Wednesday, April 23, 2014

Blog Personal Pun Boleh Dapat SEO



Daripada gambar diatas kepada semua blogger majoriti paham yer dak dengan statistik diatas menunjukkan apa..?

Ok kepada yang tak paham gua terangkan sedikit.., gambar diatas menunjukkan dari mana sumber trafik sesuatu blog itu datang dan dari gambar diatas ini menunjukkan sumber trafik yang paling tinggi datang adalah daripada google..so secara tak langsung blog ini kuat juga SEOnya yer dak..?

Jadi maksudnya disini apa yang orang search di google , ia akan terpapar link blog kita dan orang itu akan masuk ke blog kita..ha gitu.., ni basic nak terangkan apa itu SEO.

Gambar diatas adalah dari Nuffnang iaitu salah satu sumber rujukan untuk kita rujuk trafik ataupun sumber trafik sesuatu blog kita.., banyak lagi sumber lain yang korang boleh tengok .


*********************************

Point utama gua disini ialah korang tak perlu nak terikut sangat dengan beberapa blogger yang memang layan SEO terutama blog peribadi ini.., soal trafik dari SEO dengan trafik dari pembaca setia blog pun berbeza dari segi kepuasan dan juga pendapatan sesuatu blog..hehe

Blog peribadi korang tu kalau dah ada pembaca setia kekalkan penulisan sendiri dan cuba belajar sikit-sikit macam mana dengan entri santai korang boleh ceduk sikit trafik dari google.., salah satunya ialah keyword di perenggan pertama dan tajuk main peranan

Selain itu, permulaan buat blogger yang inginkan trafik dari google.., sila la konsistenkan update entri tiap-tiap hari..., lagi bagus setiap entri tu kasi panjang sikit lelagi berkaitan dengan info..

Untuk permulaan  bukan senang sesuatu blog itu nak naikkan entrinya ke google.., tapi jangan risau kepada blogger peribadi ini, entri lama korang kalau entrinya padu dan kualiti blog itu padu,  dia akan naik ke enjin pencarian google..., ha amik kau bahasa hahahahaah

Apa yang gua tekankan ini lebih kepada rakan blogger yang niche nya personal dan santai.., kepada yang memang layan SEO tu dah cerita lain ok..hehe

Blog gua ni pun macam bengong dah sekarang , tapi trafik Alhamdulillah maintain juga sebab boleh cover dengan entri lama dan SEO.

Ok,  kot la korang kata aku poyo tunjuk trafik dari google atas tu kan..??? Punchline gua sekarang ialah gambar sumber trafik diatas bukanlah trafik dari blog gua ini....gua tak tepek trafik gua sebab nak buktikan blog personal biasa pun boleh dapat trafik tinggi dari google

Tapi gambar trafik diatas ialah dari blog bini gua iaitu YANA..., korang tengok blog dia sendiri ada main entri SEO...?? memang takda, tapi macam mana dia boleh dapat trafik dari google yang macam tu..? kot baca ayat bawah ni je memang la tak paham..baca balik dari atas.., hehe


Sekian..Peace (~_^)v

15 Orang Memberi Komen & Pendapat

Blog yang dah ada peminat ramai, dan ramai blogger masukkan dalam bloglist memang salah satu cara nak dapat trafik tinggi.

Bagi yang tak berapa kacak, kena guna SEO sikit sbb orang jarang nak baca blog yang ada benda2 yang ilmiah ni ...:)

xbape paham dengan main entri seo...huhu..bukan patut setiap blog dan juga blogpost patut optimize seo ke?

owh..
suami isteri ada blog upanyer..
baru tahu nie :)
hehe.

mmg susah nk kejar SEO ni,
tapi kalau dh belajar mmg mudah nk capai:)
yg pasti kena rajin .

brader hasrul hasan.., trafik atas tu dari google bkn bloglist..('',)

sebab tu cakap blog personal pun boleh main SEO dari entri santai.

Peh, mencanak naik dia punya trafik. Kira Google punya bot sekarang ni dah makin cekap cariannya.

yeahh....kalau blog kita tu ada info yang bagus memang jadi rujukan yang evergreen

jang maksud bro hassrul tu bila byk backlink makin kuat SEO sesuatu blog tu....

semua artikel kat blog, ada ciri-ciri seo.

cuma ramai yang tak sedar je benda ni.

takde istilah blogger tu tak main seo kat blog tapi still boleh plak dapat trafik banyak.

Diorang "main" gak. Cuma diorang tak tahu yang sebenarnya diorang tengah main seo gak. haha..

paling simple nak faham.

siapa ada blog. Dia dah main seo dah sebenarnya. Tinggal nak polish aje..

Even "tulis tajuk" artikel pun, dah jadi bukti kukuh, blogger tu menggunakan teknik seo dalam blog diorang. Sekali lagi, macam aku tulis, ramai yang tak sedar aje benda ni.

Sekian, terima kasih.

nice titan.., just nk bgtau blogger personal ni je jgn nk cpt sgt trafik smpai reader lari..

kekalkan penulisan

Assalammualaikum...

pehh.. terbaik gak traffik di blog nie.. keep up. Nice good luck always.

mselim3


EmoticonEmoticon