"babi la minyak naik doposen"
Tadi gua seperti biasa rutin pagi pergi makan di tempat makan berdekatan dengan opis gua ni.., gua pergi naik kereta proton buatan Malaysia yang ramai benci tapi beli gak...hihi
Perjalanan gua dari opis ke tempat makan lebih kurang 1km sahaja kira-kira menggunakan sebanyak satu liter petrol RON95.. jadi kos perjalanan gua ke tempat makan adalah RM2.10
Sampai di parking kedai makan dari jauh kelihatan seorang pakcik tua menebar roti canai "hebat pakcik ni" kata hati kecil gua
Sampai sahaja di kedai, gua pun duduk dikerusi yang berwarna merah pudar jenama diamond yang dibeli di kedai hardware barang kali..
"Makan apa dik" tanya seorang brader berbaju biru yang amik order kepada gua
"Bang roti tampal satu, milo ais satu" jawap gua kepada brader tadi
Selepas 13 minit roti tampal yang gua order tadi pun sampai dan selang 2 minit lepas itu baru milo ais sampai.., agak bebal lak rasa makanan sampai dulu baru makanan...grrrr
sedang gua mengunyah roti tampal yang garing itu tetiba gua dengar beberapa bualan geng-geng remaja bersembang di depan gua
"babi la minyak naik doposen" kata mamat berbaju oren berkolar hitam
"ala semua ni kerajaan nak untung lebih " kata mamat berbaju hitam penuh yakin
" aku dah agak dah minyak naik punya lepas pilihan raya bla bla bla bla" bidas mamat berbaju oren tadi dengan yakin seakan dia ahli nujum
Gua yang dengar perbualan mereka sambil makan sambil angguk kepala mana yang gua setuju dengan bualan mereka.., mana yang macam bangang punya pendapat gua senyum je seorang2 macam orang gila..*sila banyangkan
**********************
Kalau tanya gua pendapat tentang kenaikan harga minyak jawapan gua secara jujurnya tak setuju la...., siapa bebal je suka bayar lebih yer dak..?? hahaha, tapi yang setuju dengan kenaikan harga minyak ini mereka bukan setuju tetapi mereka berfikir lebih positif dan memikirkan benda yang lebih matang...
Tetapi yang setuju sangat dengan kenaikan harga minyak ni mereka tak tahu ke bahawa geng yang bising ini marah kerana mereka sudah masak dengan inflasi kenaikan harga barang mentah akan selari naik juga dengan kenaikan harga minyak ini
Secara logik memang golongan yang kaya tidak mengambil peduli dengan isu ini kerana bagi mereka itu hak kerajaan ataupun hak negara.., tapi jangan bebal sangat tak amik peduli kerana kalau tiada golongan yang membangkang ini rakyat akan diperbodohkan dengan mainan ekonomi oleh segelintir...diulangi segelintir puak kerajaan yang tak bertanggungjawap. ('',)
Bagi pendapat gua.., kerajaan nak rakyat berjimat cermat..., tapi kenapa kerajaan sendiri tidak amalkan sikap berjimat cermat..?? jangan tanya gua apa yang kerajaan tak jimat itu ok.. hehe
****************************
Semalam : RM1.90 / Liter
Sekarang : RM2.10 / Liter
1. Semalam : RM1.90 / Liter
RM1.90 x 10 liter sehari =Rm19
30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan
Setahun : RM570 x 12 = RM6840
setahun
2. Sekarang : RM2.10 / Liter
RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21
30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan
Setahun : RM630 x 12 = RM7580
setahun
Cuba buat perbezaan.
RM7580-RM6840 = RM740 seorg dlm stahun. (Banyak tuh !!)
Ini baru kiraan setahun bagi SEORANG rakyat Malaysia. Kira la rakyat Malaysia ni ada berapa juta dan darap la dgn RM7580.. ('',)
Sekian...Peace (~_^)
p/s : kekadang yang ramai menyalak tanda setuju dan tak setuju dengan isu minyak ni mereka yang tak guna pun petrol..tetapi lebih suka menyalak dengan isu politik..baik yang setuju dan tak setuju..('',)
11 Orang Memberi Komen & Pendapat
hoih untunglah p opis 1 km je. saya ni lebih kurang 50km pergi balik. nangis waaa. tapi apa boleh buat. dah nama pon mengikut arus huhuhu
Sy pun xsetuju... sedih dibuat begini...
Hmm..saya pon same 5km dari umah ke tmp kerja, susah lah..
Masalahnya.. Knaikan hrga petrol ni bkn kerajaan yg buat, mmg smua negara hrga petrol naik arini. Kurang sgt ambik tahu berita dunia camtulaa.. Depa X abis2 Salahkan kerajaan..
semua negara kan naik harga minyak hari ni .. memang patut pun digelar menyalak pada siapa yang setuju atau tak setuju tu .. umpama tong kosong berbunyi ^__^
sy ni 200 km sehari sonyap je.huhu
Baru rasa nak bernafas lega.. tetiba.. :(
nak marah nak bising menda dah jadi..
nak tak nak.. kena gak harung highway tetiap hari naik kenderaan guna RON95.
Komen tak boleh blah ialah nak samakan kenaikan harga rokok vs harga minyak.... terang-terang HARGA ROKOK tu tak effect SEMUA rakyat malaysia kot... dan maaf cakap laa yang kasi pendapat nie ramainya gadis dan pompuan... p/s : gua bukan perokok
wlu cam ne pun aku ttp tak setuju ... jgn dok bg br1m la ..bkn semua pun dpt ... yg tak dpt ni ttp kena cover jugak menyampah
*sila banyangkan.. haha..banyang tak tahan.. tp pape pun kes minyak malas nk komen..
Aku tak kisah jang petrol naik berapa sen pun...pegi mati la...watper aku nak menggadai harta benda semata2 nak isi petrol...petrol tue bukannya bole di simpan pun...bayar mahal2 pastu di bakar begitu sahaja. Tu sbb aku dah install NGV siap2...memang aku dah jangka benda nie akan terjadi...bak kata pengarah filem terkenal DAVID TEO "ini bukan janji...tapi pasti".
EmoticonEmoticon