Wednesday, August 13, 2014

REVIEW Simkad ALTEL | Kelajuan Internet ALTEL

Kelebihan Altel

Sekarang ini di Facebook agak ramai yang share dan bertanyakan mengenai Sim Card ALTEL yer dak..? ada yang bertanyakan Kelebihan ALTEL, dan ada juga yang bertanya Kelajuan ALTEL.

Apa yang gua tahu.., buat sementara ini ALTEL menumpang pencawang CELCOM dimana CELCOM tiada 4G/ LTE tetapi ALTEL ada 4G/LTE  .., So Altel gua pencawang Celcom.., Celcom guna 4G/LTE Altel. Kiranya  lebih kurang dorang ada perjanjian win win situasion la.. gitu

Tagline yang biasa agen ALTEL gunakan ialah

"Di mana ada celcom di situ ade Altel lebih laju"


*************************************

Apa yang bestnya sim ALtel ini ialah dia mesra pengguna kerana simkadnya 2 in 1.., ia didatangi dengan 2 saiz simkad iaitu macro sim dan micro sim.. paham dak..??

Tak paham tengok la gambar bawah ini.., kalau tak paham gak lantak korang hahahaha
simcard altel


Cara Aktifkan Internet ALTEL

cara langgani internet ALTEL


Internet Altel memang diakui laju di hampir seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Altel juga mampu mencapai kelajuan 4G LTE yang mana merupakan pemegang kouta 4G terbesar Malaysia iaitu 40MHz

 Untuk cek/semak baki kouta internet ALTEL   (taip MB BAL dan hantar ke 25835)

Harga Simkad ALTEL

Harga permulaan stater kit ALTEL ialah RM7.., kalau lebih maksudnya agen tu ada amik duit tambahan ataupun makup lebih sikit untuk peroleh duit poket...hehe

Dinasihatkan kalau siapa beli stater kit lebih dari RM7 tu boleh la cari orang lain kecuali yang jual tu awek cun  hahahaha

Tetapi ia bergantung kepada no juga.., kalau no tu ala cun dan tersusun cantik logik akalnya memang agak mahal sikit kerana digelar no VIP... walaupun VIP tak guna no tu korang boleh rasa ala-ala VIP....


Cara Kekal Nombor Tel Lama tetapi menggunakan Line ALTEL

Pasti ramai yang berkenan dengan kelebihan ALTEL tetapi mahu kekalkan no lama yer dak..?? caranya ialah roger je agen yang korang beli ALTEL tu.., bayaran dia RM15-RM25.. kalau mahal tu pun maksudnya agen korang makup lebih hahahaha

Tetapi pastikan hutang lama dengan telco lama korang selesaikan dulu ok....

Dekat mana boleh tambah nilai (topup) ALTEL ?

Banyak tempat korang boleh beli  topup ALTEL ni antaranya 7 Eleven, Cimb Click, Shell , Petron, AEON Big, Tesco, Giant, dan banyak lagi

Berapa cas internet ALTEL ?

cara aktif internet altel

******************************

Soalan Lazim Untuk Prabayar Altel

Apakah Altel 4G LTE?


Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.

Apakah kelajuan biasa LTE?
Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.

Apakah Prabayar Altel?
Altel adalah perkhidmatan terbaru prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data.

Apakah perkhidmatan yang disediakan?
Altel menawarkan perkhidmatan telefon prabayar seperti panggilan suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD.

Dimanakah pek SIM Altel boleh dibeli?
Pembelian pek SIM Altel boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.

Berapakah harga pek SIM Altel?
Pek SIM Altel dijual pada harga runcit RM7 setiap satu dan disertakan kredit bernilai RM5.

Berapakah tempoh sah pek SIM Altel?

Semua pek SIM Altel diberikan 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Tambah nilai perlu dibuat sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Dimanakah tambah nilai boleh dibuat?
Tambah nilai boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.

Apakah denominasi dan tempoh sah yang disediakan bagi tambah nilai Altel?

Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50. Tempoh sah bagi tambah nilai adalah seperti berikut:
Tempoh Sah
RM5 – 5 hari
RM10 – 20 hari
RM30 – 60 hari
RM50 – 90 hari


Nak order sim ALTEL boleh roger gua.., sebab kawan gua ramai yang jual Sim ALTEL ini..., kelebihan dia ialah support produk anak Melayu... hihi dan keburukan dia tidak unlimited..., selepas habis koata dia akan cas 5sen/MB

Apa2 whatsapp guwa mesej tak layan sebab habis kredit hihi :

 012310 9897 (opis hour)
atau
010 2321518 (suri)





tags : harga simkad altel, kelajuan altel berbanding lain, agen simkad altel, cara aktifkan internet altel,  mengenai ALTEL, cara tukar maxis ke altel, APA itu ALTEL

82 Orang Memberi Komen & Pendapat

altel memang best la walaupun ramai cakap masuk tunetalk or u mobile....
jom pakat pakai altel sebab ni bumiputra punya....hihihi

ooo bumiputra punya ek .. nanti nk tukar jg la ..

Ishh kena cari juga sim Altel.. huaaaaa

Rugi sape tak pakai altel.mmg best

Tapi rasa macam tak best tang plan internet dia. Lepas habis quota, dia akan caj ikut berapa banyak kita guna. 5sen/MB.

mmg thorbaikkk...pakai 500mb tp masuk kt broadband celcom, mmg 1mb tu celah gigi je speed dy..tp depend pada line celcom area situ..mmg thorbaikkkk

gua tunggu plan dia lebih baik berbanding umobile. umobile kalau kat bandar, memang terbaik gak la dari segi kelajuan. so..

kalau dah tukar plan baru. baru gua tukar. plan internet sekarang cam tak best lagi.

internet lebih laju..bermakna..gua akan nak pakai lebih banyak bandwidth. hoho

Assalamualaikum. dah beli, tak sabar nak dapat parcel. hehehe

Ujang : kalau ko buat video speedtest ALTEL nie mesti lagi membantu kefahaman bakal pembeli macam aku nie....

menarik.. nak try guna. kat area kampung agak2 masuk tak?

tunggu data unlimited baru guna semula..wat masa ni simpan dulu sim altel ni..rugi pakai internet..habis kouta tolak kredit.1gb tu 1 hr boleh habis guna.

uJANG internet rm30 berapa hari?

kalu sy guna untuk internet shj blh ker?

nak kat Dungun ade x atau agen untuk sy nak daftar altel ni..sy dh beli simkad altel ni cuma x tau kat mane nk daftar je simkad ni..mohon bantuan

Gua dari dulu guna celcom,internet memang puas hati,xtau pulak klau altel

sementara ini ALTEL menumpang pencawang CELCOM dimana CELCOM tiada 4G/ LTE tetapi ALTEL ada 4G/LTE ..,....... Cop statement ni btul ke.... Iklan 4g celcom tu ape...

First time dengar itu pun sepupu post entry ko kat wasap

Ni Altel btul ok ke sbb byk kdai pn xda jual nt ada mslh x nk bli top up

Belum lg...mgkn hujung thn ni

Asalamualaikum..cmna nk jd dealer sim altel ni?

menarik ni coz memang tengah dok memikir nak tukar ke Altel..tapi tu la bila caj lepas abis quota tu yang kureng best sket tu..hmm..kene fikir balik ni..:)

amin..postpaid dengarnye bulan september br nak lancarkan =D

Kalau sim altel untuk nano sim ada x ?

Nak sim onexox pm saya pulak ye...

Kena beli telefon baru yg support LTE baru ngam. Kalau telefon setakat 3G, lajunya tak boleh pegi 4G/LTE

Best..laju.mslhnya no.digi x dpt call no.altel yg saya pakai.celcom,altel,tune talk dpt call..cuma mslh no.digi yg x dpt call@msg..???

Digi x register nombor-nombor baru Altel.. Taktik kotor...

Altel ni boleh buat biz ke mcm tonetalk airasia tu

Itu masih boleh dianggap murah..

Klu maxis, terus charge lump sum RM10/50mb..
(5mb = RM1, 1mb = 20sen)

Max penggunaan data slps quota abes ialah RM50.
so, korg belanje lg RM50 utk gune data smpi 250mb SAHAJA!!

Klu dgn Altel, utk 250mb tu, cume perlu byr (250mb x 0.05sen).
Baru RM12.50!!!

Maxis-RM50 utk 250mb dgn
Altel-RM12.50 utk 250mb.....
4G pulak tu..

*Perbandingan hanya antara Altel n macis shj.. utk lain2 telco, korg buat math sendiri la..

teman akan support product Bumiputra.
lg best klu ada pakage unlimited

Line Altel memang best kat kg saya internet H+. maxis,umobile, digi dan clixster pun x leh lawan. Teluk intan.

Alang2 buat teus tenet kasi rancak sikit..hahaha..baRu buleh tuka..

Dah tukar Altel tapi signal fluctuate la...kejap E kejap H+...signal 4G tak pernah dapat lagi atau nampak connect...signal phone fluctuate kejap takde signal kejap 1 bar kejap full bar...sikit kecewa. Area Subang airport dan Meru Klang. Mungkin kena bagi tempoh 2-3 bulan lagi kot.

Kenapa saye pakai macam sloww je . kenape ? Pas uhh kejap ade kejap tak internetnya

Sy x langgan internet tp bila on mobile data kna tlk kredit x

Buatlah yg unlimited plak

Pengguna mudah percaya iklan tv. Clixter pun ad iklan tv dah skrg ni. Altel mengharap publisiti free drpd pengguna whatsapp, wechat dan facebook je ke? Aku smpai sini pun lepas dpt link kat fb..

So Altel gua pencawang Celcom.., Celcom guna 4G/LTE Altel. Kiranya lebih kurang dorang ada perjanjian win win situasion la.. gitu - ada faham itu statement?

Data phone off dllu

Terbaik sepanjang jln dr kuching,batu kawa,bau dan serikin...lima star.

yang menjadi problem besar ialah kenapa kuota sangat sikit kan

Altel xleh gi lar kt sabah. Slow sgt compare dgn digi.

Salam..

Postpaid insya Allah mac 2015

Collaboration celcom dan altel utk guna tower masing2..

Bagi saya kalau pakai celcom tower semua tpt coverage bagus..

Macam mana nak active kan balik sim altel yang dah kene block ? Sebab lame dah tak topup .

Bosan dengan had limit internet??
nak download movie tapi ade kuota??
Bertukarlah dengan Sim Intrnet Tanpa Had!!
Tiada kuota tiada caj yang mahal..
Cek FB MEMANG MURAH (INTERNET TANPA HAD)

Aku mmg nk tolong Altel sebab komfom Altel byr zakat tiap tahun. Tapi harap Altel dapat lebihkan kuota contohnya 4Gb / rm30. Hapuskan ppu.

Aku mmg nk tolong Altel sebab komfom Altel byr zakat tiap tahun. Tapi harap Altel dapat lebihkan kuota contohnya 4Gb / rm30. Hapuskan ppu.

Buat unlimited plan, baru den tuko iyo

telco yg baru biasela..bru nk naik..klu kte sendiri yg xsupport dr awal,cmne altel nk jdkn yg limited jd unlimited..aq kje kt slh 1 company altel..nk tkar telco tp gne no sama mmg boleh..pape hal aq inform kt sumer..#supportourlocal #supportMalayProduct

bagus Line Altel ini.. kena bayaran ke dari telco lama ke Altel.. Aku dulu pakai Maxis tukar ke Celcom.. Tiada Apa2 bayaran... Mmg nk tukar ke Line Altel.. mcm mana yeh caranya

Dah pakai altel.. Bila dh aktif. Knp keluar nama Celcom... Internet mmg laju... RM15 , 500MB , tarikh luput selama sebulan.... Tapi terkono... Semua kadai penjual kad sim .. Ambil untung rm1 , rm2.. Padahal rm7 je tgok dkt laman sesawang altel.... Line tenet pakai altel.. Line celcom.. Call dn sms.... Bila lagi nak majukan syarikat melayu...

da pkai...internet mmg laju..tp cepat abis kouta..pdahal bkak wasap je pun....2G x smpi sebulan da abih..pa crita

Kad Sim Altel boleh di guna pada broadband tak,?

internwt altel ni, dia free atau kita kena langgan ?

Xprezzo bgtau td blh guna dkt broadband celcom..sy pon dh terminate broadband celcom..guna sim Altel pulok..terbaik!

Guna sim Altel ni mmg best, smbl support produk melayu, bila lg kan kwn2?internet mmg H+ jrg2 je 3G di tmpt ana..data tenet lak ada bnyk pakej, blh bebas nk tukar2 guna kuota mne..dlu guna broadband..xhbs guna tetap byr la kan..mcm skrg xde unlimited tp sbnrnye term gni ada klebihan, klu unlimited tp kuota hbs klu bila urgent n.k akses data tp line slow mslh jgk nnt..pape ana terus guna Altel, mmg xrugi..

Altel memang best bila saya balik ke kampung yg terletak di terenggun, kuala lipis.. line maxis dan celcom memang dah tak dapat nak hidup kan internet tapi line altel H+.. memang laju je buka facebook.. terbaik lah..

BESTMobile ada yang dah cuba ? agak menarik packagenya

ni ha linknya : http://thebestmobile.my/nash

BESTMobile ada yang dah cuba ? agak menarik packagenya

ni ha linknya : http://thebestmobile.my/nash

SYED MUKHTAR AL BUKHARI PUNYA NI

altel nieh xcukup bagus bagi aku

sebab dia makan kredit lepas hbis qouta

siapa nk jadi dealer simkad terlajak laris bole pm saya..
016-4446151

yes, saya pn suka guna umobile sebab dapat internet percuma 3 gb haha

Kat Kg den di felda pasoh tigo, line celcom ado tapi line altel takdo, Apo kono jang?

U MOBILE LAGI BEST SEBAB BELI INTERNET RM 20 DPT FREE 1 GB DAN FREE UNLIMITED DATA DARI KUL 2 AM HINGGA KUL 10 AM

Kalu habis internet umobile x tarik duit dan bagi internet basic dan call setiap bulan...umobile kalu tamat tempoh tapi ad beli internet rm 20 keatas internet masih boleh guna...tapi call x leh kecuali x tamat tempoh...pling best umobile bagi internet 1 gb high speed setiap bulan dan x silap umobile dh tukar dari 1 gb ke 3 gb


EmoticonEmoticon