Al-Kisah Budak Ponteng Solat Jumaat
Gambar Hiasan
Salam Jumaat
Alkisah seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat.
Budak ni nama dia Najeeb., jumaat minggu lepas dia tak pergi solat jumaat sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan...., kenapa dia nak ayam hutan jangan tanya gua..barang kali untuk besarkan perut dia...hehe
Nak dijadikan cerita..,sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah. Harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa Najeeb yang tetiba insaf..,"Ampunilah dosaku kerana ponteng solat Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yang memburu aku, seekor harimau yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba-tiba guruh berdentum! Harimau tersebut tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan Najeeb. Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit ... Harimau tersebut pun berdoa: "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "
Begitulah tamat riwayat Najeeb....amacam happy ending tak..?? ke tak baca..hahahahaha
*Cerita rekaan semata-mata cerita copy paste.., dan nama ada kena mengena dengan yang hidup...('',)
****************************
Moral Of The Story
- jangan ponteng solat jumaat
- nak pergi buru jangan sorang-sorang
13 Orang Memberi Komen & Pendapat
hahahaha..
best !!! haha... terkena dah. Najeeb najeeb.
agak sedih laa cite ni
ha.. dah cakap.. taknak dengar kata.. ;)
hahahaha
innalillah..sian najeeb :p
hahahha terbaik ...
huhuhu... memang kelakar
wakenabeb
Huhuhu, besa la time susah br nak ingat...
hey!! ahahahahaha!
EmoticonEmoticon