnya dia tak bayar domain k...hihi

Ekceli kesemua rumah yang gua pergi beraya pada hujung minggu hari itu atas jemputan...tapi rumah Broframestone ni gua main terjah jer nak datang..hahaha

So dengan muka ala farid kamil yang dah monopus si bro ni paksa rela terima tetamu tak diundang ...hahaha.., dengan kain pelekat jer dia menyambut gua...hahahaha




Seperti biasa blogger fulltime bernama Broframstone ni tak habis-habis ngadap komputer jer dengan kain pelekat cap gajah duduk ni..

Gua tak pasti pulak dia pakai kain pelekat ni pakai spender ker tak...hahahahahah...korang tengok gambar atas tu siap garu konek lagi bro...hahahahahah

Apa pun thanks bro kasi datang rumah...tumpang toilet untuk kencing... tumpang mandikan baby dan juga tumpang kan solat...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tu seterika ke mouse...hehe


Tuesday, August 20, 2013

Zafirah Lempang Qhaliff !!!



Gambar di atas ni adalah adegan selepas Zafirah melempang Qhaliff..., hahahaha.., Zafirah jumpa Qhaliff haritu ada ke patut dia pergi ke arah Qhaliff lepas tu dia cubit-cubit pipit gebu si Qhaliff boleh bayang kan dak..?? Geram dengan kegebuan pipi qhalif barang kali...('',)





Si Ben Ashaari yang simpati terhadap anak dia terus dera Zafirah...hahahahaha ada ke patut dia lambung-lambung Zafirah...kejam sungguh..!!! dekat mana nak  buat aduan penderaan kanak-kanak ek..??

Wohaaaaa!!


******************************

Ekceli Ben datang ke open house umak mak mertua gua haritu..., dan thanks juga kepada rakan blogger lain yang sempat hadir ke open house haritu



Tak sempat amik gambar geng lain...


Sekian...Peace (~_^)v



Friday, August 16, 2013

Ninetologi Perkenal Smartphone Mampu Milik



Korang pernah dengar Ninetologi dak..? gua mula kenal phone Ninetology ni bila adik gua beli sebijik dari PAKEJ KOMONIKASI BELI ..memang murah gila la selepas tolak rebet RM200...('',)

Secara ringkasnya adik gua komen phone ninetology yang dia guna memang puas hari dengan harga yang memang murah gila...,hihi

Baru-baru ni gua ada pergi event semperna pelancaran Smartphone terbaru mereka siri U9 iaiu X1, Z1 dan juga Z1+ bertempat di Hotel Hilton Kl Sentral.




Gua bila dapat jemputan ni agak teruja gak nak tahu macam mana rupa bentuk talifon keluaran jenama tempatan ni..hehe

Ketiga-tiga phone ini beroperasi pada platform Android 4.2 Jelly Bean dansudah berada dipasaran iaitu bermula pada awal Ogos 2013 dengan harga RM1099 untuk Nintology U9 X1, RM1199 untuk Ninetology U9 Z1 dan RM1299 bagi Nintologi U9 Z1+.


*****************************

Bawah ni gua tunjuk ciri setiap model

Nintology U9 X1
  • Skrin bersaiz 4.8-inci (Super AMOLED HD)
  • Kamera belakang 13-Megapixel.
  • Kamera hadapan dengan sokongan rakaman 720p
  • Processor Quad-Core 1.2 Ghz
  • Storan 16GB
  • Memori 1GB RAM
  • Dwi-SIM
  • Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2200mAh.
  • Harga RM1099

Ninetology U9 Z1

  • Skrin 5.7-inci IPS HD
  • Kamera belakang 12-megapixel
  • Kamera hadapan 5-megapixel
  • Processor Quad-Core 1.2 Ghz
  • Storan 16GB
  • Memori 1GB RAM
  • Turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar bersama-sama dengannya
  • Harga RM1199
Nintologi U9 Z1+
  • Skrin bersaiz 5.0-inci
  • Kamera hadapan 5-megapixel
  • kamera belakang 13-megapixel
  • Processor Quad-Core 1.2 Ghz
  • Storan 16GB
  • Memori 1GB RAM
  • Peranti ini menyertakan rekaan berasaskan aluminium bersama-sama dengannya
  • Setiap jualan peranti ini turut hadir dengan powerbank dari Ninetology
  • Harga RM1299

 Apa yang best dengan smartphone ni adalah ia menawarkan Smartphone dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik dimana ketiga-tiga peranti ini dipadukan dengan processor Quad-Core 1.2 Ghz yang dilengkapi dengan kamera 13 Megapixel untuk Nintology X1 dan Z1+ dan 12 Megapixel untuk Nintology Z1. Peranti dengan saiz paparan antara 4.8 hinga 5.7 inci ini turut menawarkan 1 GB RAM yang didatangkan bersama memori terbina 16 GB.

Best oi...hahahaaha mana nak dapat dekat luar smartphone lengkap gini dengan harga murah gini yer dak..??

Gua suka Z1+



*****************************

Haaaa.. sebelum gua terlupa ni nak habaq mai dekat korang.., sesiapa yang berminat nak dapatkan produk terbaru dari ninetology ni boleh la mencuba nasib

  • Grand Prize: A Ninetology’s Latest Device and RM3000
  • 1st Runner-Up: A Ninetology’s Latest Device and RM2000
  • 2nd Runner-UP: A Ninetology’s Latest Device and RM1000

Korang hanya perlu buat review mengenai smartphone ini dah pihak mereka akan bagi korang sebijik smartphone ninetology selama seminggu untuk korang menggunakannya dan bandingkan dengan smartphone jenama lain..jenama terpulang kepada korang..

Sesiapa yang nak join boleh email ke kawan gua ni Samuel Lee : samuellee@ninetology.com dan tinggalkan butiran korang seperti berikut :

  • Name
  • Blog URL
  • Email
  • Contact Number
  • dan jenis telefon pintar Ninetology  + 1x Other Latest Mobile Brand yang ada

Kalau korang terpilih nanti dorang akan terus hubungi korang..


Sekian...Peace (~_^)v


Tuesday, August 13, 2013

Hujan Meteor Di Malaysia



Tengah malam semalam di laman sosial terutamanya Facebook agak ramai yang kecoh mengenai Hujan Meteor atau Meteor Shower di Malaysia.. gua yang mulanya tak tahu apa jadi tahu gak..hehe

Ada gak segelintir yang meremehkan dan juga mempertikaikan geng-geng yang tunggu Meteor Shower kerana buang masa dan juga macam-macam hal.., pada gua apa adahal nak tengok kebesaran Allah yer dak..?

Gua secaja jujurnya jengok-jengok gak dijendela menantikan meteor lalu sebutir dua.., tapi gua wusha semenit dua jer tak sanggup tunggu lama..kang yang muncul bukan meteor tapi juon..
 hahahahahahahahaha *ok tak lawak

Tapi gua sanggup tunggu dari jam 11 sampai jam 2 di facebook menanti update dari rakan-rakan yang dapat tengok Hujan Taik Bintang di Malaysia ni....dukacitanya takda apa-apa update dari depa..so gua tidur jer la..hehe

Mungkin ramai yang tak tahu setiap tahun dalam bulan OGOS bumi kita akan melintasi orbit komet perseids.., dan dengan itu kita akan dapat tengok serpihan meteor ini..apa yang gua tahu tarikh terbaik ialah pada 12 Ogos waktu USA bersamaan dengan 13 Ogos di Malaysia (GMT+8)  ('',)



Korang ada ke yang dapat tengok semalam..???


" Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer"

-Agensi Angkasa Negara

**********************************

Setakat ini tak ada lagi Video Hujan Meteor di Malaysia..,tetapi ada di rakam di negara lain.., bawah ni antara yang the best...!





untuk detail boleh wusha SINI


Sekian...Peace (~_^)


p/s : gua dah 3-4 kali gak tengok meteor secara live ni..

tags : meteor shower in Malaysia, video hujan meteor di Malaysia, Video Meteor Shower Malaysia, Tahi bintang di Malaysia, Fenemona Hujan Meteor , gambar meteor di malaysia , gambar hujan meteor malaysia 2013, hujan meteor malaysia 2013,

Monday, August 5, 2013

Ben Ashaari gedik..!

Ada yang baca nak kutuk ben ker..?? hahahaha

Kalau gua lepak dengan ben ashaari ni mesti ada kerja gila gua dengan dia akan buat...,  biasa kalau ada urusan kerja kita orang serius berborak..tapi bila bosan ni la kerjanya..


Ben : wei ujang meh jap

Ujang : kenapa..?

Ben : jom buat duckface nak..

Ujang : jadah apa duckface

Ben : mana tau ada awek terpikat..

Ujang : ok kalau sebab awek gua setuju..

Ben : orait cun...cepat2..nanti malu orang nampak kita buat duckface

Ujang : gedik..!!!

*klik..!!




*****************************


Sebenarnya Ben suruh amik gambar gini sebab nak suruh tengok siapa lagi comel antara duckface papa dengan duckface anaknya...

Siapa nak tengok muka duckface anak kitaorang boleh tengok dekat SINI <--- p="">



Sekian..Peace (~_^)v


p/s : selamat cuti balik raya..., kalau rajin datang la beraya umah gua.


Friday, August 2, 2013

Trailer KL Gangster 2


KL Gangster 2 merupakan satu filem yang sangat dinantikan oleh peminat filem aksi tempatan yer dak..? , Kutipan Filem KL Gangster 2 dijangka boleh menyaingi kutipan filem KL Gangster sebelum ini

Plot cerita mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap penyakit barah. Keadaan bertambah perit apabila kakaknya, Zati diperkosa.


TRAILER KL GANGSTER 2





Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi. Filem ini akhirnya mendapat khidmat aktor berkaliber Malaysia, Rosyam Nor selepas gagal untuk dibawa untuk filem pertamanya akibat masalah jadual waktu kerja yang padat. Menurut Syamsul, beliau memang menginginkan Rosyam berlakun filem bercorak aksi kerana watak dalam filem tersebut memang dicipta khas untuk beliau. Kali terakhir Rosyam berlakun aksi ialah pada filem Castello Semasa pembikinan, pelakon Aaron Aziz menerima kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau dihantarkan ke hospital berdekatan

Video KL Gangster 2 (youtube)





Nantikan dipawagam 3 Oktober ini


tags : kutipan KL Gangster, Trailer kl gangster

Thursday, August 1, 2013

Duck Face...?? Eeeuuyuuuuuuuuuu!!!!!

Duck Face

Sejak bila lahirnya duckface ini gua pun tak pasti....zaman gua belum sunat dulu tidak la biasa dengar perkataan duck face ni..., barang kali zaman tu takda facebook dan instagram lagi yer dak..??


Ada yang mengata..ada yang membenci dan ada juga yang lahabau menyampah dengan wajah duck face ni..hehe


So gua rasa duckface ni comel bila budak kecik jer buat...hihi..,tah macam mana pulak anak gua dengan anak Ben Ashaari  ni kebetulan reti buat duck face...auw auw




Nie semua gara-gara aunty Fiza yang suruh ni.... habis dia mengajar anak kami buat duckface..., so kepada semua gadis yang rasa comel buat muka duckface tu teruskan la.., tak salah pun..wohaaa

Sekian...Peace (~_^)v