Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang
TIPS BAWA ANAK MENAIKI KAPAL TERBANG | Siapa pernah bawa anak kecil naik kapal terbang..??? gua 1st time dulu bawa masa anak umur 8bulan..ada cabarannya dan beberapa benda yang penting untuk diambil tahu
Ramai berpendapat menaiki pesawat bersama bayi berusia bawah dua tahun adalah suatu yang cukup mencabar yer dak..? , lebih-lebih lagi jika terpaksa mengembara berdua bersamanya...kesian..hehe
Antaranya anak cerewet, berlari-lari anak dalam kapal terbang, menangis sambil menyanyi sepanjang penerbangan, susah hendak menyusukan anak dan banyak lagi perkara yang menjadikan korang bengong..('',)
Namun, penerbangan korang boleh menjadi lebih mudah dan menyenangkan dengan membuat perancangan teliti, tidak kira korang mengembara berdua saja dengan bayi atau bersama ahli keluarga lain.
Meh gua nak kongsi beberapa tip bawa anak menaiki kapal terbang
Dapatkan penerbangan yang betul
Lihat jadual bayi anda dan anda mungkin boleh merancang perjalanan ketika waktu tidurnya. Dengan perancangan teliti itu, anak boleh tidur lena sepanjang penerbangan ke destinasi dituju, sekali gus memberi peluang kepada anda untuk berehat.
Jika bayi anda sudah menunjukkan tanda mengantuk ketika di balai menunggu, usahakan untuk membuatkan dia tidak tidur sebelum masuk dalam pesawat dengan mengalihkan perhatiannya kepada apa juga perkara atau bermain bersamanya.
Ini bagi mengelak dia tidur sebelum menaiki pesawat dan membantu dia lena sepanjang penerbangan..., macam gua dulu 1st time pergi London 14jam perjalanan boleh bayangkan la macam mana yer dak..?
Kerusi tambahan untuk bayi yang sudah boleh duduk
Bayi berusia dua tahun ke bawah biasanya tidak memerlukan kerusi dan hanya duduk di riba ibu atau bapa.
Namun, bagi memberi keselesaan kepada anda sepanjang penerbangan terutama yang mengambil waktu panjang, mengambil satu lagi kerusi adalah digalakkan.
Dengan menempah tempat duduk tambahan, anda boleh membawa ‘carseat’ anda ke atas pesawat dan anak kapal akan membantu anda untuk memasangnya. Bagi anak yang sudah boleh duduk, mereka pastinya boleh duduk dengan selesa dengan kerusi tambahan yang anda minta.
Caj tambahan sememangnya dikenakan tetapi ia tidak semahal yang disangkakan dan pastinya anak dan anda dapat duduk lebih selesa.
Bagi bayi yang tidak boleh duduk sendiri, anda mungkin boleh menggunakan anduh atau kain untuk memberikan keselesaan...
Pemilihan tempat duduk di dalam pesawat
Ketika memilih tempat duduk dalam pesawat, pilih tempat duduk berdekatan tingkap untuk mendapatkan lebih privasi kepada anda dan anak.
Selain itu, anda juga boleh memilih tempat duduk yang memudahkan anda untuk bangun ketika menukar lampin atau untuk melayan kerenah anak yang ingin berjalan-jalan dalam pesawat.
Pakaian mudah
Ketika melakukan penerbangan terutama jika anda berdua sahaja bersama bayi, pastikan pakaian yang anda dan anak pakai adalah pakaian ringkas.
Bayi terutamanya pakaikan dia pakaian yang mudah untuk dibuka sama ada untuk menukar pakaian atau menukar lampin.
Pastikan juga anda tidak menggunakan kasut bertali untuk bayi anda apabila terbang bersamanya kerana ia memberi kesukaran atau melecehkan saat mahu membuka seluarnya.
Pakaian yang anda kenakan pada bayi pula biar bersesuaian supaya dia selesa sepanjang penerbangan.
Untuk mengelakkan bayi anda kesejukan, anda mungkin boleh memakaikan dia baju yang sedikit tebal atau membawa jaket khas untuknya.
Pastikan semuanya lebih mudah untuk anda uruskan ketika terbang berdua bersama bayi.
Barang keperluan secukupnya
Pastikan anda mempunyai lebih daripada cukup segala-galanya dalam kes penerbangan anda terlewat. Ini bermakna lampin tambahan, pakaian tambahan, makanan ringan tambahan, tisu tambahan dan susu formula tambahan.
Pastikan juga anda membawa pakaian sesuai dengan suhu dalam pesawat untuk bayi dan anda sendiri. Baju tambahan untuk anda juga jangan diabaikan.
Simpan semua keperluan ini dalam beg lampin anda yang akan sentiasa dibawa bersama untuk menyenangkan anda.
Jangan malu untuk meminta bantuan
Anak kapal boleh membantu anda untuk mendapatkan keselesaan sepanjang penerbangan. Mereka juga bukan saja boleh membawakan air untuk membuat susu, mengambil barang dalam tempat penyimpanan barang, bahkan menjaga anak anda sementara anda mahu ke bilik air.
Anda jangan malu untuk meminta bantuan daripada mereka.
Bayi menangis di dalam pesawat
Banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis dalam kapal terbang dan satu daripadanya adalah tidak selesa terhadap tekanan yang dirasai mereka.
Orang dewasa juga sering mengalaminya, inikan pula bayi yang membuatkan telinga mereka sakit dan sebagainya.
Bagi mengelak perkara ini berlaku, pastikan anda memberikan bayi anda susu, makan, minum atau apa saja yang boleh membuatkannya menelan sebaik kapal terbang berlepas sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan.
Lakukan perkara sama ketika kapal terbang mendarat. Pastikan juga si dia sentiasa selesa berada di tempat duduk dan sediakan permainan yang boleh menghilangkan kebosanannya.
Membawa si dia berjalan-jalan buat seketika dalam kapal terbang juga boleh mengelak daripada meragam dan menangis.
Penyusuan susu ibu
Bagi anda yang menyusukan bayi, mengambil kerusi di tepi tingkap adalah pilihan terbaik. Ia bukan saja memberikan keselesaan kepada anda ketika menyusukan anak tetapi juga lebih terlindung daripada penumpang lain.
Jika penumpang di sebelah tempat duduk anda adalah lelaki yang bukan pasangan anda, minta bantuan anak kapal untuk meminta supaya anda ditempatkan di tempat duduk bersebelahan perempuan.
Peti kecemasan
Bawa bersama anda peti kecemasan sendiri. Di dalamnya letakkan ubatan yang digunakan anak anda sekiranya diserang masalah kesihatan secara tiba-tiba. Misalnya ubat batuk, ubat demam, ubat selesema, pembalut luka .
Sekian...Peace (~_^)v
TAGS : Tips Bawa Anak Menaiki Kapal Terbang , bawa baby menaiki kapal terbang,tips bawa anak naik kapal terbang, tips bawa baby naik kapal terbang, tips bawa bayi melancong, tips travel bawa anak menaiki kapal terbang
4 Orang Memberi Komen & Pendapat
Nk pergi oversea gak r..gaya tulis dh mcm arahan peperiksaan..kihkihkih..
terbaik ... tp aku tak de rezeki lagi nk rasa jetleg ...
tp tips ni leh guna suatu masa nanti
Hahaha..btul²..da mcm esei dah aku rsa nye..hehehe
SINGGAH PTG
BAGUS ENTRY CM NIE :)
EmoticonEmoticon