Wednesday, September 21, 2016

Majlis Pelancaran Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2016)



Korang pernah dengar tak Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan atau nama singkatannya KEKK ..? kalau tak pernah dengar takpa sebab gua akan terangkan apa aktiviti yang ada dalam artikel ni hehe



perasmian ACS


Ok semalam berlangsungnya Majlis Pelancaran Skill Of Brilliance @ Rhythm Of Unity dan Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2016) yang akan diadakan di MAEPS, Serdang.

Jadi  beberapa rakan blogger termasuk gua dijemput ke Majlis yang meriah ini dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB) . Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Satu yang gua respek dan terkejut dengan Datuk Dr Pang Chau Leong ialah Melayu dia fasih gila hehe..

Sebelum itu Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Suami Kak Noraniza Idris, iaitu Tuan Jeffri Hudi dan Majlis diserikan dengan dua orang pengacara majlis yang sempoi dan sporting

Pengacara majlis


**********************************

ASEAN Skills Competition (ASC) merupakan pertandingan kemahiran peringkat ASEAN yang dianjurkan setiap 2 tahun bermula pada tahun 1995, menerusi penggiliran Negara-negara ASEAN sebagai tuan rumah.

Jadi pada tahun 2016, Malaysia menjadi tuan rumah dan ASC 2016 kali ini akan dianjurkan bersama dengan Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK).

Pengisian karnival adalah seperti demonstrasi kemahiran, Malaysia Book of Records, konvokesyen, ASEAN TVET Conference 2016, National Robot Challenge 2016, Try A Skill, Job Fair, Auto Show, pameran dari Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta, gerai jualan dan pelbagai aktiviti lain.

Sebanyak 25 bidang kemahiran yang akan dipertandingkan semasa ASC 2016. Jumlah penyertaan dari 9 buah negara ASEAN termasuk Malaysia adalah seramai 266 orang, iaitu khusus bagi belia-belia di bawah umur 22 tahun.

Sebagai tuan rumah, adalah menjadi hasrat Malaysia untuk menjadikan ASC 2016 ini sebagai yang paling meriah dalam edisinya dengan sasaran 100,000 orang pengunjung.

Objektif ASC :

-Untuk menggalakkan pembangunan vokasional kualiti dan nilai-nilai teknikal dan kerja di kalangan belia dan kemahiran pekerja
-Untuk memupuk kerjasama teknikal dalam pendidikan vokasional / teknikal dan latihan di antara negara-negara jiran
-Menggalakkan kerjasama yang erat antara kerajaan, industri, majikan dan organisasi pekerja dan institut latihan vokasional
-ASC akan membuka jalan untuk kecemerlangan kerja dan pembangunan pekerja mahir yang tinggi

Apa yang menarik dalam ASC ini kita boleh lihat pelbagai kemahiran dari dalam dan luar negara...!! masa inilah kita boleh tengok idea-idea dan teknologi baru dari anak muda tempatan dan luar negara mereka cipta alat.

Nak tahu apa korang boleh datang dan lihat sendiri pertandingan ini hehe

******************************************

KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN PERINGKAT ASEAN

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2016 (SABTU) - 26 SEPTEMBER 2016 (ISNIN)
TEMPAT : MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS)

JADUAL PENUH KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN
JADUAL KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN
JADUAL KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN
JADUAL PENUH KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN hari ke tiga

Secara ringkasnya aktiviti yang ada pada 3 hari ialah :

24 September 2016, Sabtu : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia.

25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.

26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia.

Apa yang menarik menurut kak Noraniza Idris pengisian bagi persembahan pentas selain bengkel dan demonstrasi Zapin serta Silat Seni Pertahanan Diri , acara kebudayaan turut diserikan oleh Artis Tari Sanggar Budaya yang akan mempersembahkan tarian dari 10 buah negara ASEAN yang terlibat dalam program karnival ini.

Noraniza Idris Production Sdn. Bhd diberi satu mandat untuk membentuk satu pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills Of Brilliance @Rythnm of Unity atau Skill Pembangunan Kesenian. Ini adalah sejarah apabila kali pertama dibawakna khas dalam ASC dan KEKK

******************************************

Jadi kalau korang free pada 24-25 September 2016, boleh la pergi ke Maeps serdang sebab memang penuh aktiviti, yang lagi best ramai gak artis yang akan hadis bagi memeriahkan majlis hehe



Gua secara peribadi akan hadir pada hari Isnin iaitu 25hb sebab nak merasai sendiri aktiviti yang ada.., so nanti lepas gua pergi gua update story ok..!!! bye..

2 Orang Memberi Komen & Pendapat

semalam muka ko masuk tv kan.. sempat lagi ko p perasmiaan ni eh ...hihii

teringat pertandingan kemahiran time kat ikm tapi tak pernah menang hahahahah....


EmoticonEmoticon