Thursday, October 23, 2014

"Hai abang ujang"

gambar hiasan



Erm...., salam muhibah semua,  muah muah
*sambil peluk sorang2 laga-laga pipi (boleh bayangkan tak gaya ni)

Tak boleh bayang lantak korang la.., ok nak story cerita kisah semalam


Semalam hari cuti kan..?? siapa tak cuti tu padan muka la sebab kena kerja..hehe, disebabkan semalam hari cuti umum, pakcik si YANA kawin semalam setelah beberapa tahun membujang..

Tapi Alhamdulillah akhirnya beliau bertemu jodoh kembali selepas berpuluh tahun..., aik macam tergantung je ayat gua.., lantak la itu bukan pointnya untuk gua up story ni hee



*********************************************

Lokasi : umah atok di shah alam
Masa : lepas asar


Biasa lepas majlis kahwin kan ada makan-makan.., petang gini santai-santai lepak je...,

Sedang gua syok duduk dikerusi empuk sambil layan candy crush yang level 345 tak lepas-lepas sejak setahun yang lepas.., tetiba yana tegur

"papa tolong amikkan gambar"

minta Yana sambil tangan kanan dia menyelok poket kirinya, dan mengeluarkan sebijik talifon bimbit keluaran apple yang gua hadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan tempoh hari.

" uik., gambar apa.?"

tanya gua ringkas sambil meneruskan mengebom coklat dan gula dalam game candy crush yang bangang ini.

" tolong ambil gambar dengan dia ni.."

yana memuncungkan bibirnya ke arah seorang wanita yang comel, ketinggian budak itu dalam 5kaki 4inci..

"Siapa dia ni" 

tanya gua lagi sambil sepantas kilat gua bangun tanda teruja dengan budak perempuan tersebut..

"dia silent reader i"

jawap yana ringkas sambil membuat raut wajah penuh bangga dengan silent reader nya..


tetiba.....!

"hai abang ujang..."

sampuk wanita comel itu sambil tangannya melambai-lambai ke arah gua.., sambil lambai beliau melemparkan senyuman manis dan terselah dengan lesung pipit di belah kiri pipinya.

Belum sempat gua nak membalas senyuman dan lambaian.. dia menjawap lagi

" saya kenal kak yana dari abang ujang.., saya follow blog abang ujang dah lama.., dari sebelum korang kahwin lagi dah baca blog  abang ujang.."

Gua yang tadi muka macam minta penampar terus otometik buat muka bangga mengalahkan muka bangga yana tadi..

Yana disebelah dah macam tak puas hati kenapa ramai orang kenal dia berpunca dari gua..,,hihi

Malas la gua nak cita panjang-panjang.., senang cerita lepas tu yana pun bergambar la dengan silent reader dia dan ex silent reader gua..hahahaah

Korang tunggu je la yana update story pasal ni dengan gambar bersama dengan budak tu ok


 ***************************


p/s : gua syok sebernarnya kalau stranger baca blog kita.., tapi kalau kenalan dah baca gua akan rasa annoying dan malu...hihi



20 Orang Memberi Komen & Pendapat

hahaha untunglah ada silent reader yang tampilkan diri ..

hahaha.. aku pun sama... kena yana dr ujang gak... tp now dah boleh borak2 kat fb ngn yana...

untung arr jadi budak ensem... ehh tetibe...

cerita jauh menyimpang dengan gambar hiasan tu.. ;)

cerita jauh menyimpang dengan gambar hiasan tu.. ;)

untunglah....ramai org kenal...hehehehe...yana pun ramai yg kenal...

tak pernah ade experience cmtu, tapi ade member ang famous blogger, time kami jengjalan ade je mitak bergambar aii mcm retis pun ade..

aku kenal blog yana pun dr ko la ... hahhahaha

sebeanrnya ayat last tu memang betullll....saya pun rasa mcm tu tau

waaa.a... cayoklah ada silent reader... peminat gituh... nak jugak merasa jadi mcm tu...

bestnye ade silent reader. ^_^

Haha.. Sama la kita.. Saya pun tak share dengan kawan-kawan blog saya.. Cuma harapkan stranger baca blog..

Er, taaaapi, ada ke stranger baca? T__T

He he.. confuse. Gambar tu takde kena mengena ke?


EmoticonEmoticon