Cara Daftar MyASNB Yang Mudah
Bermula Julai 2017, Amanah Saham Nasional Berhad telah menaik taraf sistem dorang yang selama ini offline kepada online., Jadi secara tak langsung ia memudahkan kita lagi yer dak..? ye la sangat sesuai untuk orang macam korang yang suka mengadap komputer dan gajet je hehe
Ni aku kongsi cara untuk buka akaun MyASNB BARU
***************************************
LANGKAH 1
(DAFTAR NO AHLI DAN PENDAFTARAN NO TEL)
Korang kena daftar/kemaskini No telefon dan dapatkan Nombor Ahli 12 Digit di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB. Macam aku terus ke cawangan ASNB di putrajaya
BUKU BIRU tak perlu bawa pun takpa.., yang penting korang ingat no ahli korang..
BUKU BIRU tak perlu bawa pun takpa.., yang penting korang ingat no ahli korang..
Kenapa aku pergi ke cawangan..? sebab aku dah pergi CIMB dorang kata update dekat sini lambat sikit, kalau terus pergi ASNB terus update..., so aku pun pergi ke Putrajaya ..tapi bila ke Putrajaya aku bagi tau bank suruh pergi sini, jawapan kaunter asnb tu "bank tu pemalas" hahahah
Dekat sini apa yang korang perlu buat adalah isi detail korang dalam borang yang diberikan(minta di kaunter no giliran)
Simple sahaja borangnya dan dekat kaunter pun urusannya sekejap sahaja, hanya mengambil masa 6minit 30 saaat sahaja untuk kita dapatkan no ahli baru hehe
Dalam gambar atas ini, yang aku bulatkan itu adalah no ahli baru ASB aku..nampak dak beza no ahli aku dulu (borang pendaftaran) dengan sekarang..?
LANGKAH 2
(DAFTAR ID DAN DAPATKAN NO PASSWORD)
Korang masuk lawan web MyASNB : https://www.myasnb.com.my/
-Click di "Mari daftar Portal MyASNB sekarang"
- Baca dan click teruskan.
- Baca, tick dan click setuju.
STEP 1
- Di ruang no ahli, isi no baru yang korang dapat masa pendaftaran dikaunter.., kalau korang masukkan no ahli lama(dalam buku) sure takkan berjaya. Bila dah isi semua korang click seterusnya.
STEP 2
Bila sampai step 2., korang wajib klik "PERMINTAAN TAC". Code TAC akan di hantar ke no telefon bimbit yang korang daftar dikaunter ASNB
Jangan jadi macam aku., aku lupa klik PERMINTAAN TAC.., so sampai kesudah tak sampai2 no tu hehe
Lepas klik Permintaan TAC kita akan dapat SMS tac kod dari no 62000 , jadi korang boleh teruskan sehingga STEP 4, isikan detail peribadi korang.. last sekali korang akan dapat password sementara untuk login ke MyASNB
****************************************************
LANGKAH 3
(LOG IN KALI PERTAMA)
-Klik Log Masuk Kali pertama dan masukkan ID pengguna yang korang dah daftarkan di Langkah 2 tadi
- Masukkan kata laluan sementara yang diberikan di SMS semasa pendaftaran di Langkah 2
Seterusnya korang akan diminta untuk kemaskini kata laluan baru yang mudah untuk korang ingat.., dan akhir sekali kesemua pendaftaran korang akan berjaya hehe...
******************************************
Sekarang korang boleh tengok secara online baki terkini dan boleh masukkan duit dari bank tanpa cas..!!
Dan yang lagi best., selepas korang transfer dia update baki terkini secara on the spot..., minimum transfer ialah RM100..
Korang yang ada ASB lepas ni tak payah menggelabah gaban untuk beratur panjang untuk semak penyata.., senang tengok online sahaja hehe....
So lepas ini buku biru tak perlu dibawa ke bank..., korang hanya perlu bawa IC sahaja..!
So lepas ini buku biru tak perlu dibawa ke bank..., korang hanya perlu bawa IC sahaja..!
13 Orang Memberi Komen & Pendapat
wahhhh...semakin mudah proses daftar asnb.. hihihi
hahahha tq ujang...bestnya leh transfer dari bank biasa ke asb online dpt tgk baki on the spot yeyyy...esok lah nak pi ASB update new number akaun...tq segala tips...tac tu noted haha
wahh senang la gini.. thanks sharing...
Good info.. Thank you for sharingg
Thanks share info ni, kalau tak memang tak tahu.
As Salam, mcm mana nk tgk transfer online dah berjaya ke x dlm myasnb ni..
Dekat online banking tulis berjaya transfer, tapi dekat myasnb portal x tulis apa2 pn. Mohon bantuan
baki sebelum ada semak tak..? saya baru cuma transfer melalui portal (min rm100) dan terus update.., kalau transfer melalui CIMB click mungkin berbeza
Xsempat nk semak, tangan gatal terus pegi transfer online. Dekat tap penyata myasnb pn xtujuk tarikh last transaksi..
Maybe kena pergi asnb sendiri kot utk dptkn jwpan :-)
makin pantas skrg semua di hujung jari
masih lom daftar lagi
baguihh laa entri en ujang nih..
Transfer dari bank ke asnb, lambat betul update dalam portal ni. Lebih dari 3 hari untuk update. Tak ingat berapa hari tapi risau juga berhari hari buka portal tiada apa apa update pun. At last barulah ada update.
boleh bookmark ni. utk rujukan masa depan. heee..thank you.
tak kemaskini lagi duit pun tak de... hukhuk
EmoticonEmoticon