Tuesday, October 29, 2013

SEDA Malaysia Blogger Workshop.. WOW..!!




Baru-baru ini gua ada join satu program yang diberi nama  " SEDA Malaysia Blogger Workshop " yang bertempat di Berjaya Times Square Hotel.. dalam kepala otak bila buat dekat hotel je gua dah pikir makan best..hihi

Program  ini bertujuaan untuk memberi penerangan kepada beberapa wakil blogger yang hadir untuk menyedarkan rakyat Malaysia apa yang SEDA lakukan.. difahamkan juga pihak SEDA hanya panggil blogger -blogger yang hensem dan cun sahaja jadi disebabkan itu gua dipanggil oleh pihak SEDA...haa percaya tak kata-kata gua tu..? kalau tak caya baguslah sebab gua memang tipu..hahahhaah


Program ini bermula seawal 8 pagi untuk pendaftaran.., gua selaku blogger yang tepati masa datang tepat sebelum pukul 8 pagi.., gua datang bersama dengan Hafiz Rahim..., kenapa datang dengan dia ..?? sebab gua tumpang kereta dia.., kenapa tumpang kereta dia..? sebab dia duduk bangi jugak..? kenapa.....sudah tukar topik..!

Logo SEDA


Mesti ramai tak sedar apa itu SEDA yer dak..? jangan kuatir sebab sebelum join program ini pun gua tak sedar apa benda SEDA ni..hahahaha

SEDA ialah Sustainable Energy Development Authority of Malaysia yang berperanan mentadbir dan mengurus pelaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed-in Tariff (FiT)) bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu (Renewable Energy(RE)) yang diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725] . Ha kau nampak penerangan maksud SEDA yang gua sendiri google untuk menerangkannya..hahahaha

Itu secara ayat dan teori je apa maksud SEDA.., untuk lebih lanjut nanti gua akan ceritakan ok ok ok...???
*siapa baca sambil angguk dia memang power..!



Siapa yang pernah beli peti ais atau airkon yang ada logo-logo atas ni..?? ha kalau tak beli pun mesti perasan dengan logo atas ni yer dak...? benda ini salah satu daripada promosi SEDA...untuk detail akan datang akan gua cerita ok sayang...

***********************


Program ini bermula dengan ucapan pengenalan mengenai SEDA Malaysia oleh Dr. Wei-nee Chen




Korang tengok muka pagi-pagi tapi dah pening apa yang SEDA lakukan sebenarnya..hahahaha, secara seriusnya input yang masuk pada waktu ini tak sampai 30% pun sebab tak paham sangat..hihi


Selepas taklimat pengenalan  mengenai SEDA Malaysia oleh Dr. Wei-nee Chen, kesemua blogger diberikan kumpulan untuk sesi dua hala antara wakil blogger dan pihak SEDA sendiri.., Setiap kumpulan membincangkan tajuk berbeza untuk pembanggunan tenaga boleh baharu.



Muka semua bajet paham tapi pening..hahaha,

Wakil dari SEDA pergi kesetiap meja kumpulan untuk menerangkan beberapa proses tenaga boleh baharu ini beroperasi.

Untuk kumpulan gua wakil dari SEDA ialah timbalan pengarah iaitu En Edisham.., tampan orangnya..hehe,

Ketika ini barulah input masuk dalam 80% sebab lebih senang nak berinteraksi dan wakil dari SEDA menerangkan lebih detail mengenai proses ini

Banyak sebenarnya sumber tenaga boleh baharu yang kita boleh dapat seperti Solar,Hydro, Biogas, Biomas dan lain-lain., antara yang popular dalam sumber tenaga boleh baharu ini adalah solar.


**************************

Pesembahan...

credit pic

lagi pic di SINI <--- p="">


Gua salah seorang daripada wakil kumpulan yang membentangkan tajuk mengenai pembanggunan projek tenaga boleh baharu ini.,

Banyak benda yang dibincangkan dan apa yang ditekankan dalam Workshop ini adalah apa pentingnya tenaga boleh baharu dan kemana dan apa pentingnya cas 1% pada bil elektrik rumah kita..

Dan kepada yang tak tahu dengan menggunakan sumber tenaga boleh boleh baharu ini  secara tidak langsung korang mampu menjada pendapatan sampingan ...percaya dak..??


*******************************

Untuk detail lanjut apa yang kami bincangkan akan gua ceritakan detail pada entri akan datang.., benda ini penting sebab isu tarif elektrik bakal dinaikkan yer dak..?? hehe


8 Orang Memberi Komen & Pendapat

seronokk broo dapat ilmu baru..style

seda ni slh satu agensi di bawah kementerian sy..hehe..

tgk header, tgk gambar dlm post , *tenyeh mata dua tiga kali . hahahaha

good info
Kalau free singgah lah ke blog noly ye:) www.nolyanna.blogspot.com

.. dan tak lokek ceritakan semula kat blog ni.. ;)


EmoticonEmoticon