Friday, January 31, 2014

Malaysia bakal miliki peta angin hujung 2014 - SEDA



Malaysia dijangka memiliki peta angin sendiri menjelang hujung tahun ini bagi membolehkan ia diguna pakai sebagai penggerak kepada usaha mengembangkan sumber tenaga alternatif pada masa depan. Geran untuk membangunkan projek kajian itu telah diperoleh daripada Kerajaan Pusat sejak 2012 lalu.

Geran bernilai lebih RM3 juta itu dibahagikan kepada dua bahagian yang masing-masing diusahakan secara bersama SEDA dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam tempoh kajian selama dua tahun. Kajian UMT diketuai oleh Pengarah Makmal Berpusat UMT, Prof Madya Dr Mohd Zamri Ibrahim manakala SEDA diketuai oleh Pengarah Bahagian Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi, Azah Ahmad.

 Beberapa lokasi sumber angin untuk dibangunkan di negara ini telah dikenal pasti termasuk di Kudat, Langkawi, Mersing, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Lokasi lain yang turut dikenal pasti adalah di Chuping (Perlis) dan Setiu serta beberapa lokasi yang masih dalam pemerhatian di Kedah, Melaka, Sabah dan Sarawak. Lokasi yang dikenal pasti itu akan dijadikan tapak kajian untuk merekod data angin bagi tujuan analisis.

wind turbines

Dengan adanya peta angin yang lengkap, kita boleh berusaha mewujudkan wind farm (ladang angin) yang pertama seumpamanya di negara ini.

Ladang angin adalah serangkai turbin angin yang berada di lokasi yang sama untuk menghasilkan tenaga dari tenaga angin. Ladang angin yang besar boleh terdiri dari beberapa ratus turbin tunggal dan mencukupi luasan area tertentu hingga ratusan mil persegi. Sejak April 2013, London Array adalah ladang angin lepas pantai terbesar di dunia dengan kapasiti ketika ini 630 MW, dan Gansu Wind Farm adalah ladang angin terbesar di dunia dan berada di daratan, dengan kapasiti ketika ini mencapai 5160 MW dan akan mencapai 20000 MW pada tahun 2020.

Peta angin sangat penting bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga sedia ada termasuk arang batu, gas dan hidro. Beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Filipina dan Indonesia sudah memiliki peta angin sendiri manakala beberapa negara lain termasuk Thailand kini dalam proses ke arah itu.

sumber

*******************************


Sekian..Peace (~_^)v


2 Orang Memberi Komen & Pendapat

lepas nie xpyh susah2 nk pgi oversea tgok kincir angin...

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/2nd-giveaway-by-nabilamedan.html

Mersing kaw mane? Agak2 bile? Leh jd IPP?


EmoticonEmoticon