Tuesday, September 27, 2016

Meriah Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 Berjaya Cipta Rekod Malaysia..!



Semua sedia maklum.., KEKK yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 24-26 September di Maeps serdang yer dak..?

So guwa sempat join pada hari Isnin baru ini..., apa yang sempat gua join ialah tengok hasil ubah suai motor dari bebudak Giat Mara.




Selain itu gua sempat join atau cuba sendiri kemahiran potong rambut dari pelajar IKBN kuala kubu baru.., kos untuk potong rambut dia RM1 jer wei..!!

 
Disebabkan guwa puas hati dengan cara kerja adik IKBN ni..guwa bayar iklas RM3 hehe...., guwa respek la dengan adik-adik yang potong rambut ni. Dari apa yang guwa borak dorang kata penat menang penat tapi dorang puas hati sebab dapat asas skil yang ada

Macam adik yang potong rambut guwa ni, dia kata dari pukul 11am tak putus orang datang, so maksudnya dah dekat 6jam dia buat kerja dengan tekun sebab gua datang pun dah dekat pukul 5 hihi.. siap cakap "bang kejap k nak minum jap" sian dia hehe
 kipidap adik.!!!

Dan difahamkan..bebudak kemahiran ini walaupun akademi dia kurang.., tapi ramai bekas pelajar ini pendapatan dia lebih dari kita yang makan gaji ini..!!! so jangan pandang rendah dengan kemahiran yang bebudak ini ada.!

******************************************

Seperti mana-mana karnival.., artis jemputan pasti ada yer dak..? jadi KEKK 2016 juga tidak ketinggalan menjemput beberapa artis terkenal tempatan.


Jadual artis yang ada pada hari Isnin yang gua sempat jumpa ialah brader otai kita Joey BPR dan juga Rahmat Mega




Seperti biasa, sempat la gua ajak selfie dengan dua orang otai ni hehe, serius dua-dua sporting gila.., siapa dorang kenal guwa hahahah...caya tak..?  tak caya sudah!! buwekk!!

******************************************


 Perhimpunan Perantis Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Terbesar Menggunting Rambut yang berlangsung semalam  bersempena Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 dan Karnival serta Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2016), berjaya dinobatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Diadakan di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), acara yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berjaya menghimpunkan seramai 516 pendandan rambut dari seluruh negara.

Sijil pengiktirafan rekod tersebut telah diserahkan oleh wakil MBOR Siti Hajar Johor kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Datuk Dr Phang Chau Leong.

Ketua Urusetia Program Mohd Faisal Abdullah berkata penganjuran acara tersebut dilakukan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa bidang dandanan juga adalah kerjaya yang mampu menjana pendapatan.

“Biasanya pendandan rambut yang baharu memasuki alam pekerjaan akan menerima sekitar RM1,000 ke RM1,500 sebulan dan pendapatan mereka akan kian meningkat seiring dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki,” katanya kepada Bernama.

Acara tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan kerjasama GIATMARA serta Kementerian Belia dan Sukan 

-sumber bernama

******************************************





So secara peribadi tahniah guwa nak ucapkan kepada  Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB)  kerana berjaya menganjurkan beberapa aktiviti yang cukup meriah dan tersusun...

Dan secara keseluruhannya Karnival ini berjaya..!


EmoticonEmoticon