Saturday, July 12, 2014

DRAMA SELUDUP | Boleh Menang RM15,000 Hanya Dengan Upload Video..!!


Tak lama lagi di Astro Prima dan Maya akan ditayangkan Drama Siri TV Aksi Cinta iaitu SELUDUP.., Antara pelakonya ialah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah Zak, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip

Drama aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin, yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatar belakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya..




pengarah drama seludup

******************************

Ok yang dah sedia jadi pelakon tu kita tak nafikanla kehebatan mereka yer dak..? jadi dekat sini SELUDUP ada kasi peluang orang awam untuk turut serta menjadi pelakon dalam drama siri Seludup..hehe

Kalau korang berminat nak jadi pelakon, bolehlah sertai ujibakat secara online sahaja..,sangat mudah..boleh tengok di website ujibakat online seludup

Apa yang best lagi..,kalau korang yang bertuah boleh memenangi hadiah bernilai RM15,000..!!!


Cara-cara untuk join ujibakat drama seludup

Senang je nak join ujibakat ni.., semua secara online..hehe.., kalau korang ni pemalu pun takpe.., tapi kalau pemalu kompom la tak boleh jadi pelakon yer dak..??


Setiap jantina dorang ada bagi skrip yang berbeza.., so korang pilih la skrip mengikut jantina korang ok..hahaha

skrip drama seludup

******************************
Contoh video ujibakat ..... power brader bawah ni ..hihi



UNDI video uji bakat rakan anda sekarang!

1. Layari http://bit.ly/GaleriVideoUjiBakat*
2. Klik 'LIKE' untuk mengundi video.
3. Klik ‘SHARE’ untuk kongsi video.

Tunggu apa lagi? UNDI video uji bakat kegemaran anda sekarang!

Pengadilan Ujibakat Drama Seludup ialah 50% juri dan 50% lagi adalah like di Facebook Seludup..keputusan adalah muktamad.., sebarang aduan lantak kau dorang tak layan..hahaha


Kalau korang nak tau..., gua pun join ujibakat ni..hahahaah.., boleh wusha di SINI.. sila la undi ok..lalalala

*Video hanya boleh dilihat melalui desktop.

******************************

Untuk keterangan lanjut wusha official lama sosial SELUDUP :



Sekian...Peace (~_^)v


3 Orang Memberi Komen & Pendapat

Nak join tapi ena segan! Huaaaaaaaa.. Apapun, ena sentiasa sokong Drama Seludup ni

halo brade Ujang, pcl singgah sini..good luck for video uji bakat SELUDUP.


EmoticonEmoticon