Tuesday, May 16, 2017

Main Gila Dengan Shopee Malaysia


logo shopee


Woi korang..., biasa shopping online dak..? ok tanak guna ayat shopping..., korang biasa beli barang online dak..?


Kalau tak biasa atau tak pernah, salam takziah la buat korang hahahaha.., la ni zaman orang pemalas sure akan ada beli barang secara online hehe... terutama orang yang lahir tahun 80an dan keatas..

Kalau umur peringkat emak aku, tak reti beli barang online tu boleh kata normal lagi.., tapi kalau korang yang lahir tahun 80an ke atas tak pernah beli barang secara online memang hurm..!! takpa takpa..tak salah pun...

Ini aku nak perkenalkan korang medium shopping atau tempat korang beli barang secara online yang best iaitu SHOPEE..!!!

Wei pernah dengar tak Shopee....???  aku pun sebelum ini pernah dengar-dengar je shoope dari rakan baik aku..!! biasa lepak dengan dorang aku tanya dorang

lisa dan ujang


heliza dan ujang

***********************************

Macam hampeh je..jumpa je shopee jumpa je shopee...!!!! so aku gagahkan la diri instal apps Shopee dekat phone aku..!!

review apps shopee
Free je wei instal apps Shopee ni..., so godek punya godek ...memang patut la ramai yang melekat dengan Apps Shopee ni...Kohaja wei harga dia murah..!!! tak caya korang pergi Install Apps Shopee ni..!! ataupun korang boleh terus wusha di https://shopee.com.my/

Lagi satu senang kalau beli barang dekat Shopee ni..., sebab korang boleh terus chat atau bermesej terus kepada penjual dia..., dan lagi satu korang juga boleh berniaga dalam web Shopee ni...

Bila mana korang ada akaun Facebook senang je register untuk ada akaun di Shopee ni...., nak dijadikan cerita..! makanya aku pun dah terpengaruh dan terbeli barang di Shopee ni...hehe

review shoope


Korang tengok gambar atas tu.., itu 2 benda alah yang aku dah beli di Shopee.., murah ke mahal..??? woi korang tau dak aku beli power bank tu dekat uptown benda yang sama RM50..!!! dekat Shopee natang power bank ni baru RM29.30..! harga termasuk pos ke rumah ok..!! ketiak kau pun tak basah untuk dapatkan barang yang sama kualiti yang sama..!! grrr nyesal beli dekat uptown.!

Fidget Spinner tu kenapa aku beli..? aku pun tak tau kenapa aku ,beli sebab orang lain dok kecoh beli so aku beli sebab cantik hahahaha...

Kesimpulan yang aku dapat patut la gegirl ni bila mengadap web shopee dorang akan jadi sawan..!! sebab apa..? sebab harga dia murah dan cara pembelian dia pun mudah hehe...

Nak dijadikan cerita..., lepas ni bila kawan lepak aku tanya aku selalu beli barang dekat mana.., aku dah ada jawapan yang baru..!!


Korang nampak tak muka riak aku bila wawa zainal tanya hahahahahahah...!!!

******************************
Sambil korang dah ada username ataupun apps Shopee.., elok la korang join kontes dari dorang wei.., bermula 15may - 30 june 2017

kalau belum register korang masuk sini https://shopee.com.my/


Senang je cara dia..korang dah ada username.., nanti dah login korang summit je nama korang dekat borang yang dia bagi..!

*********************************

Korang boleh baca point dari Shopee di bawah ni : 

Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian. 

“Hari Raya adalah sambutan terbesar di Malaysia. Tahun ini, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna kami atas sokongan padu mereka, Shopee telah melaburkan bajet terbesar setakat ini untuk bekerjasama dengan Kedai Rasmi seperi Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk menawarkan promosi untuk seisi keluarga selama 45 hari tanpa henti,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Malah, dengan pelancaran Bayar Waktu Terima, kami mampu mendekati sekumpulan besar pembeli atas talian pertama kali di  Lembah Klang dari Tanjung Karang hingga ke Banting sekalipun untuk bersama-sama menikmati kegembiraan musim perayaan ini”. 

Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

Sebagaimana cahaya Aidilfitri memberi kegembiraan kepada insan tersayang, Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, menjadikan ia pertandingan terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhan mencecah nilai RM50,000!


Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour (Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijab Stars Recharge. Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).

Akhir sekali, Acara Hijab Stars Recharge, satu projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah Fhatyah, Sharifah Rose, Ain Edruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang.

Selain jenama syampu pilihan hijabista tersebut, Shopee juga akan meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, Pizza Hut, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah menarik seperti baucar penginapan hotel & penerbangan, potongan harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai.

*********************************
Shopee pun sekarang tengah ada promo raya..!!!!  cepat wei...serius harga dia memang kohaja gila..!!!!

promo shopee


Kalau korang nak belajar meniaga menggunakan Shopee.., boleh wusha YANA ada share entri cara berniaga dengan Shopee baca SINI <--- p="">


Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.

*dialog adalah ilusi pembaca sahaja hehe

13 Orang Memberi Komen & Pendapat

Adehhhh...menipis la purse kite nnt tgk shopee ni

Amboih Lisa & Heliza pun berShopee ye hehehe

Kerlassssss! retis pun shopee haaaaa gituuu....

Haahhahah amboiiii shopee ngan retis aje

Terus Shopee ngan retis kau kan jang, kemahin! Tapi memang best Shopee ni, banyak pilihan barang dengan harga murah².

Tak tolong belikan barang kat mereka ke kat Shopee tu..kang murah barangnya..hehehe.

wah wahh. kemahin shopping dgn retis. murah sangat ke jang? sampai retis pun shopping kat shopee ni?

Rambang mata tengok harga murah-murah kat shopee ni !

huhu, menggugat betul iman tengok barang2 dekat shopeee

Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.


EmoticonEmoticon