Monday, May 8, 2017

Pengalaman DiTahan Imigresen Australia

pengalaman ditahan imigresen

Salam..,

Perkara pertama yang kita paling risau apabila travel adalah melepasi sekatan dari Imigresen yer dak..?  tak kira Imigresen dari negara kita ataupun dari negera yang kita nak travel..


Kalau dari negera kita paling kita takut adalah sekatan bila ada hutang PTPTN hehe..., bab PTPTN aku tak cuak dah , aku konfiden sebab bayaran PTPTN aku cantik...se cantik neelofa 

Ok kawan yang sedia maklum tahu baru ini aku ada pergi ke Perth Australia bersama dengan daus.., aku pergi ke Perth bawah tiket blogger sponsor by Ayden Travel dan juga Cosmoderm... thanks kepada 2 penaja utama kami iaitu Ayden Travel dan juga Cosmoderm..!

Thanks juga paling utama ke Ben Ashaari sebab bagi kepercayaan kepada aku untuk projek #KEMBARAKBBA9

******************************

Korang nak tahu tak..., masa aku pergi ke Perth haritu aku kena tahan dengan Imigresen dorang hoi...!!!! masa nak cek pasport tu aku beratur sekali dengan daus... agak panjang juga la beratur nak tunggu giliran yer dak..? yang tak paham tu mesti belum pernah pergi obersea hahahahahha *gelak bangang

Ok korang kalau dah beratur panjang-panjang mesti bosan yer dak..? dah bosan apa korang buat.. dekat airpot pulak tu ? 98% yang tengah bosan sure akan pegang henpon korang dan cek wifi...sure la nak on9 nak up status riak dah sampai australia.., tak lupa juga nak selfie upload dekat instagram... pun nak meriak la dah sampai australia hahahaha..., takda la riak..,maksud aku just nak share perasaan gembira bila dan sampai negara yang kita tak pernah kunjungi..

So aku dalam masa yang bosan tengah beratur tunggu imegresen tu, aku online juga untuk up status difacebook..., sambil2 bagitau keluarga yang aku dah jejak kaki dibumi facebook... tapi awas..! aku online bukan guna wifi airpot ok..! aku online guna POKET WIFI SAMURAI hahahaha

Syok wei dalam kapal terbang lagi bila landing aku dah online guna SAMURAI WIFI


Atas ini adalah status pertama aku dibumi Perth Australia.., status ni ada yang tak percaya situasi ini sebenar atau tidak...bongok betul.., tapi entri kali ini aku bukan nak cerita pasal awek... aku nak cerita pasal kena tahan imegresen..!!!

************************************

Berbalik kepada cerita kena tahan dengan imigresen..! bila dah tiba giliran aku.., makcik imigresen tu pun panggil la aku ke kaunter dia...

Perbualan ini telah dialih suara ke bahasa melayu...

Makcik imigrasen : Dik..mai sini dekat lagi...

Ujang : ok *sambil jalan ke depan

Makcik imigrasen : awak datang sekali ke..? sambil menunjuk tangan ke arah daus..

Ujang&daus : ye ye *sambil angguk kepala.

* dalam 15minit dia scan2 paspot kami..., bila tang paspot aku dia tengok aku dua tiga kali berulang.., dalam hati aku dapat agak dia terpegun dengan kehenseman dan ketampanan aku..so aku biarkan sahaja dia tengok aku...

Selesai dia scan..., biasanya akan bagi balik paspot dekat kita yer dak..? tapi ini tidak dia bagi passpot aku dekat  awek polis imigresen..!! hampeh ...!!! cuak dalam diri aku dah melanda.., aku dengar makcik imigresen tu cakap dekat awek polis imigresen tu

Makcik imigresen : yang gemuk2 tu ok..(merujuk daus) tapi yang hensem tu cuba kau cek..(merujuk kepada aku)

Awek polis imigresen : ok.., saya akan tahan dua-dua

Sekali awek imigresen dengan tegas cakap kepada kami Plis..! follow me... and sirr.. plis put down ur phone..! dia tegur aku wei sebab aku pegang henpon..!! masa dia suruh letak tu aku buat bodoh lagi konon-konon nak melawan..! sekali dia ulang lagi sir..! plis put down or off ur phone plis..!!

Kali kedua dia naikkan suara aku terus cuak dan nak terkencing.., terus aku baling henpon aku ke lantai...hahaha takda la, aku simpan terus dalam poket.. sebab aku teringat kata-kata tour leader aku

"dekat imigresen Austalia korang kena hati-hati.., kalau dorang tak puas hati dorang akan hantar kau balik ke Malaysia"

*********************************

Berbekalkan dengan segala nasihat dari Agen Tour kami..., aku pun sentiasa beringat dengan tips dari mereka..sebab itu aku mengalah..jadah apa kau nak belagak yer dak..? hahahah

Ok selepas kena tahan dengan awek polis imigresen tu.., dia pas kami ke pegawai lelaki berbadan sasa..!! kohaja betul..., tadi kena tahan dengan awek imigresen pun aku dah macam nak terkencing..! ini dia pas aku ke pegawai yang berbadan sasa pulak..!! dermmm!!!!  woi korang boleh rasa tak aku punya takut tu macam mana...? malam pertama pun tak cuak macam ni ok..!!!

Ok kena tahan pun tahan la... berbekalkan ilmu didada aku baca la apa patut untuk melembutkan hati pegawai berbadan sasa tu...., aku baca al-fatihah je pun hahahaha

Dalam kena tahan tu rakan rombongan lain yang lalu..,  dari jauh tanya-tanya guna bahasa tubuh dan boleh baca dari mulut dorang  tanya "kenapa" "kenapa" "kenapa", Aku hanya mampu angkat bahu sahaja menandakan tak tahu kenapa aku kena tahan..

So time kena tahan tu aku kena siasat dan timbul la soalan-soalan dia...,Ini aku share beberapa soalan dia....


Apa motif atau tujuan datang ke Perth, Australia?
- pakcik takkan saya nak datang sini untuk berkahwin..opkos la untuk bercuti..!!!

Perth tinggal dimana..?
- saya stay di apartment yang disediakan oleh travel agen (sambil tunjuk surat dan alamat apartment)

Sapa travel agen korang di Perth Australia
- Valentino Holiday

Berapa lama tinggal di Perth Austalia
- erm...sampai hari ahad ni sahaja..
 (sambil tunjuk bukti tiket flight pergi dan balik




Ada itinerary tak?

-Opkos ada..., dan dia minta tengok itinerary
(tunjuk bukti itinerary yang agen bagi pada group wassap 
contoh masuk ke oz
contoh intenasi ke perth

Berapa banyak duit bawa ke Perth Australia
- 450 AUD sahaja.., nak saya tunjuk ke.. 
*dia jawap tak perlu


Selain itu korang kena Declare segala makanan yang korang bawa.., contohnya simple macam gambar bawah ni
contoh surat bawa masuk ke australia

Aku tulis tangan je Decralation ni..., nak taip boleh tulis tangan pun boleh.., kalau tulisan kau buruk dia tak paham dia akan tanya hahahaha

**************************************


Sukacitanya soalan dia tu dah bocor..!!! hahahaahhaah woi pakcik berbadan sasa..soalan kau dah bocor la..agen kami dah bagitahu soalan bocor kau..!!! dan segala soalan kau tu aku dah buat toyol..!! dan ada jawapan.! Untuk keselamatan korang..., sila la simpan segala bukti ya..., macam aku syukur la agen kami dah bagitau awal-awal apa yang perlu dan tidak perlu.. thanks Ayden..!

Diingatkan juga kalau bernasib baik dan diaorang berpuas hati dengan jawapan yang korang jawab, maka diaorang akan lepaskan.  Tapi kalau dorang tak puas hati., dorang akan selongkar segala beg atau apa sahaja yang dia perlukan.., sentiasa la ingat pesanan ini

"dekat imigresen Austalia korang kena hati-hati.., kalau dorang tak puas hati dorang akan hantar kau balik ke Malaysia"

Dorang pun manusia.., jadi dia jalankan kerja dia kita bagi kerjasama segalanya akan jadi mudah..., yang penting ingat kita bukan ada buat salah jadi buat apa nak takut yer dak.? 

Aku nak ucapkan banyak terima kasih juga kepada Ayden Averroes Travel. Sebab dorang memang akan sharing segala info yang berguna dari pergi sampai balik...!

So bila semuanya settle kita boleh la melancong dengan happy nya wohaaaa...!!! nah belanja sikit beberapa gambar di Perth

gambar di perth

gambar kanggaro di perth


Ini sedikit info yang aku boleh share untuk mengelakkan korang ditahan imigresen atau persiapan yang perlu ada bila menghadap imigresen Australia

- Simpan segala bukti penerbangan pergi dan balik
- Buat plan atau sediakan itineray sepanjang korang di Australia
- Pastikan korang tahu alamat tempat tinggal korang sepanjang di Australia
- Borang incoming passenger sila isi betul-betul
- Declare barang makanan
- Belajar cakap omputih sikit2 broken inglis pun takpa hahaha

yang paling penting....

JANGAN MAIN HENPON DEPAN KAUNTER IMIGRESEN..!!! 

aku rasa punca utama aku kena tahan ialah main henpon depan kaunter tu hahahaha..padan muka..!! Kalau aku rajin aku akan share tempat menarik yang ada di Perth..!!! sayonara..thanks sudi baca...


16 Orang Memberi Komen & Pendapat

Nasib baik ok.. kalau tak jenuh ko...

berdebor baca. fuhh..ostrolia macam leceh jugak ek imigresen dia

sian .. ahahaha. kalau aku dah nangis dah tu

Kalau miera, cuak dah. Terus offer roti gardenia untk rasuah jangan tanya banyak..huhu

banyak jugak nak kene amik tau erk e=pergi negara orang..fuh

Baca ayat ko nak tergelak je bukan rasa simpati pun, hahahaa!
Tapi thanks kongsi pengalaman, berguna ni!

ok..x jadi ler nk g ostolia...
cuak plak aku baca.

Fuhhh selamat reti bahasa omputih.. haha

broken je ok..kau pun gelabah kan hahaha

Nasib baik dah ada soalan bocor ehhh

berdebar sama ...macam sedang berada disituasi yang memcemaskan ....untung dapat travel agent yg berpengalaman

tapi nak tanya satu jerrr ...daus tak baca ke bab gemok tu ....? maigadddd

ahahahaa ...

ahahahaha....

Ok dah dapat info paling berguna.. 'jangan main henpon dengan kaunter imigresen.'

Sy nk tnya klu kte beli tiket pegi blik smpai 2bln lps ke??lps tu ade ke klu bawak sijil spm kena tahan smpai hanta blik??agk2 sbb sijil ke sbb cuti lama kt sana yg buat kita kne hanta blik??

nasib baik tak dihantar balik ke Malaysia...hehehe..

bataknya men henfon kat area imigresen


EmoticonEmoticon