Tuesday, June 28, 2016

MELABUR SAHAM BUKAN DALAM ASB SAJA RUPANYA

pelabur saham


Salam,

Baru-baru ini gua berkesempatan free sharing mengenai LABUR SAHAM yang di adakan di BURSA MALAYSIA.

Perkongsian labur saham ini pertama kali diadakan di BURSA MALAYSIA dan gua difakamkan, ini pertama kali Program Ilmu Saham dihadiri kurang lebih 300 orang lebih bumiputra.

Gua ingatkan tak ramai melayu join untuk menimba ilmu mengenai saham.., tapi silap rupanya aura dari pelabur saham no1  Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri memang power.!

Bila sebut pasal saham sahaja.., pandangan orang biasa-biasa macam gua ni mesti cakap

"ala orang cina boleh la main saham"

Kalau nak tahu, 24% sahaja pegangan ekuiti kaum bumiputra, itupun PNB tolong pengakan 20%! Orang biasa-biasa bermaksud macam kita, cuma pegang 4% sahaja! satu jumlah yang sangat menakutkan dan menyedihkan

Dengan perkongsian ilmu atau program pelaburan ini..., bagi gua satu inisetif yang bagus diadakan oleh team Tuan Haji Asri. Ini kerana boleh mendedahkan para peserta khususnya Bumiputra mengenai ilmu pelaburan saham yang rata-rata dimonopoli oleh bangsa bukan Bumiputra. Program seperti ini bermatlamat untuk mengukuhkan inisiatif meyokong pertumbuhan pelabur Bumiputra di Malaysia.

***********************************

PELABURAN SAHAM UNTUK NEWBIE

tuan haji mohd asri

Tuan Haji Mohd Asri Ahmad mempunyai pengalaman dalam bidang pelaburan saham ini lebih dari 18 tahun..,  jadi memang tidak boleh dinafikan lagi ilmu dan pengalaman yang beliau ada dalam bidang saham ini.. dan memang beliau tersangat layak untuk berkongsi Ilmu Saham kepada kita semua.

Apa langkah pertama untuk menjadi pelabur saham ?

Bila mana saham, ianya adalah perniagan.., bila perniagaan pasti ada jual beli yer dak..? Ok pembelian saham berbeza dengan pembelian kerepek, ayam, gula, kopi dan beras. Secara ringkasnya, kita perlu membuka akaun CDS dan akaun jual beli (trading account) melalui mana-mana syarikat broker terlebih dahulu.

Kita selalunya bercakap sama ada dengan dealer atau remisier yang bertanggungjawab dengan akaun kita nanti. Perbezaan utama antara dealer dan remisier adalah dealer merupakan kakitangan syarikat broker yang makan gaji manakala remisier adalah ejen yang mendapat komisyen.

Carilah dealer / remisier yang dapat membantu, serta kita selesa berurusan dengannya, seterusnya dapat mempelajari cara-cara mengendalikan online trading platform mereka untuk berjual beli.

Modal Untuk Bermain Saham ?

Jumlah paling sedikit untuk membeli saham ialah 100 unit bersamaan dengan 1 lot saham.. Kalau dulu untuk beli saham jumlah paling sikit ialah 1000 unit bersamaan 1 lot., tapi itu dulu..sekarang lebih mudah dan sesuai untuk semua.

Meh baca contoh yang diberikan oleh PAKDI dibawah ni

Contohnya seperti pembelian syarikat Wintoni Group Berhad (0141). Misalnya, jika harga saham WINTONI adalah 9 sen seunit, maka jumlah modal yang diperlukan untuk 1 lot saham WINTONI adalah RM 9 sahaja. Jadi, untuk mengetahui modal membeli saham (sebelum kos berkaitan), pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga saham x 100 unit

Minimum pembelian adalah 1 lot bersamaan dengan 100 unit. Jika ada yang saham yang dijual pada harga lebih rendah, misalnya dijual pada harga 5 sen atau 6 sen, maka modal minimumnya adalah RM 5 atau RM 6 sahaja. Cuma, kos ini belum campur kos stamp duty, komisyen broker dan clearing fee.

Sekiranya brokerage fee sahaja sudah RM 12 misalnya, maka untuk break even sahaja, harga saham WINTONI perlu naik lebih 100%. Itu belum kira lagi kenaikan yang perlu untuk dapat untung. Maka, bila kita campur kos-kos tersebut modal RM 10 adalah tidak praktikal.

Saya mencadangkan modal pelaburan saham bermula dari RM 3,000 untuk tuan yang baru mahu bermula. Nanti sudah biasa dengan selok-belok jual beli, maka dapat tambah modal tuan dari semasa ke semasa. Pastikan modal pelaburan kita datang dari duit lebih sahaja, sekiranya rugi 100% sekalipun kita masih tidak jatuh miskin.

Mari kita buat pengiraan seterusnya menggunakan syarikat lain, Padini Holdings Berhad (7052). Andaikan harga Padini dijual pada RM 1.60 sesaham. Maka modal yang diperlukan berbeza mengikut berapa lot yang kita mahu.

RM 1.60 x 100 unit (1 lot) = RM 160
RM 1.60 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,600
RM 1.60 x 10,000 unit (100 lot) = RM 16,000
Kewujudan online trading platform telah memudahkan banyak perkara. Sila buka kalkulator di online trading platform masing-masing dan buat pengiraan di situ.

Cara Buat duit dengan SAHAM ?

Secara asasnya, terdapat dua cara pelabur boleh buat duit dari melabur dalam saham:

1) Keuntungan berbentuk dividen: Sebagai sebuah syarikat yang menjana keuntungan, syarikat itu boleh mengagihkan sebahagian keuntungan itu kepada pemegang sahamnya. Pengagihan keuntungan ini dikenali sebagai “dividen”.

2) Keuntungan yang berbentuk keuntungan modal: apabila syarikat semakin besar dan lebih berharga, harga sahamnya akan naik . Sekiranya anda melabur pada harga yang lebih rendah, anda akan menjana wang dengan menjual saham pada harga yang lebih tinggi. Keuntungan anda dibuat dengan kaedah “membeli rendah dan menjual tinggi”, yang juga dikenali sebagai keuntungan modal.

*****************************************

Ada orang cakap-cakap dan perli gua..,

"fuiyoo nak main saham sekarang "
" ala benda macam ni belum tentu halal"
"ai...nak jadi kaya ke.."

Bagi gua.., cakap-cakap sindir ini tak lut untuk gua..hahaha., sebab yang berkongsi ilmu ini bukannya orang biasa-biasa.., tapi dari ikon saham negara yer dak..?

Kot gua nak belajar main candy crush boleh la gua dengar cakap-cakap dan nasihat dari kawan gua.., so bila kita nak belajar sesuatu ilmu itu elok la pada yang ahli..

Untuk menjadi usahawan berjaya serta menjadi seorang pelabur yang bijak, perkara pertama adalah ilmu. Dengan ilmu, kita akan menjadi seorang usahawan dan seorang pelabur yang tidak mudah ditipu serta kebarangkalian untuk gagal itu rendah. 

Sebenarnya ramai orang kita tanak amik tahu mengenasi SAHAM kerana orang kita dimomokkan dengan fahaman dan mitos-mitos yang buruk dan negatif sehinggakan timbul pelbagai perspektif, antaranya :

- saham itu adalah haram

-saham itu merugikan

- saham adalah perjudian

-saham itu hanya untuk orang kaya sahaja

- saham itu perlukan modal yang besar dan masa yang banyak

-saham itu adalah skim cepat kaya

Kesemuanya akan menjadi mudah dan senang kepada orang kita untuk melabur dan menjana keuntungan jika mempunyai ilmu yang betul dan strategi pelaburan saham yang terbukti berjaya malah mentor terbukti berjaya dalam pelaburan saham!

Pokoknya pelaburan saham ini bukan la susah tapi bukan juga mudah...., belajar dan bertindak baru kita paham macam mana mainan dia.

*****************************************

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar-seminar Tuan Hj Asri Ahmad yang bakal diadakan di masa akan datang, layari

www.asriahmadacademy.com



Sekian Peace (~_^)


Artikel Terkait

5 comments

info yang thorrrbaek....

wooohooo..thesisblogger template lg....mmg hebat penangan template ni

Jom tgk kat sini..Kenapa Tiada Warna Merah Jambu di Terengganu

Pakej Percutian Ke Medan Indonesia
- Makan Sedap .....
- Tidur Nyenyak .....
- Shopping Banyak .....
- Harga Murah .....
Nak Tengok Harga Budget dan Standard
sila clik : http://agentpelancong.blogspot.co.id/
Semua ada kat disini .....

Dapatkan penawaran khusus untuk paket grup / corporate
Call/WhatsApp : +62821 6201 7001
Email : tourinmedan@gmail.com

bagus..tapi dri dlu dya teringin nk try melabur saham..

Yup, aku ingat selama ni melabur ada dalam asb je.. rupanya ade tempat utk melabur selain asb.. good sharing bro! Thanks. :)

Artikel baru lagi.. info tone excel


EmoticonEmoticon