Monday, March 17, 2014

Peranan dan Fungsi SEDA MALAYSIA



Salam,

Siapa sedar atau tidak banyak gua kongsikan beberapa entri berkaitan dengan SEDA MALAYSIA ataupun Tenaga Boleh Baharu yer dak..??

Tapi ada gak orang tanya gua apa peranan SEDA Malaysia sebenarnya..??

Ok kali ini gua nak terangkan detail mengenai SEDA Malaysia dan peranannya dalam membantu Kerajaan untuk mengekalkan ekosistem bumi dari terus mengalami pencemaran... kita semua sedia maklum macam mana dengan ekosistem bumi kita sekarang yer dak..??

Apa yang penting gua nak terangkan di sini ialah SEDA Malaysia sebenarnya tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebaliknya ia lebih berperanan besar dalam memastikan Mekanisma Feed-In Tarif (FiT) berjaya dilaksanakan di Malaysia.

Nama panjang untuk SEDA Malaysia ialah Sustainable Energy Development Authority Malaysia) ia  merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang berperanan penting dalam mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT) melalui mandat yang termaktub di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 276)

SEDA Malaysia akan mempromosi penggunaan teknologi yang direka untuk menggalakkan kecekapan penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) seperti Teknologi Solar PV, Biogas,Biomas atau Mini Hydro.

Pada masa yang sama SEDA Malaysia turut memainkan peranan penting untuk memastikan setiap pengeluaran tenaga (termasuk tenaga elektrik) digunakan secara cermat dan benar tanpa pembaziran untuk memastikan generasi akan datang tidak melalui zaman kelam akibat pencemaran alam.



Antara Fungsi utama SEDA Malaysia adalah

Mengalakkan dan melaksanaan okjektif dasar negara bagi Renewable Energy. Mengalakkan, meransang, memudahkan dan membangunkan Sustainable Energy. Melaksanakan, menguruskan, memantau dan mengkaji semula sistem Feed-In Tarif agar ianya bersesuaian dengan kehendak masa dan ekonomi negara. Pada masa yang sama SEDA Malaysia turut mengalakkan penyertaan orang awam dan menambah kesedaran tentang keperluan penjimatan tenaga, pengenalan kepada Industri Teknologi Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui untuk penghasilan Tenaga Elektrik. Seda Malaysia juga memastikan Sustainable Energy memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negera dan pada masa yang sama turut membantu dalam memulihara alam sekitar.

SEDA Malaysia lebih berperanan besar untuk memastikan negara berjaya membangunkan Industri Teknologi Penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu sebagai sumber tenaga untuk menjana Tenaga Elektrik agar selepas ini Tenaga Elektrik dihasilkan tidak lagi perlu bergantung kepada penggunaan Sumber yang boleh habis dan pada masa yang sama boleh mencemarkan alam.

Gua percaya ramai yang masih belum sedar akan kewujudan agensi seperti SEDA Malaysia yang sememangnya perlu diwujudkan untuk memastikan negara berjaya dalam pembangunan Teknologi Penggunaan Sumber Tenaga Boleh Baharu yer dak..??

Masyarakat masih belum sedar akan keperluan Pembangunan Teknologi Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy). Pencapaian terhad melalui Program Small Renewable Energy Power (SREP) dari tahun 2001 sehingga tahun 2008 telah menyebabkan KeTTHA memutuskan agar perlu diwujudkan Dasar dan Tindakan Tenaga Boleh Baharu (TBB) agar Pembangunan Teknologi Tenaga Boleh Baharu berjaya dilaksanakan tahun demi tahun.

Inilah juga adalah peranan SEDA Malaysia kerana masyarakat awam sememangnya perlu tahu didedahkan lebih detail perkara yang berkaitan seperti Program Small Renewable Energy Power (SREP) agar semua masyarakat boleh menyumbangkan peranan sama ada sebagai Pengusaha atau sebagai penyokong Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) ataupun memainkan peranan penting dalam pemulihan alam sekitar.

Ini sememangnya saru langkah yang penting kerana kita bukan sahaja boleh menyumbang sesuatu dalam pembangunan ekonomi negara pada masa yang sama turut berperanan dalam menyumbang sesuatu yang berharga untuk generasi kita yang seterusnya iaitu udara yang sihat serta bumi yang tidak lagi tercemar.


sumber rujukan dari SEDA Malaysia


EmoticonEmoticon