Tuesday, May 2, 2017

Pakej Murah 5H4M Ke Perth Australia Bersama Ayden Averroes Travel




Alhamdulillah..., percutian aku dan daus selama 5hari 4malam secara keseluruhannya berjalan dengan lancar..., walaupun ada  pengalaman best ditahan Imigresen Australia hahahahah, part kena tahan imigresen next entri aku share ok..

Entri kali ini aku nak share dengan korang pengalaman join PAKEJ BAJET KE PERTH , travel under Ayden Averroes Travel.

Travel kali ini aku berurusan dengan Pakej Murah Murah Kak Joyah...korang boleh wusha page kak joyah ni di Facebook hehe...sempoi je orangnya

Kak joyah ni salah seorang agen dari Ayden Averroes Travel.... aku sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kak joyah...love u kak..

pakej murah joyah

************************


Ok korang nak tahu kenapa ramai yang travel guna Ayden Averroes Travel..?? Faktor utamanya adalah Good Review dari orang-orang yang pernah join travel dia

Dan paling utama ialah Pakej Bajet Ke PERTH 5H4M dorang hanya
RM 1999  (dewasa) 12 tahun ke atas
RM 1799 ( budak) 2-12tahun
RM 500 (infant) 

Deposit serendah RM400 seorang...boleh bayar bulan-bulan oi hahahaha


PAKEJ TERMASUK


Tiket pergi dan balik KL-PERTH- KL (air asia)

ujang ke perth 2

ujang ke perth 4

Bila mana pakej dah siap sekali dengan tiket flight...korang takyah dah pening-pening nak beli tiket yer dak.? dan kelebihan ikut dengan agen ni korang dah boleh set tarikh dan plan awal-awal...hihi, kalau deal dengan kawan-kawan sendiri ni macam-macam....last minit cansel tu perkara stendet.. hahaha.


PENGINAPAN

The Alderney On Hay Apartments murah

Ayden sediakan penginapan di The Alderney On Hay Apartments ,  Kami semua berpuashati dengan penginapan yang Ayden sediakan sebab rumah dia bersih dan kelengkapann dia tiptop..!!!!

Selain itu kedai makan dekat-dekat..., kalau nak makan kedai owner melayu kena naik bas bandar dorang..free je..jalan kaki dalam 20 minit gak...tapi 2-3 kali gak aku jalan kaki hahaha

Kedai runcit korang jangan risau..,bawah apartment ini ada kedai runcit yang harga dia murah...!! murah tu murah di perth ok,.., korang jangan compare kedai runcit ah seng rumah kau, aku tumbuk sat lagi hahahahaa

Apa yang ada di Apartment ?

Peti sejuk
Washer
Dryer
Dapur
Hair dryer
Iron
Tv
Tuala mandi/tangan/lap kaki
Bilik air
Periuk
Sudu / garfu
Pisau
Cawan / gelas

The Alderney On Hay Apartments 2


Amik gambar masa ni memang tengah penat gila dan tak cukup tidur hihi..yerla flight awal pagi kan..so berkumpul di KLIA pun dah 6.30..itu pasal la muka macam cempedak goreng je ni hahahaha

Tapi tengok muka macam nak nangis pun ada yer dak..? bongok betul...

The Alderney On Hay Apartments 4

The Alderney On Hay Apartments dryer

dapur The Alderney On Hay Apartments

tempat masak The Alderney On Hay Apartments 1

Boleh masak ?

Yes boleh..., tapi yang penting korang kena kemas balik sebelum check out..idok korang kena bayar ok.!

Kalau tak reti masak ?

Jadi la macam aku menumpang kasih di bilik2 rakan rombongan lain hahahaha..., salah satu cara travel rombongan ni korang jangan sombong dengan orang.., pandai-pandai bergaul..

Macam aku dengan daus seronok join trip kali ini sebab rakan-rakan rombongan semua sporting dan kepala boleh masuk.!


PENGANGKUTAN

bas valentino holidays 1

Bab pengankutan dari airport dan balik ke airport, korang tak perlu fikir lagi sebab semuanya termasuk dalam pakej dorang..., termasuk pengankutan ke tempat-tempat popular di Perth semuanya kita akan naik bas dari Valentino Holidays.

bas valentino holidays 3

Apa bestnya naik valentino holidays ni...? jawapan dia korang akan dapat 10% bila makan di "kailis" kedai makan seafood popular di Perth..., detail nanti entri lain ok hehe.


TEMPAT PERLANCONGAN

Antara tempat-tempat yang akan korang pergi adalah

- Caversham Widlife Park
- Blue House Swan River
- Kings Park & Botanic Garden
- The Pinnacles, Nambung National Park
- Lancelin Sand Dunes
- Watertown Brand Outlet Centre
- Moore River
- Fremantle
* fremantle market
* fremantle prison
* E-shed Market
* Maritime Museum
* Fremantle Esplanade
* Kailis' Fish& Chip

kabin di perth









view blue house perth

******************************************

Aktiviti ataupun tentatif yang disediakan oleh Ayden Averroes Travel sangat padat..!!  serius berbaloi dengan pakej yang dorang sediakan...

Kita yang tak berani nak travel berdua ni elok gunakan travel agen yang berpengalaman.., dorang boleh uruskan segala urusan dari A ke Z.... yang paling penting pemandu pelancong adalah orang kita sendiri hahahah... opkos aku suka pemandu pelancong orang kita sendiri sebab omputih aku tak power..! dulu pergi london pun nak berinteraksi suruh bini aku je hahaha

kedai survernior murah perth




Kalau geng yang datang kaki shooping korang jangan risau..!! dorang akan bawa korang ke E-shed Market.., dekat sini korang boleh kena beli ole-ole sepuasnya sebab kalau dekat bandar aku jamin lagi mahal..! sebab aku dah survey hehe

So korang datang je e-shed markets...!! dan pemandu pelancong ataupun tour leader korang akan bawa korang ke kedai yang murah..yang best pekerja dorang boleh berbahasa melayu hehe

Sikit tips kalau korang beli barang lebih 100 aud..., rajin-rajin kan lah mulut minta free gift..!!  hehe, comel dan manja macam aku dapat je free gift...


******************************************

Pakej yang dorang sediakan tak termasuk 

- Makan dan Minum
- Luggage
- Tiket masuk ke Caversham Wildlife Park (28AUD) & Pinnacle ( 7AUD)

- ada aku tanya orang Malaysia yang kebetulan tinggal satu apartment dengan group kami.., pakej dia RM3k ..., aktiviti dia lebih kurang kami je cuma kelebihan dia sekali makan sekali siap anta ke bilik...so bagi aku dah jimat 1k kalau kita follow dengan ayden averroes travel..., dan aku difahamkan ayden averroes travel tak masukkan pakej ini termasuk makan sebab selera setiap orang berbeza-beza....jadi aku setuju dengan pakej yang dorang buat ni hihi...

Sama juga dengan luggage, kita naik air asia so paham-paham la..., dan salah satu kenapa tak masukkan sekali dalam pakej opkos travel agen nak menjimatkan kos setiap individu tu.., sebab dalam rombongan pasti ada yang nak travel sahaja tidak shooping yer dak..? so kita ada pilihan sama juga dengan tiket masuk hehe

******************************************

Korang yang teringin nak travel ke Perth secara jimat boleh roger team Averroes Travel Sdn Bhd di 019 507 1407 atau email je ke aydenaverroestravelsdnbhd@gmail.com

Atau aku boleh rekemen korang salah seorang agen dorang si JOYAH  korang boleh wusha pakej-pakej ke tempat lain juga..serius murah..!! dan yang paling penting dorang boleh sediakan bayaran secara ansuran..!!

HARGA
9/10

SERVIS AGEN
10/10

LOKASI
9/10


Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasi kepada AYDEN AVERROES TRAVEL kerana memberi layanan terbaik kepada semua ahli rombongan...

Selain itu aku nak ucapkan terima kasi kepada COSMODERM kerana sediakan travel set sepanjang perjalanan aku di Perth



tak lupa juga kepada TEAM LEADER sepanjang rombongan iaitu ZIZAN..!!!! aku rindu suara kau ZIZAN hahahahahaha

zizan yang berbaju biru tu,...!


THORBAIk..!!!

Next entri aku akan ceritakan lebih detail tips dan info setiap tempat yang aku pergi..., tak sabar nak cerita ragam kawan-kawan di perth..! rindu dorang...woi add facebook aku



pakej murah ke perth, tempat menarik ke perth, pakej bajet ke perth






8 Orang Memberi Komen & Pendapat

Wow, nak pergi Aussie jugak lah

Woww murah 1k leh wat beli ole ole noohh leh try ni

besttt nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Saya pon pernah join trip bersama ayden averroes ..saya pergi ke korea pd bulan march 2017...mmg berbaloi pakej yg dorang sedia kan��������..mmg rugi klu xambik pakej dr ayden averroes

Betoi tu bab makan boleh jimat, duit lebih leh buat beli benda lain kan

Memang menarik pakej yang ditawarkan, lagi² boleh bayar secara ansuran tu.


EmoticonEmoticon