Sunday, December 11, 2016

KENAPA MAHA 2016 MENARIK BERJUTA PENGUNJUNG


Salam korang..nak tanya ni,

Siapa dah pergi MAHA 2016 sila anggukkan kepala...!! hehe siapa yang angguk kepala tu kita geng, sebab guwa pun dah pergi...siapa yang tak angguk kepala tu mesti korang tak pergi MAHA 2016 lagi kan kan..?

MAHA atau nama melayunya ialah Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia...apa benda tu..?? senang cerita pameran macam-macam yang ada hihi

Siapa yang belum pernah pergi mesti tertanya dan kenapa ramai sangat nak datang MAHA ni..? kenapa sanggup hadap jem dan parking jauh2 ni..? tak penat ke..? semua persoalan ni ada jawapan dia woha...

Sedikit info yang guwa nak share, sempena MAHA 2016 ni.., hari minggu hari itu sahaja jumlah pengunjung mencecah 560,000 orang...!! gila... so mana taknya jumlah pengunjung yang datang MAHA boleh mencecah melebih 3juta orang..!!

TEMA MAHA 2016
"Our Food Our Future"

***************************

Semalam guwa dengan Yana bersama dengan rakan blogger lain terjah ke MAHA 2016 untuk merasai sendiri dan mencari jawapan kenapa MAHA 2016 ni orang gila-gila nak pergi.



Sepanjang perjalanan kami tawaf MAHA 2016, kami akan menaiki kenderaan khas yang telah disediakan oleh pihak MAHA.., so korang kalau yang datang MAHA tu jangan risau parking dimana-mana sebab korang boleh dapatkan kenderaan khas macam gambar atas ini di station yang telah disediakan.


Ok meh baca apa yang ada di MAHA 2016 


NAFAS CUBE MAEPS SERDANG





NAFAS CUBE ini boleh dimuatkan dalam 56 orang dalam satu masa.., Nafas Cube ni tempat penginapan berkonsepkan rumah tube, kontena dan khemah...rate semalaman adalah antara RM150-250 (T&C applied). Pemandangan depan penginapan ni adalah kawasan tasik yang luas dan cantik

Untuk pengetahuan korang, nafas cube ini bukan sempena MAHA sahaja.., dorang akan terus beroperasi so yang duduk area lembah klang nak merasai sendiri penginapan berkonsep macam ini boleh la terus terjah di Maeps serdang hehe...takyah pergi jauh-jauh dah yer dak.?

LAMAN PERIKANAN

Dah nama pun laman perikanan, so kompom la banyak benda yang berkonsepkan ikan hihi.., disini apa yang menarik korang boleh tengok pameran ikan termahal.., rasa sendiri satay tuna, masuk pameran di kepala ikan jaws dan kepada kaki mancing korang boleh mancing udang...yang bujang2 boleh mancing awek hahahah

Tengok la gambar-gambar dibawah ni ok..


 





 LAMAN PADI


 Laman padi ni korang boleh tengok segala anak beranak jenis beras yang ada, korang boleh tengok cara memproses padi menjadi beras.., alat yang digunakan untuk menuai dan memproses padi dari zaman tradisional pun ada.





Ada juga aktiviti yang menarik di laman padi.., iaitu main bola disawah padi hahahaha.., gilo boto tapi menarik guwa tengok


LAMAN NENAS


Kawasan laman nenas ni idok la besar mana.., korang boleh masuk dalam dewan ini untuk baca beberapa info tentang nenas.., kalau nak rasa produk-produk yang terhasil dari nenas boleh wusha dikawasan luar.., antara yang ada jus nenas., aiskrim nenas, karipap nenas dan lain lain
 aiskrim nenas

Jus BOB NANAS

LEMBU SADO


LEMBU SADO antara yang popular di MAHA 2016, lembu-lembu sado ni datang dari pelbagi negeri antaranya Kelantan, Terengganu, Perak dan juga Selangor.. Berat si Sado ini mencecah 1.2tan.!! gila babeng berat kau..!

Lembu sado ni depa takda makan supliment otot apa-apa, tapi dorang semula jadi mutasi memang gitu otot dia..


Sempat juga la guwa selfie dengan si Sado ni....haa yang paling sado ni memang nama dia sado tau..., ekceli guwa nak selfie ni pun cuak..sebab guwa memang jenis cuak sikit dengan binatang ni, takut-takut dia makan kepala guwa la..takut dia sepak guwa la..gitu sekali pemikiran guwa terhadap binatang besar-besar..!!

LAMAN SAYUR & HERBA





LIGHT SENSATION


Kalau disini guwa rekeman korang lepak time waktu malam.., sebab kalau siang no point sangat hehe


KAMPUNG UPIN DAN IPIN








**********************************

Penat tak pergi MAHA2016..???  jawapan dia yes penat dan secara peribadi guwa tak sangka besar gila program MAHA ni...!!!  guwa ingatkan MAHA punya program hanya di HALL A ,B ,C dan D sahaja...rupanya banyak gila tapak-tapak lain yang menarik hehe.

So patut la kenapa MAHA ni memang berjuta pengunjung yang datang, rupanya ada pelbagai tarikan sendiri terhadap setiap individu.., yela setiap orang ada minat dia masing-masing yer dak..? so setiap point yang disinggah dah pasti ada peminatnya sendiri..




Untuk maklumat lanjut;
Website: www.maha.gov.my
Facebook: MAHA – Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism
Hashtag: #MAHA2016 #OurFoodOurFuture

6 Orang Memberi Komen & Pendapat

tak boleh angguk sebab tak pernah pergi... rasa tak selesa nak bawa anak kecik, mungkin kita rasa ok je tapi rasa kesian plak tgk budak2 kecik berjalan jauh, berpanas... yg dewasa pun kadang x larat inikan budak2.

besar gila... kalau pegi semua tapak mesti banyak hasik tangkaoan kan? hahahahha

besar giler tempatnya..rugi plak rasa x dpt pegi,.,huhuhu

lama tak baca karya ko sendrik selalu cilok yana punya ...

Sangat penat tapi amat berbaloi pergi maha 2016.. rugi woo sapa tak pergi


EmoticonEmoticon