Monday, September 25, 2017

ALAMAK ! Tiada Siapa Di China Yang beratur Untuk iPhone 8 !


iphone 8 china

Siapa sini pengguna Iphone..?? kalau adroid elok la boleh baca sampai habis sebab boleh kutuk geng Iphone hahaha

macam bongok pulak rasa bila bergaduh Iphone user dengan Adroid user yer dak..? Ni aku nak kongsi, iPhon 8 dan iPhone 8 Plus secara rasmi dijual di China ialah pada hari Jumaat baru ini.

Kalau nak diikutkan bila mana setiap kali Apple ada mengeluarkan Iphone terbaru, pasti akan ramai orang teruja dan menarik ramai orang akan berebut untuk jadi yang terawal untuk memilikinya yer dak..? Tapi kali ini tidak hehe



Gambar yang aku kongsi ini adalah di Tasik West Apple di Hangzhou, difahamkan  seramai 30 hingga 40 orang pengawal keselamatan diarahkan tiba pada pukul 6 pagi pada  hari Jumaat untuk memasang pagar laluan keselamatan untuk memastikan segala-galanya terkawal sewaktu pelancaran jualan 

Tetapi sampai masa jualan lebih kurang jam 8 pagi,  tak sampai 10 orang pun yang ada depan kedai hahahah..., dan dalam pukul 9 pagi pegawal yang ada terpaksa membuka pagar keselamatan.





Ada pandangan dari penduduk China mengatakan kemungkinan semua orang di China hanya menunggu iPhone X  yang akan keluar pada bulan November. Satu lagi kemungkinan ramai orang malas beratur di China kerana keutamaan yang semakin meningkat di China untuk membeli-belah dalam talian sahaja.

Memang sekarang ramai yang hanya membuat tempahan peranti mereka dalam talian dan barang mereka terus ke pintu rumah. Kedai-kedai Apple di Hong Kong juga mengalami  masalah yang sama iaitu tiada lagi beratur panjang untuk dapatkan Iphone 8 walaupun kebiasaannya ramai pengguna akan beli Iphone di Hong Kong kerana murah dan mereka akan jual diluar pada harga yang lagi mahal.


Dari situasi begini pasti akan merisaukan Apple. Ini kerana 6 tahun sebelum ini Apple berjaya dengan cemerlang menambat hati pengguna di China., Tetapi sebelum  melancarkan iPhone 8, terdapat kebimbangan bahawa harga telefon yang tinggi akan menangkis banyak pembeli China. Baru-baru ini, Apple telah menewaskan China dari pembuat telefon pintar domestik yang menjual peranti mereka pada harga yang lebih rendah. Tahun ini, Apple  telah turun ke tangga ke lima di pasaran telefon pintar China, di belakang Huawei, Oppo, Vivo dan Xiaomi.


Jadi kita tunggu pula macam mana sambutan Iphone 8 di Malaysia., ada lagikah  orang yang sanggup tidur dari jam 12 am..? ada lagikah pergaduhan berlaku..? hehe

Apapun aku tetap pengguna Iphone hahahahaha


9 Orang Memberi Komen & Pendapat

Boooo... huawei P10 lagi best laa...

last part tu...cehhh

IQ rasa la, keadaan xsama akan berlaku di Mlaysia, di malaysia ni nampak semua macam makan xcukup, tapi nanti beratur panjang jugak

Tak pernah guna Iphone.. so perasaan teruja tu takde.. hehehe..

tak mampu nak beli apatah lagi nak beratur..hahaha..
baru perasan blog ni eh viral kat page Malaysia Networks kan?

Salam singgah dan follow sini.. :)

may be gak org china support produk sdiri...


EmoticonEmoticon