Wednesday, August 5, 2015

WeBoost Connect 3G Atasi Masalah Signal Telefon Bimbit



Kalau dijalanraya perkara yang paling menyakitkan hati korang mesti kesesakan lalu lintas yer dak..? Kalau dengan Telefon bimbit perkara yang paling menyakitkan hati ialah Signal teruk ataupun line internet perlahan.  Bila dua situasi ini berlaku mesti rasa nak maki semua orang jer yer dak..?

Ok masalah kesesakan lalulintas gua takda cara untuk atasinya tetapi kalau korang ada masalah signal Telefon Bimbit slow dirumah atau pejabat gua boleh rekemen kan dengan WeBoost Connect 3G.

Macam dirumah mak gua., sebelum renovate semua line telefon memang takda masalah..., tapi selepas renovate dari satu tingkat menjadi dua tingkat line telefon menjadi slow.., dari full bar menjadi satu bar. Kalau internet dulu 4G senang dapat tetapi selepas renovate selalu 3G je.

Ini terjadi mungkin disebabkan Layout rumah yang padat dan tertutup menjadikan signal didalam rumah agak tersekat.

Weboost ini  sangat sesuai digunakan dipejabat ataupun rumah kedai.., kerana kebiasaannya rumah kedai atau pejabat ini signal dalamannya memang agak perlahan



--------------------------------------------------------------




Terima kasih kepada Hafiz Rahim kerana memperkenalkan gua dengan produk booster terbaik iaitu WeBoost Connect 3G. Minggu sebelum raya hari itu kontraktor dah datang ke rumah mak gua untuk membuat pemasangan.

Gambar dibawah ini gua tunjukkan step pemasangan yang perlu ada dari luar rumah sehingga ke dalam rumah

Outside Antenna
Outside Antenna

Coaxial Cable
Coaxial Cable

Signal Booster
Signal Booster

 Inside Antenna
 Inside Antenna


Cara WeBoost Berfungsi



WeBoost Connect 3G ini berfungsi dengan menangkap isyarat luar, iaitu isyarat yang boleh digunakan, kemudian menguatkannya serta mengagihkan semula isyarat yang diterima itu kedalam seluruh kawasan rumah ataupun pejabat, dimana ia diperlukan.

Kesan daripada penggunaanya, kekuatan signal bertambah baik dan kembali pulih seperti sediakala, tiada lagi masalah dropped call ataupun panggilan telefon yang tersekat-sekat, kualiti suara semakin jelas, kelajuan muat turun semakin laju (data plan) dan jangka hayat bateri telefon bimbit juga akan menjadi lebih lama (kerana telefon bimbit tidak perlu bekerja keras untuk mencari signal).

Diingatkan., Weboost Connect 3G ini bukanlah hantu., ia berfungsi untuk meninggatkan signal. Jika kawasan rumah anda memang tiada signal langsung , Weboost bukanlah jalan penyelesaian.

 ----------------------------------------------

Kelebihan menggunakan weBoost booster

1. Meningkatkan isyarat liputan telefon anda.

2. Mengurangkan masalah penggilan terputus.

3. Kualiti suara lebih jelas .

4. Meningkatkan data kelajuan Download

5. Meningkatkan hayat bateri untuk peranti selular.


So kepada korang yang mempunyai masalah signal henfon di rumah.., gua rekeman korang untuk pasang weBoost booster ini dirumah kerana harganya sangat berpatutan dengan serbis yang diberi dan result yang korang akan dapat. Harga pasaran sekarang ialah RM1145 tanpa pemasangan,., kos pemasangan dalam RM300-500 bergantung kepada kawan rumah korang.., bagi gua korang pasang sendiri pun boleh.., baca manual hihi


Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai weBoost Connect 3G dan produk-produk keluaran mereka yang lain, anda boleh layari laman web mereka di www.weboost.com/my.

tags : Harga weBoost booster Malaysia , Cara atasi masalah signal dirumah, alat untuk tingkatkan signal dirumah

5 Orang Memberi Komen & Pendapat

statement "Weboost Connect 3G ini bukanlah hantu". kahkahkah

assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

Weboost Connect 3G ni masih baru ke?

Info yang bagus. Baru taw pasal ni. hehe


EmoticonEmoticon