Monday, January 20, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia





Logo Kontes


Kontes Ilmu Blogspot untuk semua blogger Malaysia baik yang hensem atau pun tidak....Kontes atau pertandingan menulis entri terbaik berkaitan ilmu blogspot yang menawarkan hadiah wang tunai untuk para pemenang. Kontes ini anjuran oleh rakan blogger bernama  Hasrul Hassan

Kenapa gua terdetik nak join kontes ini..? jawapan dia senang sebab gua nak menang RM 400 hahahaha., selain itu gua nak kongsi dan cuba share benda yang seciput gua tahu pasal dunia blog ni.., eh kongsi dengan share tu sama je la kan...hahahahahahahah

Gua ada blog ni agak lama gak tapi sejak kawin gua dah slow sikit dan tak aktif macam dulu salah satu join kontes ini adalah untuk naikkan mood menulis gak..hihi..,

Erm..., sebut pasal kontes ini balik iaitu pasal Ilmu Blogspot..,  benda ini sangat meluas mengenai ilmu ni..,


Buat Duit Dengan Blog

- Amaran pertama gua untuk yang baru buat blog motif utama nak buat duit., sila hentikan niat itu.,terutama untuk blogger personal..kenapa gua cakap gitu sebab majoriti yang buat blog semata nak duit akan berhenti separuh jalan..ini pengalaman gua bersama rakan yang buat blog sebab duit... untuk pengalaman pertama dapat duit hasil blog baca SINI 

- Permulaan pertama yang buat blog mesti ramai letak iklan Nuffnang di blog yer dak..? itu pilihan utama kepada semua blogger baru baik pun yang lama.., tapi bila dah rasa lama pakai Nuffnang tak pernah dapat BE, cara paling mujarab nak dapat BE ialah dengan menghantar TIKET kepada Nuffnang.., Tips ini 95% menjadi..hihi, pengalaman pertama gua dapat BE dari Nuffnang boleh baca SINI 

- Medan Pengiklan popular yang ramai blogger guna sekarang ialah Nuffnang, Innity, Komli ,  dan Google Adsence ., tapi harus di ingat sumber pendapatan blogger kalau mengharapkan dari pengiklan diatas tak berapa banyak jika dibandingkan dengan Pengiklan luar.. satu entri/post yang korang boleh dapat dari pengiklan luar antara RM100-500.

- Macam mana nak dapat income pengiklan dari luar..?? jawapan dia berkawan la dengan gua sebab gua berkawan juga dengan orang yang dapat duit dari pengiklan luar..hihi

- Kalau nak cerita pasal duit dari blog bermacam kategori ada.., dan jangan terkejut ramai blogger underground pendapatan bulanan dia boleh mencecah RM5000 sebulan ataupun pendapatan tahunan dia boleh mencecah RM50,000 ke atas..('',)

- Kalau korang tanya total income yang aku dapat dari blog berapa.., kalau gua jawap RM20,000 korang caya dak..?? jeng jeng jeng...hihi ok tutup cerita duit dari blog..('',)


Pagerank dan Alexa

Rank Alexa penting dak..? siapa yang rank alexa dia tinggi kompom akan jawap tak penting sebab dia tak dapat rank yang baik..hihi., lelagi blogger yang rasa popular tapi bila check alexa dia teruk dia kata tak penting...jangan marah ek siapa yang terasa hee

Sebenarnya ada pentingnya rank alexa ini.., setengah orang nak tengok kualiti blog dia kita akan berpandu kepada rank alexa dia. bergitu juga dengan pengiklan ada setengah akan tengok kepada Rank Alexa dia.., macam Rank Alexa blog gua sekarang memang jatuh menjunam hahahaha tapi satu ketika dulu gua pernah mendapat Top 10 Blog Personal Malaysia Terbaik dengan alexa gua




contoh rank alexa blog Erti Kehidupan

Nampak macam senang nak capai tapi sebenarnya susah wo.., penganjur kontes kita si HasrulHassan ni salah seorang blogger yang dapat Rank Alexa terbaik..,

Tips yang gua boleh bagitau macam mana nak dapat Rank Alexa terbaik ialah

- Konsisten Update blog
- Konsisten Trafik blog
- Dapatkan backlink dari blog lain
- Mendapat komen yang banyak di blog
macam mana cara boleh baca SINI

Cara untuk check Rank Alexa blog korang boleh klik Alexa (masukkan url blog)


Untuk Pagerank pula ianya sangat penting bagi sesuatu blog kerana disini kualiti sesuatu blog itu orang akan tertanya-tanya kenapa blog ini dapat Pagerank yang tinggi.., rahsia sebenar macam mana nak dapat Pagerank terbaik pun banyak antaranya sama dengan tips rank alexa itu

Pagerank yang tinggi juga bagus kerana blog kita akan lebih mesra dengan Google, jadi kalau nak main SEO dia lagi manja dengan google..hehe

Pagerank Blog Erti Kehidupan

Pagerank blog ini ialah 3/10 akan kurang baik kerana dulu pernah dapat Pagerank 4/10 bersama rakan blogspot lain boleh baca di SINI.., Tapi bila dapat Pagerank 3 ini sebenarnya dah agak baik..hahaha saja bangga diri kejap dengan blog sendiri

Ingat Trafik yang tinggi tidak menjadi mendapat Pagerank yang tinggi..hehe

Cara untuk check pagerank blog korang boleh klik PageRank (masukkan url blog)



Tips Untuk Blog Di kenali

Gua konsi ini untuk blogger personal sebab pengalaman dari apa yang gua buat dan gua dapat.., Benda ini basic dan agak simple tapi tak ramai orang boleh buat antaranya ialah

- Konsisten selama 2-3 bulan blogwalking dan tinggalkan komen di blog-blog kenalan baru
- Update konsisten tiap-tiap hari selama 2-3 bulan untuk mengaktifkan blog korang
- Dari 2 benda simple yang korang buat jika konsisten 2-3 bulan trafik blog korang akan naik, Alexa korang baik, dan juga PR korang mungkin akan naik..
- Rajin-rajin la review blog kawan.. contoh boleh tengok gua buat di SINI

Dari kita rajin update dan blogwalking.., rakan blog kita akan letakkan blog kita di bloglist jika penulisan kita menarik dari segi tips dan juga penulisan dan pengkongsian yang santai..tak percaya cubalah walaupun gua tau korang memang malas nak mencuba..hahahaha

Selain itu rajin komen dan tegur blogger yang korang minat untuk kasi mereka kenal korang.., dan jika ada kesempatan join sesuatu event join la untuk berkenalan..

Untuk entri perkongsian dalam DUNIA BLOG boleh baca banyak entri gua di SINI


**********************************


Gua rasa setakat ni je la yang gua nak kongsikan.., sebab malas pulak nak taip panjang-panjang , kalau panjang sangat ni orang bukan rajin baca sebab gua pun sama tak suka baca entri panjang-panjang..hahaha

Siapa yang rasa nak share gak ilmu boleh join kontes ini 


**********************************


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
 serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


Sekian...Peace (~_^)v


tags : tips blog, Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

17 Orang Memberi Komen & Pendapat

Huh... tips kemain... mls aku nak klik sana klik sini... hahaha...

huhu..juling mata aku bace.. kini ku sedar siapa diriku..

good luck ..tips yg bwh tu ko tipu .. aku konsisten dtg blog ko tiap kali update tp ko tak dtg balik puuunnnn ..........hahahhahha

Wahh.. dapat juga ilmu layan entry nie.. :)

wahh..banyaknya lu dapat. hoho..

wah bagusnye..byk ilmu yg sy dpt dari sini..nice sharing
Jom baca: Kreatif! Cantik! Sempoi gitu!

assalam..nice tips..sy dr contest yg sama..

Hebat2 .. mmg otai..mohon tunjuk ajar ye...nnt menang open table erk eh

terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot. done follow anda, salam ukhwah, salam perkenalan, dari : MyCherita

terima kasih ujan. saya heran blog saya visitor tinggi alexa tak juga langsing. salam


EmoticonEmoticon