Monday, July 10, 2017

KECEWA TAK DAPAT UPU? LAKE VIEW COLLEGE (LVC) KAN ADA!


 subjek Lake View College (LVC)

Benda paling dirisaukan oleh budak lepasan SPM ialah keputusan UPU yer dak..? tak dinafikan kita semua zaman sekolah dulu lepas SPM pun berebut untuk mengisi UPU untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma sama ada di IPTA mahupun IPTS.


Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama korang tersenarai antara yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. Tentu rasa kecewa yer dak..?

Pada ketika itu, ada yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran dek kerana kecewa apabila tidak ditawarkan masuk ke mana-mana universiti awam di negara ini. Apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan kita yang tak dapat UPU ?

Korang jangan risau..walaupun tidak berjaya melanjutkan pengajian peringkat diploma ke universiti awam seperti yang lain,korang masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma ke Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort.

Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif. 




LVC menawarkan program pengajian di peringkat Diploma di bidang

- Kejururawatan
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Kesihatan Persekitaran, Pengurusan Hotel
- Pengurusan Pelancongan
- Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.





YURAN PENGAJIAN?

Untuk makluman ibubapa dan adik-adik, LVC merupakan salah satu kolej swasta yang menawarkan
yuran pengajian antara yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Bantuan kewangan? Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.


Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.

Selain itu, sehingga kini LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada.


Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman web LVC, http://www.lvc.edu.my/ atau hubungi 
60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut.

Atau boleh wusha Facebook : Lake View College

7 Orang Memberi Komen & Pendapat

Teringat zamna mintak upu dulu..isi borang pun dah bangga. Akhirnya dah keje baru sambung degree. Sekarang ni mak ayah standby je duti, banyak pilihan tuk anak sambung study.

Ada course safety n health jgak. Good. Sblm ni x byk choice yg aku tahu kalau course ni. Aku pernah ambk kat niosh jgak.

Belajar jurusan nurse ni memang banyak peluang kerja kat oversea la. Middle east banyak ambik graduan nurse. Mahal gak gaji

LVC pilihan untuk anda sambung belajar .. Tak perlu risau kalau tak dapat ke IPTA.. LVC kan ada

Kursus yang di tawarkan pun memang ramai cari. Bagus adanya LVC ni


EmoticonEmoticon