Iftar Bersama Pesakit Buah Pinggang Di Klang Parade
cantik pulak gambar klang parade dari mawardi ni
Tahun ini Alhamdulillah banyak juga mendapat jemputan berbuka puasa tetapi minta maaf banyak kerana tidak dapat memenuhi beberapa jemputan kerana faktor kekangan masa...ha betul ke tak guwa eja tu tak tau la..hihi
9 Julai baru ini gua bersama beberapa rakan blogger sempat menghadiri majlis berbuka puasa di Klang Parade anjuran bersama Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF).
Pertama sekali bila guwa sampai Klang Parade, gua agak terkejut dengan wajah baru Klang Parade.., dari luar sampai ke dalam dekorasi banggunan dengan pencahayaan lampunya sangat menarik..! tahniah Klang Parade kerana berjaya mengubah suai banggunan yang sangat cantik..hehe
Ok guwa bukan nak cerita ke canggihan Klang Parade sebab rasanya dah ramai yang tahu Klang Parade ni cantik hihi.
Ni gua nak cerita Majlis berbuka puasa..., Majlis ini tujuan utama adalah untuk meraikan keluarga pesakit buah pinggang, Pihak Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) meraikan mereka untuk meringankan beban dengan membawa mereka shooping raya di Klang Parade dan berbuka puasa bersama.
Kami dari rakan blogger turut meraikan keluarga pesakit buah pinggang dengan memeriahkan majlis berbuka puasa di tengah-tengah Pasaraya Klang Parade.
Gua dan rakan blogger lain rasa seronok dengan majlis ini kerana bila tengok keluarga pesakit buah pinggang ini happy kami juga terasa happy.. terserlah kegembiraan mereka dari raut wajah setiap keluarga.. rasa nak peluk-peluk je dorang tapi ada yang bukan muhrim., so tak jadi peluk hahaha
Selain itu persembahan tarian yang ditunjukkan juga berjaya memukaukan kami semua..gua siap ber ewah..ewah..ewah lagi... haa boleh bayangkan tak camner gua joget..??
Sambil tengok persembahan artis dan tarian memukau itu.., gua menjamu selera dengan menu dibawah ini
Seperti biasa di Majlis yang ada blogger mesti ada gambar bersama rakan blogger yer dak..? ni share sikit
dan seperti biasa geng blogger pun nak poyo konon jadi hero hahahahaha..,
Akhir sekali gua nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Klang Parade, Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) kerana berjaya mengadakan majlis amal seperti ini. Semoga terus berjaya di masa mendatang....KIPIDAP..hahaha
Sekian Peace (~_^)v
5 Orang Memberi Komen & Pendapat
wahhh..bestnya. Selamat berpuasa tuan rumah..
wah bestnya
giler kacak betol aku dalam entry ko. ahahhaha
Bestnya
tahniahh..Buat program yang macam ni lah bagus. Iftar dengan pesakit buah pinggang.
EmoticonEmoticon