Layan pulak Party Halloween di Legoland
Korang pernah dak join atau wusha orang dalam Party Halloween..? guwa sebelum ni pun tak pernah tengok camner ragam orang dalam Party Halloween..,
So bila mana Legoland ada buat Party Halloween dan lebih menarik Party Halloween ni untuk bebudak.., guwa ajak Zafirah pergi legoland untuk buat kali ke 4..!! sebab apa ke 4..? sebab Zafirah memang suka gila dengan Legoland hihi..
Seminggu sebelum nak pergi ke Legoland si Zafirah serupa dengan Akiff gak si anak Lan Careno.., tiap-tiap hari bangun tidur dia tanya "papa hari ni ke pergi Legoland" , dan tiap-tiap hari gak gua bagitahu 4 hari lagi.., 3 hari lagi.. 2 hari lagi... dan seterusnya...grrrrr
***************************************
Bila tiba hari nak pergi legoland...!! dia bangun punya awal..!! 6.30am gitu grrrrrrr, tapi bagus gak.., dalam perjalanan dari bangi ke legoland dia tewas didalam kereta hehe
Guwa suka biar dia tidur.., so bila sampai legoland takda la dia meragam sebab ngantok..gitu la kekdahnya...
**********************************
Mesti ada tertanya kenapa gua pergi Legoland sampai 4 kali yer dak..? selain jawapan dia legoland dan hotel legoland tu best.., jawapan yang paling tepat ialah Legoland ada aktiviti baru.., Dari 16 September - 31 Oktober korang boleh lepak legoland sampai malam wei...!! dorang ada buat party Halloween..! dan paling best korang boleh masuk FREE..!!!!
Nak tahu camner boleh masuk Free....? baca sampai habis hehe
Dah ada tema Haloween.., sambil saja la guwa kasi zafirah tanak takut hantu..., so joinkan dia sekali pakai pakaian kekonon seram , so beli la dekat DAISO baju Hallowen dia hihi
Comel tak Zafirah posing..?? nak tahu kenapa dia Comel..? sebab guwa hensem la..!! hahahaahah..., bongok pulak rasa bila puji diri sendiri.., tapi biasanya anak comel sebab bapak dia hensem la kan..??? *nak jugak.
Haaa lupa pulak nak cakap.., guwa datang Legoland sekali dengan Lan dan Nad geng KBBA gak..., tapi jalan sekali dengan Lan.., sebab Zafirah nak geng dengan Akiff... dan kebetulan baju dorang sama hihi
Lagi best masa kami pergi Legoland.., ada Majlis Pelancaran Party Halloween ni.., so ada pertandingan pakaian tercantik...so ramai la bebudak join sekali pakai pelbagai baju yang menarik.., sporting je anak-anak semua.., zafirah memula seram gak.., tapi bila ada geng dia jadi konfiden dan berani.
Dan pemenangnya ialah...!!!!
POCONG..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pocong no1 wei..!!!! hahahaa..serius memang layak gila pocong ni no 1.., dan lagi best pocong ni adalah anak kepada rakan blogger guwa si Kak Nanie hehe...cayalah lah kak..!!
*****************************************
Dalam musim Party Halloween di Legoland ni.., kalau korang masuk...,dapat la tengok decoration dalam tu yang bertemakan halloween dan ada juga beberapa aktiviti lain yang korang boleh buat sempena musim halloween ni. Antaranya Halloween Show ‘Monster Catcher Mayhem’, ‘Lord Vampyre’s Ballroom Maze dan jugak ‘Spooky Miniland Tour’.
Meh layan beberapa gambar yang sempat gua berposing poyo dalam Legoland hehe
Kalau korang rajin..., guwa rekemen korang join aktiviti yang ada sekarang ini salah satunya ‘Brick or Treat Trail’ senang je.., memula dekat pintu masuk tu korang ke kaunter belah kanan dan minta dorang borang bawah ni atau bagitahu nak map ‘Brick or Treat Trail’
Lepas dah ada PETA ni.., korang ikut semua checkpoint yang dia bagi dan setiap checkpoint korang akan dapat hadiah saguhhati dari penaja antaranya Milo, Julies’s, Staedler, Ribena, Haribo, Canon dan banyak lagi. ..menarik wei...ajak anak-anak sekali buat.!
Rupa paras checkpoint dia macam bawah ni hehe,
Banyak lagi la aktiviti yang ada ...korang boleh layan dan explore lagi..cuma larat tak larat je hehe
Fact Sheet
SELECTED DATES :
September (16-17, 23-24,
30), October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29)
TIME : 4pm – 9pm @ RM85 per entry
LOCATION : LEGOLAND® Malaysia Resort’s
Theme Park
ACTIVITIES : Brick or Treat Trail
LOCATION : LEGO® Kingdoms
Follow the trail and complete a
Halloween activity inside each hut to receive a limited edition Halloween
commemorative brick. Meet and greet our Halloween roving characters along the
trail.
1st Hut:
Collect Halloween Brick or Treat bag and complete LEGO® Star Wars™ Miniland activity.
2nd Hut: Find
hidden LEGO® bats and count them
3rd Hut: Loudest
and scariest laughter with the Witch
4th Hut: LEGO®
Monster - memory games
5th Hut: Registration
for Lord Vampyre’s Maze and gets your stamp
6th Hut: Help the
LEGO® spiders find their home!
7th Hut: Floating
LEGO® pumpkin
8th Hut: LEGO®
ring toss
9th Hut: Mummy
Bowling
10th Hut: Guess
the weight of LEGO® Bats replicas
Redeem your Halloween bag and limited edition
Halloween commemorative Brick at the end of the trail.
Kalau korang nak tengok macam mana kemeriahan aktiviti yang ada, boleh wusha video pendek bawah ni..!
Sepangjang musim Halloween Brick or Treat Party Nights (jumaat-ahad) waktu operasi mereka lanjutkan sehingga 9pm..!
So dalam minggu akhir ini..., kalau korang nak masuk FREE..!!! siapa bebudak yang berpakaian mengikut tema Halloween atau baju hantu atau berjaya menarik Minat hantu legoland...! korang akan diberi masuk percuma..bermula jam 4pm ok..!!!
Apa-apa detail korang leh wusha di www.legoland.my atau hotline 07-5978888.
4 Orang Memberi Komen & Pendapat
hahaha..memang layan..mak pak sekali layan
menarik tp aku nk pi kali ke3 hjg bulan ni .... tak sempat la nk dpt hat masuk free tu ....
aiyokk tak masuk2 lagi legoland.dkt luar je penah smp hahaaa
nyesal plak x join ritu. huhu
EmoticonEmoticon