Friday, July 4, 2014

Dosa Mengumpat Lagi Teruk Daripada Tidak Bertudung..??



Mengumpat boleh dikatakan dah jadi perkara biasa dalam dari kita yer dak..?? dan minta maaf cakap.., yang paling hebat dan ramai mengumpat ialah kaum wanita.., setuju atau tidak itu terpulang kepada korang...

Kita tengok sekarang ini orang kita menjadikan isu tidak bertudung atau buka tudung sebagai suatu isu besar dalam agama sehingga meletakkannya lebih teruk dari perkara lain yang seharusnya kita letakkan lebih teruk dari itu yer dak..??

Meh kita baca  hadith berikut : Sabda Rasulullah saw bermaksud:

 "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

MENGUMPAT ADALAH SUATU YANG SANGAT ZALIM KERANA ORANG YANG DIKATA ITU TIDAK BOLEH MEMPERTAHANKAN DIRI KERANA TIDAK TAHU DIA DIUMPAT. MAKA WAJARLAH HADITH DALAM RIWAYAT MUSLIM MEMBERI AMARAN TIDAK MASUK SYURGA BAGI KAKI UMPAT.

Kenapa isu tidak bertudung selalunya dibincang melebihi isu keharaman mengumpat sehingga isu mengumpat diabaikan?

Secara jujurnya..,gua sendiri tak terlepas dari mengumpat ini.., dan ramai orang kita mengumpat dan mengata artis-artis yer dak..?? contohnya :


Miss Nina
kemain lagi orang mengata dia seksi.., bila kahwin dengan Noh nanti noh jadi teruk lah ..., tapi bayangkan selepas dia berhijrah dosa dia dengan ALLAH mana tahu telah diampunkan yer dak..?? dosa kita mengutuk dia..???

Diana Amir
Serupa juga dulu dia pelakon yang seksi.., ramai mengata dia yer dak..? sekarang dia dah berhijrah dosa dia pun Insyaallah telah diampun kan.., dosa kita mengumpat dia..????

Neelofa
Agak terkejut juga dengan perubahan Neelofa sekarang ini yer dak..? dia sekarang dah pun berhijab dan gua harap berterusan.., selalu gak gua kutuk dia dulu ni...=( so gua harap bila jumpa dia nanti gua nak minta maaf dengan dia..serius..!!

Siti Nurhaliza
Dato Siti pun jadi bahan umpatan orang dulu bila dia pakai tundung berjambul yer dak..?  sekarang ini dia dah full pakai tudung.., tapi yang kutuk tu dari dulu sampai sekarang ada berubah..??

Ramai lagi la contoh kalau gua nak senaraikan.., kena gua amik contoh artis..?? jawapan dia di laman facebook ketara kita boleh baca komen-komen dari orang ramai..

**********************************

Keharusan Mengumpat

Walaupun pada asal hukum mengumpat adalah haram, namun ianya juga menjadi harus bagi kita dalam keadaan yang tertentu. Di dalam kitab Riyadus Solihin iaitu karangan kitab oleh Imam Nawawi, terdapat 6 keuzuran yang diharuskan padanya mengumpat.

1- Kes Penganiayaan.
Apabila seseorang dizalimi sebagai contohnya seorang isteri yang dizalimi oleh suaminya, maka menjadi keharusan kepada si isteri untuk menceritakan keaiban dan keburukan yang dilakukan oleh suaminya ke atas dirinya kepada pihak pemerintah. Hal ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan sebagai bukti bahawa kezaliman itu memang berlaku

2- Mohon Bantuan Mencegah Kemungkaran.
Apabila di dapati berlakunya kemungkaran, kemudian melaporkannya kepada pihak yang berkuasa dengan tujuan/ niat untuk mencegah kemungkaran yang ada, maka diharuskan untuk orang yang mengadu menceritakan kemungkaran yang dilakukan. Sebagai contoh dia mengatakan " Si polan telah melakukan maksiat begitu begini, maka tegahlah dia agar tidak berlaku kemudaratan yang berpanjangan".

3- Minta Fatwa.
Diharuskan juga menceritakan keaiban orang dengan tujuan meminta fatwa sepertimana Hindun meminta fatwa kepada Rasulullah SAW perihal suaminya yang kedekut.

4- Mengajak Muslimin Agar Bersikap Berhati-hati.
Tujuan menceritakan keburukan orang yang tertentu adalah semata-mata untuk kemaslahatan orang lain agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya contohnya seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

5- Jika Melakukan Maksiat dan Bid'ah Secara Terang-terangan.
Jika seseorang itu melakukan maksita dan bid'ah secara terang-terangan, maka menjadi harus hukum mengumpat tentangnya. Dengan syarat diniatkan keharusan mengumpat itu agar tidak mudah tertipu dan supaya kaum muslimin yang lain sentiasa berwaspada dengannya. Walau bagaimana pun tidak boleh menceritakan keburukannya yang tersembunyi.

6- Sebagai Tanda Pengenalan.
Dibolehkan dengan syarat tidak bertujuan untuk menghina dan merendahkan orang yang dinyatakan seperti mila jongang, mamat tempang. Andaikata hanya dengan gelaran-gelaran tersebut menjadikan orang lebih mengenalinya, maka diharuskan menceritakan kekurangannya.

*********************************

Kamu menutup aurat , tetapi kamu mengumpat. Adakah kamu fikir kamu selamat ?

Kamu tidak menutup aurat , tetapi kamu tidak mengumpat. Adakah kamu juga fikir kamu selamat ?

Mari muhasabah diri sahabat2 sekalian....('',)


Sekian...Peace (~_^)v



5 Orang Memberi Komen & Pendapat

kerana mulut badan binasa.
suka jaga tepi kain org begini ler jadinya:)

kekadang kita nih terpaksa mendengar je..huhuhu..

hmmm tq sbb ingatkan kadang tu kite terlupa ....


EmoticonEmoticon