Thursday, September 7, 2017

Ulang Tahun ke 7 Watsons VIP Members...!!


watsons vip card anniversary 7


Salam wei..!

Siapa sini yang dah jadi Ahli VIP Kad Watsons..??  ok..siapa yang baca tapi buat muka blur tu sure belum ada kad vip watsons yer dak..? dan yang angguk tu sure dah ada hehe... 

Hari itu aku join Watsons Vip Card Celebrates 7th Anniversary dekat MyTown..tau dak mana Mytown..? ala mall yang baru buka sebelah Ikea Cheras tu hehe

Haaa masa event tu aku nampak signboard bawah ni....


So macam biasa lepas daftar..., sure aku main Games...hehe...,Watsons punya event memang selalu ada games, sebab itu aku suka pergi hihi

 
Selain itu ada photo booth..! sempat la layan 2 keping buat kenangan hihi


**********************************

Ok berbalik kepada Watsons VIP Card members..., korang sendiri boleh tengok pencapaian mereka ,bayangkan dalam masa 7tahun dan boleh ada seramai 4juta keahlian..!!! gila kau...!! woi dah bayangkan ke belum...?? hehe



Secara peribadi aku nak ucapkan tahniah kepada Watsons..!! satu pencapaian yang sangat menakjubkan yer dak..?

Sempena ulang tahun ke 7 ini.., Watsons ada mengadakan kempen ataupun promosi SYOK SALE bermula dari 5 September 2017 sehingga 2 October 2017. antara yang bestnya ialah
-RM20 voucher membeli belah.
-500 point selepas kad diaktifkan.
-RM300 worth of Watsons vouchers.
-RM5,000 worth of dining & lifestyle reward voucher.
-Lebih rm5,000 reward voucher (dining & lifestyle) 
-7% 0ff bila menempah hotel menggunakan Agoda Mobile App.

Kelebihan point yang ada didalam kad itu, korang boleh buat macam tunai di Watsons. Kalau point cukup, bayar saja guna point. Jimat kau nok..! *sambil tampar bahu kau

Korang boleh dapatkan katalog watsons untuk tengok promosi yang gila banyak ganjaran

*************************

WATSONS X GRAB = GRABWATSONS



Untuk ulang tahun ke 7 ini., GRAB  turut bekerjasama dengan Watsons dalam memberikan ganjaran yang hebat. Bermula 1 hingga 30 september 2017 khas buat pengguna baru yang mendapatkan perkhidmatan Grab, mereka boleh berjimat sehingga RM15 sebanyak 2 kali. Sama ada menggunakan GrabCar, GrabTaxi atau Grabshare. Caranya adalah seperti berikut :-

-Download aplikasi Grab di Apple App Store atau Google Play Store.
-Pilih ikon GrabCar, GrabTaxi atau Grabshare.
-Pilih lokasi dan masukkan kod GRABWATSONS
-Semoga selamat tiba dengan Grab.

Korang yang biasa gunakan GRAB wajib amik peluang ini..., boleh share info ini dekat kawan-kawan lain wei....jangan kedekut info hehe

Lagi satu korang boleh dapatkan hadiah sehingga 1juta points wooo..!!!! cara dia senang sahaja.... kalau korang nampak GRAB Car dengan Stiker Watson...contoh macam gambar bawah ini.


Lepas korang amik gambar upload dalam Instagram korang dan letak #watsonsrewards dan #watsonsmalaysia . Mana 5 gambar yang paling banyak like akan dipilih sebagai pemenang 

Bermula dari 6/9/2017- 30/9/2017


***************************************

Jadi siapa yang belum jadi VIP KAD WATSONS, bolehlah segera daftar...Ini aku sharekan dengan korang sekali lagi Kelebihan Watsons VIP Card

-Keahlian seumur hidup
-Tawaran hebat lebih 1000 #watsonsrewards di merhcant terpilih
-Dapat 1 mata setiap RM1
-Bayar guna mata, 200 mata bersamaan dengan RM1
-2x mata untuk semua produk Watsons Brand
-5x mata berbelanja pada bulan kelahiran
-5x mata bila bayar guna Kad VIP Watsons
-Diskaun Ekslusif untuk produk kesihatan



Akhir kata dari aku... selamat ulangtahun ke 7 VIP CARD MEMBER WATSONS..!!!


5 Orang Memberi Komen & Pendapat

kad watson aku bukan vip.. rakyat marhaen jer kikiiiiii

wahh banyaknya sale kat watson. rugi tak menyinggah ni hehe

Alaa ada kad watson tapi watson pulak yang selalu tak jumpa. Guardian pulak yang banyak. Guardian pulak member card untuk warga emas je. Pelik betul akak tau..huhu

baru 7 tahun watson ni... ingatkan dah lama...


EmoticonEmoticon