Tuesday, November 29, 2016

PAKEJ MURAH MELANCONG BERSAMA TOURISTGUIDE.COM.MY



Guwa yakin 90% yang tengah baca blog ni minat melancong yer dak..? dan perkara pertama yang korang akan fikir bila nak melancong ialah bab bajet kan kan kan...? So siapa yang nak tau macam mana korang boleh melancong dengan harga yang murah dari biasa.., dan paling best boleh melancong secara percuma... meh baca detail yang guwa nak share.



Baru-baru ini gua ada pergi majlis pelancaran TouristGuide.Com.My yang berlangsung di Hotel Westin Kuala lumpur. Guwa pergi dengan bini sendiri sebab dua-dua blogger, so alang-alang elok pergi sekali yer dak..? senang dua-dua boleh share pengalaman hehe

Bila sampai hotel jer..., sebelum majlis mula.., sempat la kami bergambar dengan maskot Touristguide.com.my.



Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Mr. Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY) bersama dengan Mr. Mohd Akbal Setia (Director, Tourism Malaysia) Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA) fan Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)

Sebenarnya Touristguide.com.my sudah beroperasi sejak tahun 2011 lagi.., mesti korang tertanya tanya kenapa 2016 baru dilancarkan yer dak..? jawapan dia ialah mereka mengambil masa untuk mengukuhkan koleberasi mereka dengan negara-negara luar dan selain itu mereka ingin memastikan segalanya terbaik buat semua ahlinya diseluruh dunia

Setakat ini lebih kurang 3000 ahli yang berdaftar dengan Tourisguide.com.my, dan misi mereka antaranya ialah ingin mencapat 100,000 ahli berdaftar dari Malaysia.



Kita semua sedia maklum semua orang suka nak Melancong yer dak.. tapi tak semua orang boleh melancong  dengan alasan utama takda bajet kan? 

Tapi di TouristGuide.com.my boleh bantu korang melancong dengan bajet yang rendah/berpatutan dan paling utama boleh dapat FREE..!

Korang boleh sign up as a member Free jer..,Takda yuran keahlian pun..sign up macam korang sign up Facebook dulu hihi.., Korang boleh wusha2 sebab harga dorang memang below market value woo.


Guwa pun dah sing up wei..!! free free free.... hehe



***************************************


6 Kelebihan Menggunakan TouristGuide.com.my

1. Tempahan Hotel Lebih murah daripada yang lain
TouristGuide.com.my telah berkerjasama dengan kebanyakan hotel di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan hotel di portal TouristGuide.com.my. Selain itu, TouristGuide.com.my juga mampu menampilkan kira-kira 75,000 bandar di seluruh dunia dan menyediakan ia pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan pesaing utama mereka.

 2. Tempah Penerbangan, Mendapat mata, Menebus tiket secara percuma 
Untuk tempahan penerbangan, TouristGuide.com.my masih dalam fasa rundingan dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia. Selepas ini, tempahan penerbangan boleh dilakukan di laman web TouristGuide.com.my sekaligus pengguna akan mendapat point atau mata ganjaran dan boleh mendapatkan tiket penerbangan secara PERCUMA apabila menebusnya di masa akan datang.

 3. Tawaran Diskaun Percutian (Sehingga 75%) 
Yang paling best bila kita semua orang boleh bercuti dengan kadar yang paling tak masuk akal iaitu dengan harga yang murah dan sangat menjimatkan! Haa tak sabar la tu! Kalau nak tahu scroll sampai bawah tau! Jangan lupa rebut peluang bercuti dari 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2017 nanti! Promosi sah dari sekarang sehingga 30 November 2016. Jangan lupa layari TouristGuide.com.my .

 4. Pangkalan Travellers 
TouristGuide.com.my akan mewujudkan pangkalan data pelancong dan menyasarkan 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang lebih luas pelancong, TouristGuide.com.my mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun untuk percutian yang lebih murah.

 5. Hubungkan Semua Travellers di Dalam Satu Network 
TouristGuide.com.my akan mewujudkan satu rangkaian pelancong dan menyambung setiap pelancong yang telah mendaftar di www.touristguide.com.my kepada 3000++ pelancong lain supaya mereka boleh mendapat mata ganjaran dan boleh digunakan untuk menebus percutian secara percuma dengan mata ganjaran yang dikumpul.

 6. Bukan MLM dan Tiada Yuran Keahlian 
 Mesti korang dah mula rasa lain macam kan kenapa macam best sangat je TouristGuide.com.my ni takut juga ada agenda tersembunyi. Tapi korang jangan risau. TouristGuide.com.my ni bukan macam MLM tau! Tiada yuran keahlian dan semuanya PERCUMA. Jadi jangan lupa mendaftar keahlian di TouristGuide.com.my okay!

Meh tengok  pakej² yang tengah HOT di TouristGuide.com.my 👇











Promotion Period: Now until 30th November 2016 
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday) 

Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Tourist Guide- Building World's Largest Travel Network 
Instagram : @touristguide.com.my 

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T) 
Suite A25-3A, Sentral Business Park, Jalan TKS 1, 
Taman Kajang Sentral, 
43000 Kajang, 
 Selangor Darul Ehsan 
Toll Free : 1800 38 3338 
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri) 
Email : contact@touristguide.com.my

4 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon