Pentingnya CFM Kepada Pengguna

CFM


Ada yang pernah dengar pasal CFM dak..?

Secara ringkasnya peranan utama CFM adalah sebagai tempat aduan untuk pengguna telekomunikasi & multimedia yang menghadapi masalah berterusan ataupun aduan yang tidak selesai walaupun telah membuat laporan di syarikat pembekal.

Nak kasi korang faham fungsi CFM lebih kurang sama macam Aduan kepada KPDNKK la.., tapi KPDNKK adalah aduan untuk peniaga yang menipu barang belian korang yer dak..? Cuma CFM ini adalah khas untuk aduan masalah korang dengan mana-mana syarikat telco di Malaysia contohnya Celcom, Digi, Maxis dan lain-lain..



Kalau korang tak selesai masalah dalaman dengan syarikat telco tersebut boleh la korang buat aduan kepada CFM ini paham dak..?

Proses yang betul adalah di mana, langkah pertama dengan membuat aduan kepada syarikat pemberi perkhidmatan terlebih dahulu. Sekiranya pengguna tidak berpuas hati, pengguna disarankan untuk ajukan kepada CFM untuk tindakan selanjutnya.


APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN CFM?

CFM ada beberapa saluran, di mana pengguna boleh akses portal dorang di www.aduan.cfm.org.my . Kelebihan menggunakan portal ini ialah pengguna boleh memeriksa status aduan korang pada bila-bila masa.

Pengguna juga boleh menelefon kami di 1-800-18-2222 atau emel kami ke aduan@cfm.org.my. Pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai info dan tips tentang industri komunikasi dan multimedia di portal mereka iaitu www.infokonsumer.my

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN CFM?


APAKAH ADUAN YANG PENGGUNA BOLEH LAPORKAN KEPADA CFM

Semua aduan yang tidak selesai atau berpanjangan, rungutan dan pertikaian berkenaan dengan perkhidmatan komunikasi dan multimedia antaranya termasuklah:

1. Pertikaian bil dan caj, caj yang tidak dilanggan/digunakan, caj yang tidak betul

2. Kualiti liputan tidak memuaskan seperti kelajuan internet yang perlahan, panggilan terputus, tiada liputan atau liputan tidak memuaskan

3. Lain-lain seperti SMS, promosi/iklan yang mengelirukan, data peribadi digunakan untuk melanggan atau mendaftar perkhidmatan.

Ini adalah untuk semua perkhidmatan Komunikasi & Multimedia seperti telefon talian tetap dan telefon mudah alih, internet, TV berbayar, TV biasa, radio, SMS.

 Tetapi harus diingat terdapat beberapa jenis aduan yang tidak boleh CFM terima. Berikut adalah senarai jenis aduan yang tidak dapat kami bantu:

-Aduan tentang Pemberi Perkhidmatan yang bukan dalam industri Komunikasi dan Multimedia dan tidak tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98).

-Aduan yang kami rasa lebih baik ditimbangkan oleh mahkamah, perkhidmatan penimbangtaraan atau prosedur aduan lain. Aduan yang sudah ditangani oleh mahkamah atau prosedur aduan lain.

-Aduan tentang isu pekerjaan atau kakitangan.

-Aduan yang kami anggap berniat jahat atau tidak wajar.

-Percanggahan antara syarikat yang menyertai perkhidmatan kami.

-Aduan yang tidak disertakan dokumen sokongan sebagaimana yang diminta oleh  Pemberi Perkhidmatan

Statistik aduan yang diterima CFM

Statistik aduan yang diterima CFM


Dari statistik kita lihat di atas, aduan yang paling tinggi adalah mengenai kualiti

perkhidmatan(ungu) dan diikuti dengan bil (kelabu).

Saya nak nasihatkan korang, jangan la malas nak buat aduan kerada dengan

adanya aduan kita boleh mendapatkan kembali hak kita sebagai pengguna yer dak..?


Bagaimana Untuk Membuat Aduan Pada CFM


 Membuat Aduan Pada CFM


Sebelum korang boleh menggunakan perkhidmatan CFM, syarikat yang anda adukan mesti terlebih dahulu diberi peluang untuk menyelesaikan pertikaian.

Syarikat Pemberi mempunyai masa tujuh minggu untuk berbuat demikian. Korang juga boleh menggunakan pelbagai saluran untuk mengemukakan aduan anda kepada CFM


Buat aduan terus ke Portal Aduan
Dalam Talian kami (CoP)
Tulis surat kepada
E-mel : aduan@cfm.org.my
Buat panggilan telefon untuk kemukakan
aduan atau pertanyaan ke
Talian Bantuan Pengguna : 1800-18-2222
Hantar faks ke
Faks : +603-2693 2288
kunjungi pejabat atau tulis surat kepada
Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia
 Malaysia
6-02, Tingkat 6 Wisma Straits Trading
No.2 Lebuh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur
Malaysia


******************************

Apa yang berlaku selepas Korang membuat aduan pada CFM ?




-CFM akan membuat perakuan penerimaan dan mengeluarkan nomborrujukan fail dalam masa 1 hingga 3 hari kerja.

- CFM akan berusaha untuk menyelesaikan aduan yang anda kemukakan.

-Pegawai CFM yang bertanggungjawab akan membuat susulan dan memantau perkembangan kes anda hingga kes diselesaikan. Pemberi Perkhidmatan dikehendaki membuat perakuan dan memberikan cadangan yang dapat menyelesaikan aduan dalam masa 7 hari kerja.

- Kod Amalan Pengguna Am menetapkan bahawa 95% daripada aduan diselesaikan dalam jangka masa tidak melebihi 30 hari kerja dari tarikh semua maklumat atau dokumen sokongan yang berkaitan aduan dikemukakan sebagaimana yang diminta oleh Pemberi Perkhidmatan.

- Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak status aduan anda dengan melayari laman CoP.

Korang juga boleh layari laman Facebook CFM di :

https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia

Akhir kata jadilah pengguna yang bijak ketahuilah hak anda sebagai pengguna..,


**********************************************


Gua nak ajak lu orang join contest “Name the CFM Mascot & Win”.

Hadiah dia lumayan beb! Iphone 6 ada. Ipad Mini ada, ipad mini 3 pon ada!

Contest ini bermula 2 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015.

Senang sahaja nak menang. Lu perlu bagi nama yang unik dengan cara yang

kreatif! Tak kisah la dalam bentuk pantun ke, seloka ke, gambar ke. Janji unik

dan kreatif! Lepas tuh hantarkan penyertaan lu di (link)


5 comments.. read them below or add one

Azhar Azhar March 3, 2015 at 5:41 PM
first time dgr pasai CFM ni dan fungsi dia.. TQ tuan, maklumat yg sgt membantu.