Thursday, September 21, 2017

TEH 888 YANG WANGI | DAZZLE FIVE SENSES

Teh 888


Salam.,

Korang pernah dengar TEH 888 dak...? kalau blur blur korang sama la dengan aku hehe.., Baru ini aku ada pergi ke majlis hi tea 888 Tea & Coffee di The Forum Sri Hartamas yang bertemakan “Dazzle Five Senses .  Masuk je dalam The Forum memang semerbak bau teh...!! serius wei hihi

Patut la kawan opis aku kata teh 888 ni orang panggil teh wangi, nak dijadikan cerita sehari selepas ke Hi Tea 888 ni aku tanya kawan opis aku sebab dia orang utara

Ujang : nasir, kau pernah dengar teh 888

Nasir : tau..., aku memang dari kecik minum teh 888 ni, orang panggil teh wangi.

Ujang : sah la kau orang utara hihi

Nasir : kami orang utara memang kenal teh 888 je datang sini(kl) baru kenal lipton la boh la..

Ujang : betul la tu hehe

**************************************


Ok berbalik pada Teh 888 ni.., sebelum majlis mula.., aku sembang dengan rakan blogger lain baru terperasan yang memang kenal je jenama Teh 888 ni., mula-mula tak kenal sebab tengok packaging dia lain time majlis tu hehe.., aku pun google tengok gambar, baru tau yang pernah juga minum teh 888 ni hehe



Haa gambar atas ni packaging lama Teh 888, mesti korang pernah tengok gak yer dak..? hehe

***********************************

Dalam majlis ni aku cuba sendiri Teh 888 yang dorang hidang kan.., fuhhh aroma dia time kita hirup memang syok.., memang ada rasa beza dengan teh lain-lain dan memang tak boleh nafikan la kenapa orang panggil teh wangi

event teh 888

Kalau korang nak tahu.., tanak tahu pun aku nak bagitahu...hihi, Jenama Teh 888 ini ada mengeluarkan pelbagai jenis produk antaranya ialah

Black Tea
-Black Tea boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, kerana ia mengurangkan risiko masalah kardiovaskular. Selain itu Black Tea membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol yang baik

Coffee
- Kopi 888 mengandungi antioksidan,ada juga kina yang meningkatkan tindak balas badan terhadap insulin. Selain itu,kopi juga boleh mengurangkan risiko demensia melalui menghalang kolesterol kerosakan pada badan.

Chinese Tea
-Teh Cina 888 diimport dari pergunungan An Chi, Yu Nan dan Wu Ye di China. Teh ini dipilih secara halus dan dibungkus untuk menghasilkan teh Ti Kuan Yin, Piao Xiang, Fu Kui Chun, Pu Erh dan lain-lain.Teh Cina boleh membantu menghilangkan kepanasan didalam badanan . Teh Cina mengandungi alkaloid yang berfungsi sebagai perangsang bagi pusat saraf dan proses metabolisme.

Organic
-Jenama 888 juga hasilkan  produk kesihatan yang memelihara manusia dan memberikan produk organik yang berkualiti tinggi, yang ditanam tanpa penggunaan baja kimia, herbisida atau racun perosak. Organik bukan sahaja memelihara sumber bumi kita, tetapi memastikan bahawa apa yang masuk ke dalam badan kita adalah 100% semulajadi

Teh wangi ros 888 paket baru
 black tea 888
teh 888 green tea





**********************************************

Disebalik kelebihan TEH 888 ini rahsianya adalah hasil Teh Import dari negara-negara yang popular pengeluaran Tehnya...

Aku rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri kunikan setiap teh dari pelbagai negara antaranya ialah China, Indonesia, Sri Lanka, Kenya dan juga India

Dazzle Five Senses


Aku diberi peluang sendiri untuk melihat hasil setiap satu teh dari negara yang berbeza mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri. Mempunyai rupa, rasa dan warna yang berbeza.

Korang tengok gambar aku bawah ni mula kagum dan terkejut tengok hasil selepas tapisan..hehe


Secara peribadi antara kelima-lima teh ini aku paling suka rasa teh dari China, lebih ringan dan lembut. Kalau rasa keras sikit ialah teh dari Sri Lanka dan Kenya. Sebab itu aku difahamkan kalau nak buat teh tarik, sesuai guna teh dari Kenya dan Sri Lanka ni.

Bawah ini korang boleh tengok video masa aku rasa teh dari pelbagai negara...!


*************************************

Selepas selesai merasai pengalaman bersama air teh 888, kami diberi peluang merasai menu khas daripada teh 888





 Go Green Nutritional Wrap

  Homemade Black Tea Loaf With Salted Butter

Black Tea Cookie And Rose Cake

 Roasted Smoke Chicken

************************************

Lupa nak bagitahu, jenama Teh 888 ini telah menjangkau 75 tahun...!!! Disebalik kejayaan jenama 888 ini kerana diterajui oleh  Dato Ang Poon Chuan




Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd telah mendapat sijil Halal, HACCP dan juga GMP selain itu mempunyai sijil ISO9001:2008


Korang kalau tau lebih lanjut berkenaan Teh & Kopi Jenama 888 ni boleh ke:


3 Orang Memberi Komen & Pendapat

rasa nk minum gak.. kat pasaraya agknya ada tak eh

I hаve read ѕo many artricles or reviews abοut the blogger lovers except tһіs piece ߋf writing is rеally a
fastidious piece ߋf writing, кeep iit up.

dah 75 thun... patut la masa akak kecik2 dl thun 80an mmg dah mimun teh 888 ni sampai skang pun...


EmoticonEmoticon