Pengalaman Ke Stonehenge
Stonehenge tak silap guwa dulu tersenarai dalam 7 benda ajaib didunia..., kalau gua salah jangan marah.., so kalau siapa google nakkan info sejarah sini bukan tempatnya hehe
Sebenarnya gua tak begitu teruja sangat pun untuk ke stonehenge ini.., tetapi bila Yana yang nak sangat pergi.., so pergi je la.., sebab dulu 2012 tak sempat nak pergi
Blog tak berudate terasa macam bangang pulak nak menulis.., tapi dah ada gambar ni gua share je la Tips untuk ke Stonehenge hihi
Kenderaan Untuk ke Stonehenge
Kami sekeluarga pergi ke stonehenge tidak mengambil pakej-pakej yang ada di London .., kalau amik pakej tak sure berapa harga..yang pasti lagi mahal hehe
So kami decide untuk sewa kereta dan drive sendiri ke Stonehenge.., kos sewa kereta ialah 30pound kurang lebih RM150-200
Sepanjang perjalanan Yana memang duduk belakang sebab undang-undang di UK ni ketat sikit.., budak kena duduk di car seat ..
Sepanjang perjalanan korang boleh tengok tepi higway cantik gila pemandangan.., tapi lupa pula amik gambar pemandangan di sepanjang higway..sengal betul.
Perjalanan dari London ke Stonehenge dalam 1jam 45 Minit... jangan risau higway sini takda tol...,best betul!!
Apa yang ada di Stonehenge.?
Kalau korang tanya gua jawapan dia memang takda apa2.., hanya ada ketulan ketulan batu sahaja,..hahaha.., so kalau tanya gua perlu pergi sini ke tak? jawapan dia tak payah la..hihi
Tapi bila korang dah sampai England, Stonehenge merupakan tempat lawatan yang orang kata menarik.., so pergi je la...hahahah
Waktu operasi Stonehenge ialah 9.30am-7.00pm
Tapi harus diingat kaunter tiket ditutup 2jam sebelum waktu tutup.., paham tak..?? slow betul.., maksudnya korang kena beli tiket sebelum pukul 5pm hihi.
Kami sampai pun agak lewat iaitu dalam pukul 4.50pm fuhh!! ngam ngam
Lepas korang beli tiket di kaunter atas ni.., korang pergi ke belakang kaunter untuk ambil bendalah letak dekat telinga untuk info-info mengenasi stonehenge.
Dah ada tiket korang bolehla tunggu bus di belakang kaunter itu juga untuk korang ke Stonehenge .., Woi korang boleh bayang tak apa yang aku cerita ni..?? hihi
Ginilah rupa bus yang dia akan bawa dari kaunter tiket ke lokasi sebenar..., jauh gak perjalanan dalam 1.5km...,
Seperti yang gua cakap nampak tak..?? bukan ada apa pun.., batu-batu je duduk posing menonggek, berdiri tegak, baring macam2 posisi batu tu lepak.
Lagi satu sini sejuk gila kau..., angin sini sangat kuat..so sila la pakai baju tebal-tebal terutama kepada korang yang bawa anak kecil pastikan dia pakai baju tebal2...
Aku tak tau nak cerita apa lagi pasal Stonehenge ni.., so tepek gambar je la ok..hehe
---------------------------------------------------------------
Gua dekat sini kejap je.., dalam sejam macam tu gambar pun tak berapa banyak sangat amik sebab anak gua meragam..,
Dia nangis manjang kerana tak tahan sejuk.., so tension dan kesian kitorang gerak je la balik sebab dia menangis je...hehe
Pada tarikh 29/4/15 lokasi Stonhenge, kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami ke 4.., sini je la tempat sambut ulang tahun.., comolot pun tak sempat hahahahaaha
Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit dari London jika sewa kereta
Kereta sewa sehari kurang lebih RM200,
Duit minyak kurang lebih RM150(rm6 seliter)
Tiket masuk ke Stonehenge kurang lebih RM100 seorang
Sekian..Peace (~_^)v
13 Orang Memberi Komen & Pendapat
alhamdullilah
wow..menarik ..wlupun ko kate tak menarik ....
Wahhh..menarik..View pun cantek.. Ada anak, dengan maknya la duduk belakang jaga anak..Dorang care sikit pasal anak-anak kalau undang2 kat sana ye..
dah anak meragam camane nak celebrate cemolot.. ngeh2..
giler. mesti best kan. selalu nampak dekat wallpaper windows xp je. tapi bila dah depan mata mesti rasa teruja kan.
laaa aku ingatkan masuk free je
menarik...memang benda ni ajaib kan...
benarnya memang nampak biasa je tempat ni..
tapi tulah, dah kata salah satu tempat menarik lagi ajaib..hurmm entah
menarik tempatnya ni..untunglaa
mcm best je
Tahniah seronoknya ke obersea... Bila la nak merasa retis singgah komen blog kita ya...? Tahniah ya hincik Azfar...
Bestnya dapat gi luar negara... best2
wahh..syoknya. Belum pernah sampai lagi kat sana. Bila la agak-agaknya.
EmoticonEmoticon