Kisah Di Marble Arch London


Amacan Keras

Cerita ini dah basi..., tapi belum cerita so kena cerita gak hahahaha., di London salah satu tempat yang menarik untuk disinggah ialah Marble Arch., kenapa..? haa korang baca je la jalan cerita bawah ni ok

****************************************


(sweater by Pen Merah)

Breakfast...megi dan cekodok bawang...sepanjang duk London memang kitorang akan pastikan makan kenyang² sebelum keluar rumah....jimat kos kekdahnya...kadang tu cekodok yang berlebih² ku tapau bawak bekal masa jalan²...if ada biskut ke, roti, memang angkut semua masuk dalam beg...mujur duk rumah adik...boleh la nak masak²...hehe



Masa ni Yana tengah peknen kan dak Zafran, 4 bulan....perut asyik lapar je...sejam sekali mesti nak makan...stress aku....duk malaysia ok lagi senang cari makan...kat London tu banyak je kedai makan halal...tapi harga tu....kos sekali makan boleh buat belanja seminggu kat malaysia...pfft! so nak jimat bawak lah bekal banyak²... :)


On the way nak pi Marble Arch banyak jalan yang tutup...so laluan bas pun banyak yang diverted...pening kepala tengok route baru...ingatkan ada repair jalan ke apa...rupanya ada game kat Stadium Chelsea...hak alaa! tu yang ramai² tu, semua tu fans Chelsea...kecuali guwa...sebab guwakan fans Arsenal...haha~  Dorang jalan kaki ramai² pi stadium...jakun pulak tengok kemeriahan tu...

Ikutkan haluan kitorang ke tempat lain...tapi sebab jakun sangat tengok ramai² berarak pi stadium, guwa decide nak join sekali berarak dengan dorang...tengah berarak tu dengar lahh fans Chelsea nyanyi² lagu Chelsea, ngutuk² Arsenal...kahkah  tapi bukan lah ngutuk cari gaduh tu...for fun jeeee...best oii! ^_^

nampak pulak ayam ni promosi restoren dia...posing lah kejap...huhu~


Jauh jugak lah kitorang berjalan nak sampai stadium tu...memang style sana, if ada game kat stadium, certain jalan akan tutup untuk memudahkan fans berarak macam ni....negara sejuk boleh lerr jalan kaki berkilo kilo meter semata² nak tengok bola...cer kat Malaysia buat gitu...baru sampai pintu masuk stadium nak pitam dahhh...nak bersorak lagiii...ngeee~  :p

But aku puji lah adab orang sana...walaupun bersesak² macam ni kau tak rasa rimas...yelah guwa dengan ber-stroller nya, ada anak kecik lagi....dorang bagi laluan pada guwa...takde berebut², berlari², bertolak², bersakai² *lolz*...behave sangat!



suasana di perkarangan stadium...

Lagi satu benda yang guwa kagum, time beratur untuk masuk dalam tu dorang boleh que elokkkk je...panjang macam mana pun dorang tetap que dengan sabar...takde lah jerit², "faster...faster!!"  NO! semua sabar! siap menyanyi beramai² untuk hilangkan boring....


Again...negara dorang sejuk...boleh la sabar berdiri lama²....kan?? kat sini baru berdiri tepi stadium 5 minit dah lenjun ketiak...bahaha~  :)

Masa game dah start kitorang saja la tunggu tepi pintu tempat player masuk, intai² tengok dorang main bola...tapi kena halau kaooo...punya la dorang jaga privacy...kau tak beli tiket apehal nak curi² tengok pulak?? haa gitu prinsip dorang...nak tengok sila beli tiket! memang tak beli lah kan...saja je nak intai...lols~  :p


So kitorang teruskan perjalanan ke Marble Arch...

tak ingat stesen mana  :p


escalator bawah tanah curam gila oke! sila pegang anak² anda dengan kuat...bahayaaaa...



kat tepi Marble Arch ada padang...boleh lepak² situ sambil berpicnic! perut pun dah mula lapar...moh la keluarkan bekalan cekodok pagi tadi untuk alas perut... cuaca hari tu pun nice sangat...tak panas sangat, tak sejuk sangat...matahari terik...err macam kat Cameron...tak payah pakai jaket pun takpe... :)



masa ni jugak Zafirah baru belajar diapers free...boleh pulak masa melepak tu dia terkencing dalam seluar...ralit sangat main sampai lupa nak kencing...grrr  dah la guwa dan yana tak bawak seluar spare...dengan stokin semua basah kena kencing...hehh~

Kejap je pun dia tak berseluar, berkasut tu....lepas tu kitorang pi shopping kain baju dia kat Primark...yang tu nanti lah aku cerita kat entry lain...dah banyak sangat gambar dalam entry ni :)




kawasan ni meriah dengan burung merpati...Zafirah tu tengok orang main kejar² burung dia pun sibuk nak kejar burung jugakkk...gua jer la yang rajin layan mama dia melantak


huduh betul gambar anak dara tu berlari² tanpa seluar...hahaha  yelaaa salah mama! lupa bawak seluar spare...sebab dah tau nak shopping seluar baru untuk dia...tu malas bawak tu...buat berat beg je kang...ngee  :p

 Menatang belakang tu lah namanya Marble Arch

 kesian anak dara tu takde seluar  >_<

k jom lah kita shopping seluar baru ye kaklong!! ^_^


Marble Arch ni berdekatan dengan Oxford Street, so yang bestnya di Marble Arch ialah dekat dengan tempat shooping...ekceli Marble Arch tu takda apa pun hahahahaha ,,, marah orang sejarah bila baca ni..

********************************

p/s : Fuh dapat gak update entri LONDON selepas kopipes entri Yana hahahahahaha 



3 comments.. read them below or add one

Saiful Salim Saiful Salim April 26, 2016 at 5:38 PM
Salam bkenalan drp kami makan angin London

Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
https://www.facebook.com/makananginlondon
Instagram: makananginlondon
http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

------------------------------------------------------------------------------------
Amsterdam & Belgium
Tulip Garden package
25 April - 16 May 2016
3D 2N | 3D2N
5 px | 6 PX
£2500 | £2850
What included in the package
- Hotel
- Breakfast
- Ferry fare
- MPV
- Netherland
Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
- Belgium
Atomium, Mini Europe
Harga ade berubah terubah
Hotel reservation & ferry fare
------------------------------------------------------------------------------------