Thursday, February 27, 2014

Solar Farm Pertama di Malaysia milik Kumpulan Melaka Berhad

kumpulan melaka berhad

Entri kali ini adalah bahagian ke tiga atau lebih tepat lagi lawatan terakhir kami.

Selepas melawat tapak di AUO Sunpower ,hentian terakhir kami ialah di ladang solar milik Kumpulan Melaka Berhad . Ladang solar ini lokasi dia betul-betul bersebelahan dengan AUO Sunpower..kalau korang jalan kaki dalam 15 minit dah sampai..hehe

Untuk pengetahuan korang..,Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berfungsi sebagai investment arm kepada kerajaan Negeri Melaka, khususnya dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah, pelaburan dan pelancongan tapi yang gua nak cerita ni lebih khusus kepada pelaburan dalam teknologi yang dibangunkan sekarang iaitu tenaga Solar.

Apa yang best dan terbaik lagi ladang solar ini ialah ,  Negeri Melaka adalah negeri yang pertama di negara ini yang membina dan mengendalikan ladang sendiri solar, berharga RM46 juta. Sejajar dengan matlamatnya untuk menjadi negeri teknologi hijau bandar pada tahun 2020...terbaik...!!!!

Dibina pada 7,248.43 ha tapak di Melaka World Solar Valley di Kawasan Perindustrian Rembia, ladang solar ini mampu menghasilkan 5MW elektrik dan yang berkaitan dengan grid kuasa utama.




Projek Solar Farm ini  dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu fasa satu berkapasiti (1.30 megawatt), fasa kedua (1.22 megawatt) dan fasa tiga (2.48 megawatt) di atas tanah seluas tujuh hektar yang dibeli daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). So, sekarang ni total dah 5 megawatt yang mana bekalan tenaga elektrik dari Solar Farm ini akan dijual kepada TNB menerusi perjanjian pembelian tenaga boleh baharu (REPPA) selama 21 tahun. Kadar FiT yang dinikmati kini mencecah RM0.9016, RM0.98 dan RM0.9016.

Projek ini terdiri dari modul PV, kotak penggabung, inverter, transformer, 11 KV HT breaker serta sistem pemantauan di bangunan kawalan. KMB beruntung kerana talian penghantaran TNB yang sedia ada terletak sangat hampir dengan Farm Solar mereka. Ini secara tidak langsung KMB mempunyai hampir sifar kehilangan tenaga ke grid kuasa. Fakta yang menarik ialah, anggaran pengeluaran tenaga purata dari KMB ladang solar adalah:

a) 6, 162 MWh setahun

b) 514 MWh sebulan

c) 17 MWh sehari





********************************


Kutipan tertinggi data bagi setiap hari ialah pada 7 Oktober 2013 dengan 27, 569 kWj atau kira-kira 28 MWh. Cuba korang kira kadar FiT sebanyak RM 0,9016 per kWh dan beritahu gua berapa banyak Kumpulan Melaka Berhad boleh dapat dalam satu hari.




Negara kita untung sebab duduk di kawasan khatulistiwa..,walaupun hari mendung, panel solar yang dipasang di ladang ini boleh menjana elektrik dan menawarkan pulangan menjanjikan pelaburan tersebut.

Korang ada terfikir dak kenapa kerajaan negeri Melaka sanggup membazir RM46 juta...?? haa jangan main tuduh melulu dah nama pun Kumpulan Melaka Berhad dorang bijak melabur untuk jangka masa panjang hehe. Kalau korang nak tau dengan adanya Farm Garden ini mereka boleh menjual kenapa TNB dengan adanya sistem  Feed In Tatiff (FiT)...

Di Solar Farm KMB mereka mensasarkan untuk menghasilkan 6,162 megawatt per hour dalam setahun dan ini boleh memberi pulangan hampir sebanyak RM121 juta dalam tempoh 21 tahun...gila babeng punya untung kau..!!!

Sekian...Peace 

10 Orang Memberi Komen & Pendapat

menarik......di tempat saya nie...

Tahiah semua Staff KMB....terutama Solar Farm....MELAKA MAJU FASA 2...

ada no kontek untuk melaka solar farm? nak g melawat leh tak

minggu lepas saya datang tempat ni buat side visit.. kagum kejap sebab tak penah tengok tenaga solar dikumpul.

Salam En. Azfar.

Boleh tak bagi contact kat saya yang incharge untuk side visit. Saya ingin mengadakan lawatan ke tempat solar farm ini untuk menyempurnakan projek di Universiti yang berkaitan dengan "Renewable Energy in Malaysia.

Sekian,
Fadlan
0145536601

As salam En. Azfar,
Saya ingin mengadakan lawatan ke solar farm ini dalam mendapatkan maklumat lanjut bagi projek Phd saya yang berkaitan dengan Renewable Energy. Boleh tak En. Azfar berikan contact no person incharge untuk visit ni.

Terima kasih
Zuraidah
zuraidahn@gmail.com

As salam En. Azfar

Saya ingin mengadakan lawatan ke solar farm ini bagi membantu saya mendapatkan maklumat lanjut bagi projek Phd saya yang berkaitan dengan Renewable Energy. Boleh tak En. Azfar berikan contact no. person incharge untuk visit ni.

Terima kasih
Zuraidah
zuraidahn@gmail.com

As salam En. Azfar

Saya ingin mengadakan lawatan ke solar farm ini bagi membantu saya mendapatkan maklumat lanjut bagi case study utk Renewable Energy. Boleh tak En. Azfar berikan contact no. person incharge untuk visit ni.

Terima kasih
Amani
nuramani3@gmail.com

Assalamualaikum En. Azfar
Boleh saya dapatkan alamat solar farm ini ?
No. Telefon : 017-2339672


EmoticonEmoticon