Cara Untuk Daftar Haji
Gua pun Alhamdulillah dah daftar haji satu keluarga pada tahun 2009 dulu tak silap..., dan isteri gua si YANA baru daftar haji bersama anak gua pada tahun 2013..
Kenapa lambat sangat daftar haji..??? jawapan dia sebab dulu mak gua ingat kalau ada akaun tabung haji automatik kita semua akan terdaftar haji..., rupanya tekaan itu salah !!!!..
Padahal ada akaun tabung haji ini dari zaman gua sekolah rendah lagi siap ada tabung haji untuk simpan duit tu..hihi., yana pun gitu akaun tabung haji dah lama ada..tapi baru 2013 daftar. boleh baca perkongsian YANA daftar haji di SINI
Gua nak ingatkan lagi sekali.., ada akaun tabung haji dengan daftar haji adalah berbeza.., jadi siapa yang belum daftar haji daftar la ye kawan-kawan...,
Terutama kepada kawan-kawan yang dah ada akaun tabung haji tu pastikan dalam akaun tu minimum ada RM1,300 untuk mendaftar..
Sekarang ini lagi senang boleh Daftar Haji Melalui KWSP..., kepada kawan yang penuh dengan alasan tak cukup RM1300 untuk daftar , korang boleh daftar melalui KWSP .
Gua punya giliran dalam tabung haji ialah pada tahun 2027 tak silap tu pun daftar padan tahun 2009.., Yana yang daftar pada tahun 2013 dia punya turn ialah tahun 2057..pergh..!!!!
Dah jadi nenek moyang baru dapat pergi..hehe.., Setiap tahun TH hanya diperuntukan kuota 26,000 orang, ini bermakna mereka yang telah mendaftar melebehi 500,000 orang.
Tapi janganlah korang risau kerana terlalu lama menunggu, yang penting kita daftar dahulu dan kemudian kita boleh membuat rayuan pada tahun berkaitan yang telah kita tentukan tahunnya...yer dak..??
Tapi janganlah korang risau kerana terlalu lama menunggu, yang penting kita daftar dahulu dan kemudian kita boleh membuat rayuan pada tahun berkaitan yang telah kita tentukan tahunnya...yer dak..??
*******************************************************
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PERGI HAJI
Pendeposit Tabung Haji(TH) dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.
Cara Untuk Daftar Haji Online
Laman web :
a. www.tabunghaji.gov.my ( Pendaftaran Haji Secara Online )
b. www.malaysia.gov.my
*******************************************************
Mahram bagi bakal haji wanita dibawah 45tahun
Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun bermula pada musim haji ini (1434H).
Bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan panggilan telefon oleh THCC bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara' bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.
Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki sehingga pada 12 September 2013 ini, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan iaitu pada tahun 1435H/2014M dan pemergiannya pada tahun 1435H itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.
*******************************************************
Jadi kepada korang yang belum daftar haji sila la daftar sekarang.., takkan la sebagai umat Islam kita takda sikit pun terdetik nak pergi Haji yer dak..?? Rukun Islam ke 5 tu kawan.....
Macam-macam Cara Untuk Daftar Haji sekarang....so kalau korang bertangguh lagi jawapan dia tahun depan pun percayalah korang masih bertangguh..hehe
Cara untuk mendaftar haji melalui KWSP klik SINI
Sekian..Peace (~_^)v
tags : cara daftar haji melalui kwsp, cara untuk mendaftar haji, cara daftar haji online, cara untuk register haji, cara-cara pergi haji
14 Orang Memberi Komen & Pendapat
m.azfar9897@gmail.com
m.azfar9897@gmail.com
wajib daftar
wah dah boleh daftar haji dengan kwsp bagus ni..
sy punya turn 2069.
=.=
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
Assalamualaikum.. in shaa Allah sebelum puasa ni, nak pergi daftar dengan suami dan bakal anak sekali.. biar lah pergi saing dengan mahram. hehee tuanya, saya taktahulah dapat bila tarikh haji tu T___T
betul la...buat buku masa darjah2..ingatkan automatik...hehehe..sekarang bila ramai dah tahu..dan masa menunggu makin panjang...maka ramai yang daftarkan anak-anak seawal mungkin...baru lahir terus daftar pon ada...makin panjang la sape yang belum daftar tu...termasuk la saya...hehehe...kene gi daftar cepat nih..
alhamdulillah .. aku menyusul nanti
berminat utk buat fast track pergi ke haji? 15 tahun da boleh pegi da. insyaallah. simpanan bersama etiqa dlm produk mabrur, utk free quotation. emailkan nama&tarikh lahir pd sy. singgah sini tuk info
http://takafafulkeluarga.blogspot.com/search/label/Mabrur
Saya telah menunaikan haji pada tahun 2013. Saya mendaftar pada tahun 1991 dan pada ketika itu saya dan kawan2 ketawa kerana tahun menunaikan haji ialah 20 tahun lagi, entah hidup atau tidak masa tu. Kuasa Allah kami ditawarkan menunaikan haji lebih awal, tapi tawaran sering ditolak untuk beberapa tahun kerana tidak bersedia atau seperti kata orang tak sampai seru. Menunaikan haji pada tahun 2013.menjadikan saya amat rindu untuk kembali ke Madinah dan Mekah lagi.Saya titipkan pesanan pada kawan-kawan yang akan menunaikan haji 2014 agar kirim salam pada Raulullah dan minta mereka memohon saya dijemput oleh Allah kerumahnya lagi. Ya Allah rindunya aku untuk kerumah mu lagi.
Salam, boleh tanya. Waktu nak daftar kena ada rm1300. Selepas daftar rm1300 tu boleh keluarkan semula ke?
dah klik link tp xleh daftar pun
tq ujangggggggg , ad dua kotak komen . wuuuuu
EmoticonEmoticon