Wednesday, March 8, 2017

KONICHIWA CAFE RESTAURAN JAPAN HALAL BANGI

restauran muslim bangi


Hujung minggu baru ni guwa dengan Yana dan rakan blogger lain makan-makan lepak santai makan di KONICHIWA CAFE yang terletak di Bandar Baru Bangi.. memula malas nak join sebab macam penat.., tapi bila dorang kata nak belanja dan teruja tengok konsep kedai Konichiwa Cafe rasa tertarik juga nak mencuba hihi..

Dah nama Kedai pun Konichiwa Cafe opkos dalam kepala kita dah tahu menu dia mesti masakan jepun yer dak., Pada yang kenal guwa mesti pelik kenapa nak pergi juga sebab kawan-kawan ramai tahu yang guwa tak makan seafood.

Weii... guwa pergi sebab Konichiwa Cafe ni bukan sediakan masakan Jepun sahaja.., dorang ada sediakan masakan western dan juga tempatan hihi..., tak caya korang wusha gambar 1st atas tu tengok signboard kedai tu ada tulis " Masakan Jepun . Barat . Tempatan " so disebabkan tu la guwa pun boleh join hehe


REVIEW KONICHIWA CAFE 


Konichiwa Cafe ini adalah Cafe yang berkonsepkan Masakan Jepun ... secara pandangan peribadi agak rare juga pemilik cafe ini berani membuka kedai masakan Jepun di Malaysia. Mula-mula guwa ingatkan tak ramai suka masakan Jepun ni sebab guwa kan tak minat seafood..hahaha

Tapi bila sampai Konichiwa Cafe rupanya pandangan guwa itu meleset sebab tengok ramai juga pelanggan yang datang ke Kedai ni ..!!

*************************************************

Menu Konichiwa Cafe

MAKANAN

WESTERN
Menu 1

Masakan Tempatan Konichiwa Cafe


MASAKAN JEPUN
Menu 2 
Menu 3

  
 

KIDS MEAL
Menu budak


MINUMAN


*************************************************

Dah tengok menu meh guwa share real pic makanan yang dalam menu tu hahaha.., memasing memang tak sabar nak makan dan mencuba

Assorted Sushi – RM3.90/pcs hingga RM18.90/pcs (Jumbo Roll)

Saba Bento – RM22.90

Okonomiyaki – RM15.90



Macam guwa ada cakap.., sebab utama guwa nak join makan di Konichiwa Cafe ini sebab menu dia pelbagai, so siapa yang tak makan masakan jepun korang boleh makan western dan makanan tempatan.

Dalam satu keluarga tak semua makan masakan jepun yer dak..? so konichiwa cafe paham masalah itu jadi mereka sediakan masakan ataupun pilihan lain untuk orang yang tak makan masakan jepun..contoh terbaik guwa la hahahahaha, so takda la satu keluarga nak makan pecah2..boleh lepak satu cafe sekali...

Tapi 70% masakan di Konichiwa adalah masakan Jepun... bawah ni guwa share gambar masakan yang untuk geng-geng macam guwa..., so kita boleh makan masakan ni geng lain boleh la makan masakan jepun...wohaaa

 Konichiwa Fried Rice – RM16.90

Cheezy Tori Karagae – RM10.90

Black Pepper Grilled Chicken Chop – RM16.90



Konichiwa Cafe dijemput dalam Selamat Pagi Malaysia siaran TV1  6 Mac 2017...



*****************************************

Korang tak perlu risau dengan kualiti ataupun masakan di Konichiwa Cafe sebab Chef  Jeff dan ada pengalaman lebih 32 tahun dengan masakan jepun ni..., korang boleh tengok video yang gua letak di atas tu

Selain itu yang perlu korang tahu dan penting sekali ialah di Konichiwa Cafe menggunakan SOYU iaitu kicap soya yang dimakan dengan Sushi dijamin HALAL (SOYU HALAL dari China yang ada Sijil HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM). 

 Dalam budaya dan warisan asli masyarakat Jepun, adalah wajib untuk mereka mencampurkan segala makanan mereka dengan SAKE &MIRIN (alkohol) sebagai 'Penambah Perisa'. Tetapi di Konichiwa Cafe, Sushi dan Sajian mereka tidak mengandungi sebarang SAKE dan juga MIRIN. 

Konichiwa Cafe semua sajian mereka tidak mengandungi campuran SAKE ataupun MIRIN. Jadi korang yang nak makan disini tak perlu rasa was2 untuk mencuba ok malah akan lebih YAKIN kerana semua pekerja mereka beragama islam.

kosmo



Korang yang nak datang KONICHIWA CAFE boleh la ke


Jalan 6/7b, Seksyen 1, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor, Malaysia 
Phone: +60 12-200 2090
(landmark sebaris dengan kedai makan D'One Steak bangi )

Waktu Operasi
Isnin: Tutup
Selasa – Khamis:
(12.00 tengahari hingga 10.00 malam)
Jumaat:
(2.00 petang (selepas solat Jumaat) hingga 11.00 malam)
 Sabtu – Ahad:
(2.00 tengahari hingga 11.00 malam)

Instagram Konichiwa Cafe




tags : cafe japan bangi, cafe jepun bangi, kedai jepun halal bangi, kedai japan halal bangi, kedai jepun murah, kedai jepun terbaik bangi, kedai jepun muslim, kedai japan muslim





4 Orang Memberi Komen & Pendapat

moh la repeat...xpuas mkn ritu

tu diaaaaa bleh decide menu awal2 sebelum pi ni heeheee


EmoticonEmoticon