Monday, May 9, 2016

SSPN i PLUS - TABUNGAN MASA DEPAN



PTPTN

Salam..., hurmmm tak jawap pun.,

Jumaat baru ni gua bersama rakan blogger dijemput ke Majlis Pelancaran Pakej Baru SSPN~i plus Ejen Online PTPTN di Menara PTPTN, selain itu majlis ni juga ada buat penyampaian Hadiah untuk cabutan kepada pencarum SSPN i Plus.

Gua agak terkejut gak bila dapat tahu pencarum SSPN i Plus ni ada cabutan hadiah, hadiah dia bukan calang-calang wei... hadiah utama boleh menang BMW , Honda dan paling best boleh menang rumah..!!!!

hadiah utama cabutan sspn i plus
 gambar utusan

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, diiringin pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff

Satu usaha yang baik dari PTPTN sambil menggalakkan orang ramai mencarum atau menyimpan, mereka menyediakan cabutan bertuah dan hadiahnya sangat lumayan.

Akak yang menang BMW ni dia baru mula mencarum pada Disember 2015 tak silap gua.., dan rezeki dia dapat menang BMW.., difahamkan juga akak ni mencarum hanya RM100 sahaja sebulan dan dapat bawa balik BMW wei..!!! hahaha



******************************

Ok meh gua nak terangkan benda apa SSPN i Plus ni.

Bila sebut nama PTPTN dalam minda kita terutamanya pelajar dah paham PTPTN ni yang memberi pinjaman dan mengutip hutang yer dak.? Jadi PTPTN nak hapuskan fikiran itu dengan lebih menfokus kepada penabungan atau simpanan pendidikan demi kepentingan dan masa depan orang ramai .... PTPTN juga mahu dikenali sebagai Tabung Pendidikan... bukan hanya sekadar Tempat Meminjam wang gitu..hehe

Apa itu SSPN i  

SSPN i atau nama panjangnya SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL  ini sebenarnya adalah satu produk bawah PTPTN.., yang dijadikan alat untuk simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN i Plus pula merupakan satu skim yang ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Sebenarnya SSPN i ni dah 12 tahun diperkenalkan dan SSPN i Plus pula sejak 8 Jun 2015. Sejak dilancarkan sehingga kini sebanyak 8,261 akaun SSP-i Plus telah dibuka dengan jumlah depositsebanyak RM2.54 juta dan perlindungan takaful sebanyak RM453.84 juta. Bagi gua satu nilai yang memberangsangkan

Paham tak..? senang cerita SSPN i Plus ni korang menyimpan atau mencarum sambil boleh menikmati dividen dan siap ada pelindungan takaful..,

Perbezaan SSPN i dengan SSPN i Plus

beza sspn i lama dan baru


Kelebihan Menyimpan Di SSPN i Plus

- Patuh Syariah
- Pelepasan taksiran cukai hingga RM6,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
- Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
- Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.*
- Simpanan dijamin oleh kerajaan.
- Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
- Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i

Dekat sini gua tunjukkan sekali KELEBIHAN SSPN i Plus Dengan Simpanan di Tempat yang lain

Kelebihan SSPN i Plus dan yang lain
pinjam gambar jadual dari blog linda


PAKEJ SSPN i Plus

Takaful SSPN i Plus


Rahsia RM1 Sehari

Pakej baru di dalam SSPN-i Plus agak menarik..,dengan membuat tabungan serendah RM1 sehari, kita boleh memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga.

Pakej Intan SSPN-i Plus ini sememangnya menepati kehendak dan keperluan orang kita . Mungkin selama ini ramai yang melabur di skim pelaburan yang lain untuk tujuan simpanan., Tapi dengan pakej baru SSPN-i Plus ini korang bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan tetapi juga dapat perlindungan takaful, dividen serta dapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah. Dengan kata lain, pakej Intan SSPN-i Plus ini merupakan satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang sangat murah yer dak.?

Benda penting, simpanan yang dibuat tidak boleh dikeluarkan pada bila-bila masa., Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.

******************************



Korang semua yang rasa bermanfaat bila mencarum dengan SSPN i Plus, masih belum terlambat nak menang kereta dan rumah.

Dan cabutan ini akan di adakan setiap 3 bulan sekali bermakna dalam setahun akan ada 4 kali cabutan.

Macam mana nak buka akaun SSPN i Plus...?

Korang boleh terus pergi ke kaunter PTPTN atau  cari agen SSPN i Plus atau lagi mudah korang boleh wassap gua 012-3109897 ('',)



Komen gua

Bagi gua SSPN i Plus ni sangat bagus kerana menggalakkan orang kita biasakan diri dengan menabung bagi tujuan pendidikan secara tak langsung mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan semata.

Dan lebih menarik semua pencarum dilindungi dengan manfaat takaful 24jam.

Dalam kita menyimpan kita boleh mendapat dividen dan berpeluang memenangi hadiah yang best-best dari hadiah bonanza yang disediakan oleh PTPTN

Untuk persoalan lagi detail korang boleh wusha di SINI

******************************

Kepada rakan blogger atau sesiapa saja yang berminat nak jadi Ejen Online korang boleh register wei..

Ejen Online PTPTN ni adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online atau secara bersemuka (EPO sahaja) dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja).

Pendaftaran Ejen Online PTPTN terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas... Free je wei join 

Kelebihan Ejen Online PTPTN

-Komisen Lumayan

-Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan

-Tanpa Modal Perniagaan

-Waktu Kerja Fleksibel

-Latihan/ Bimbingan Diberikan

-Sokongan Pemasaran Berterusan

Pasaran Luas Tanpa Sempadan

-Tidak Melibatkan Transaksi Tunai

-Menggalakkan Masyarakat Menabung

-Produk Patuh Syariah

Ejen PTPTN



Dua Kategori Ejen Online PTPTN

Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja. komisyen 15%


 Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka...komisyen 25%

******************************


Korang boleh malas membaca boleh la korang tengok video penerangan detail mengenai SSPN i Plus

8 Orang Memberi Komen & Pendapat

RM1 sehari tu yang bagus, mudah nak simpan..biar sikit..lama-lama jadi bukit

jom menabung untuk masa hadapan

Pelan Simpanan Terbaik... Wajib ada setiap orang

serendah rm30 dapat cabutan wow gak ker..ker kena rm50 sbln baru layak cabutan wow

Tabung masa depan terbaik untuk anak-anak.

Komitmen bulanan yang rendah. :-)


EmoticonEmoticon