Thursday, June 19, 2014

Harga Tiket Tangkuban Perahu


Tangkuban Perahu Indonesia

gunung berapi tangkuban perahu

Siapa pertama kali ke Bandung tempat pertama wajib pergi mesti Tangkuban Perahu yer dak..?? kenapa wajib..?? itu gua pun tak reti nak jawap..hahahaha

Tapi mana-mana orang yang melancong ke Bandung pasti teringin ke Tangkuban Perahu yer dak..? ye la disini kita boleh lihat salah satu ciptaan ALLAH iaitu gunung berapi.., kalau dah sampai Bandung tanak pergi sini pun takpa..sukati korang...hihi

Ekceli Tangkuban Perahu ini bukanlah terletak di Bandung.., ia terletak di Jawa Barat kira-kira 20KM dari Bandung atau 1jam 30minit perjalanan tergantung kepada trafik..hihi


Pintu Gunung Berapi Tangkuban Perahu

Sebelum naik ke puncak Gunung Berapi Tangkuban Perahu.., korang harus melalui pintu masuk dan haruslah dikenakan bayaran..hehe

Di pintu masuk ini lah korang kena bayar untuk setiap kepala dan juga kenderaan

Harga Masuk Tangkuban Perahu

Harga tiket masuk ke Tangkuban Perahu ialah Rp 75,000 sekitar RM25 sahaja untuk seorang.., kalau korang datang dengan supir atau kenderaan tiket masuknya ialah Rp 15,000 sekitar RM5.


*****************************************

Dekat sini bila korang sampai dan parking je..., benda pertama sekali yang korang buat mesti wusha pemandangan kawah gunung berapi tangkuban perahu yer dak..??

Nanti ada la orang tempatan duduk sebelah dia terangkan latar belakang tangkuban perahu ni...hehe.., mula-mula gua ok je la layan borak.., dalam hati pun cakap ramah mesra orang sini

Tapi lama kelamaan gua dah rasa lain macam..., mana kita pergi dia ikut.., siap bermurah hati rajin tolong amik gambar..

yang anak panah merah tu geng-geng pemandu pelancong yang tak diundang...hihi


Dalam hati pun dah rasa lain macam.., tak lain tak bukan mengharapkan habuan...hihi.., dekat sini korang kena hati-hati..segala bantuan bukan free ok..hehe

Kami semua kedekut masa ni..., separuh perjalanan kami tak layan dah..hahahahaha..., siapa bermurah hati layan je la karenah dorg dan akhir sekali sila kasi TIPS....('',)


penjual gerai tangkuban perahu

 Kedai barangan yang dijual sini semua kaw kaw dia tekan harga..., dinasihatkan kalau korang nak tawar.., sila la tawar separuh harga terus..atau 70% dari harga asal yang dorang letak ok..!!

Sebagai contoh Jam Hard Rock Cafe bawah ni

Jam Hard Rock Cafe Indonesia

Harga asal dia boleh letak sampai Rp300,000..., sebenarnya harga mati(last) dia boleh kasi Rp50,000 .., anglung pun macam tu gak..korang kalau rasa kesian dan nak beli gak sila la tawar 70% dari harga asal ok..!!








4 Orang Memberi Komen & Pendapat

Ena teringin nak pergi kat sini. Bestnyaa. Hope one day dapat ke jejak kaki kat sini

murahnya tiket die. cx blm brksmptn ke sana tp kwn2 cx da jejak kaki ke sana. Alhamdulillah :)


EmoticonEmoticon