Friday, December 22, 2017

HARI PERTAMA BERCUTI KE HOKKAIDO JEPUN



Konichiwa.

 Nee mou ii ja nai komakai koto wa ki ni sezu ni .., logical na ai yori physial na koi wo shiyou yo  purosesu mou iranai..,

Hard luck na beat ni Tsukiai yoku noranakuta-tte ii Jounetsu-tte kusai kedo mukuchi na ase wa sexy da wa Tada no fake ja monotarinai

********************************

Haaa meraban korang baca ayat jepun hehe..., ok siapa yang follow facebook atau instagram aku sure tahu yang aku pergi bercuti ke Hokkaido Jepun yer dak..?

Ekceli aku sangat bersyukur dapat peluang bercuti ke salah satu negara yang aku paling minat untuk lawati iaitu Jepun.

Pengalaman ke Hokkaido Jepun merupakan antara pengalaman terindah dalam hidup aku.... sedih weiiii korang nie tak boleh ke menjiwai perasaan gembira aku ni...!!hahahaha


Aku pergi ke Hokkaido naik Flight Japan Airline pukul 11pm...., Japan Airline takda flight direct ke Hokkaido depa transit sat ke Narita..

Kenapa naik Japan Airline..? sebab serius selesa namati...!!!!! pehtu pramugari dia comel-comel hahahahaha


Perjalanan dari KLIA ke Narita Airport kurang lebih dalam 6jam 30minit .., dan dari Narita Airport ke New Chitose Airport 1jam 45minit

Total perjalanan dalam 8jam lebih...!!! penat oiiiii, Tapi penat lelah perjalanan semua secara jujurnya aku boleh lupakan kerana dengan jakunnya aku dapat lihat salji..!!! terlupa wei segala penat kerana dah nampak salji hahahahaha

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya sampai ke bumi JEPUN..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sepanjang percutian aku ke Hokkaido Jepun ini.., aku bersama dengan 3 orang rakan blogger iaitu


*****************************

Ok sesampai sahaja di New Chitose Airport korang boleh lepak-lepak dulu wei dalam ni.., aku share dengan korang apa yang ada nak dak..? ahh tanak pun aku nak share gak hehe

Ekceli banyak tempat untuk beli barang gak dalam ni...., tapi kami tak fokus sangat sebab kami boleh carik benda yang sama di SAPPORO (next entry)

Jadi kami pergi tempat yang popular sahaja iaitu...!!!






TADA...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(tah apa-apa )

tiket doraemon sky park


 DORAEMON WAKU WAKU  SKY PARK...!!

Apa yang ada dalam ni..? dah nama Doraemon sure la ada Doraemon, takkan tetiba ada maria ozawa pulak..!! hahahahaha

Datang sini  opkos la korang boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita..., dapat tengok kaum kerabat si Nobita 


Ada Giant, Sinyu, Doraemon , Nobita dan Sizuka..., nasib baik la Sizuka ni patung..idok aku dah ngorat dah hihi..

Selain itu korang dapat tengok model bilik nobita yang pemalas tu.., korang layan la gambar-gambar yang aku tepek ek..




 aku dengan kak fila ngada-ngada kan..hihi






Korang yang ada anak-anak kecil tak rugi bawak dorang masuk doraemon park ni..., tapi tak sure la dorang kenal doraemon ke tak hihi..., rasa kita yang lebih eksited tengok doraemon park ni



Harga Tiket Doreamon Park ialah

Adults : 800yen 
Age 13-18 : 500yen 
Age 3-12 : 400yen 

currency masa aku pergi ialah 10,000 yen = RM370

***************************************

Sepanjang 5 malam aku di Hokkaido ini.., kenderaan utama aku bersama rakan blogger lain ialah dengan menaiki COACH  bawah ni

kredit gambar kak fila

Mamat yang hensem macam aku tu nama dia WATARU...! dia orang JNTO dan brader yang pakai spek tu nama dia KAZU..., KAZU ni otai dalam bidang pelancongan..., kalau korang nak tahu, rancangan jejak jepun zizan Mr Kazu-san ni lah yang bawak Zizan..!!

So korang boleh related tak yang level aku dengan Zizan sama..!! hahahahaha, dah dah takleh poyo lebih nanti korang jeles..hahahah adoi poyonya

********************************

Dari New Chitose Airport kami terus gerak lunch sebab semua dah lapar...!! Mr Kazu bawa kami lunch di Kani Goten Restaurant di Shiraoi kurang lebih 45minit perjalanan....agak popular restaurant ni sebab sedap dan view makan dia lawa mengadap laut

 

Kalau korang yang rapat dan kenal aku sure tahu yang aku ni tak makan seafood yer dak..? so dengan padan mukanya la aku mengadap makanan ni dengan tawa dalam tangisan hehe



korang tengok la video bawah ni..!



Dari kata rakan blogger yang makan sini.., dorang cakap semua seafood memang rasa fresh..!!! aku makan apa..??? jangan tanya!!!!!!!!!!! lapar!! hahahaah

************************************

Dah kenyang..! kami tak terus balik hotel.... kami dibawa singgah ke Shiraoi Ainu Museum..! ,  dari tempat lunch ke Ainu Museum dekat sahaja.., dalam 20 minit perjalanan.




Inilah dia museum penempatan kaum Ainu, kaum Ainu adalah satu kaum pribumi di utara Jepun..., dekat sini kita boleh tengok budaya mereka..., tarian mereka.., music mereka dan lain-lain.., tak sangka juga dekat sini ada kaum macam ini

Kira macam dalam negara kita..,kita tengok kaum iban.., kadazan gitu la...


Gambar atas ni dia perkenalkan diri dia MR. AJINOMOTO hahahaha sempoi orangnya.., dialah yang iring kami sepanjang di Ainu Museum ini



Kalau korang datang sini., korang akan dapat tengok show perkenalan mengenai kaum ainu lebih mendalam...


Aku dengan kak fila dah tak sabar nak tengok show..., masa kami datang ni ada rombongan dari Korea dan juga China... so agak penuh juga la dalam rumah show ni....


kita akan disajikan dengan tarian mereka.., yang lagi syok kami pun dapat peluang menari dengan dorang.., yang aku tau sebut..
 "huiiii"
 " haaaaaaaa" 
" terrrrrrttttttttttttttttt"  

itu je dialog aku berulang2 hahahaahah



ini dia tunjuk cara dodoikan anak..., siap ada lagu nak dodoikan dia..., kalau kita nak dodoikan anak nyanyi lagu aiman tino yer dak.? hahahahahaha



 makcik atas ni dia main alat music.., aku tak ingat nama dia apa.., toing toing toing dia main alat tu guna mulut dia.., terpegun jugak aku... aku rasa lan pet pet tiru dia la hahahahaha

alat music ini untuk menarik rasa cinta katanya


lepas habis show kami semua bergambar dengan semua orang ainu yang buat show tu..., lepas habis show kami lepak tengok museum disebelah bangguna show ni...

Lepas pusing-pusing museum aku pergi bergambar di lokasi yang zizan jejak hahahaha



Inilah adalah TASIK POROTOTO.., tasik kebanggaan kaum ainu..disinilah tempat dorang carik ikan untuk dijadikan sumber makanan... masa aku pergi tu tasik ini dah beku..!!! kalau tak beku korang boleh berkayak atas tasik tu


Mr Ajinomoto ni boleh pulak ajak aku bergambar atas tasik beku ni..! kalau ikutkan kita dilarang pijak tasik yang beku ini tapi dah dia ajak aku layan je la hahahahahaha

Nah korang tengok Zizan Vs Ujang..., masa zizan datang tasik tu belum beku ..masa aku datang dah beku...boleh main "ais keting"


Harga Tiket Masuk Ainu Museum 

Adults : 800 yen
High School : 600 yen
Junior High School : 500 yen
Elementary  : 350 yen
propotot tan tiket


****************************************

Habis settle semua kami terus balik ke hotel... musim sejuk ni siang dia pendek jadi cepat sikit gelapnya

Hari pertama kami tidur di

The Lake view Toya Nonokaze Resort

review The Lake view Toya Nonokaze Resort


Untuk hotel aku akan buat entri khas ok hehe..., so cukup la cerita untuk aktiviti hari pertama..!!! entri hari kedua lagi menarik... aktiviti SNOW..!!!!!

Doakan aku gagah untuk update...

Special Thanks to :
 Tourism Japan For Muslim Trip at HOKKAIDO JAPAN
Website : https://www.jnto.go.jp/

10 Orang Memberi Komen & Pendapat

Giler tak best pergi sana ada salji.. Tapi nak tanya, ko makan seafodd ke jang ?

Bestnya pegi jepun. Semoga ada rezeki Migha nak ke Jepun lepas nie. Nak pegi Akihabara...hehehehe

wahhhh...bestnya dah sampai jepun...hihihi

Paling tertarik dgn bilik nobita. Teringin nam tidur dkat tmpat doraemon tido

Enjoy baca! Rasa nak pegi Japan gak.. Sila gigih sado sambung next entri

Ujang dan giant mcm adik beradik la.. Seiras..

kenapa ko pakai tunang aaku punya jaket ? hahahahhaha

ok lah best lah dapat tgkk doraemon walaupun patung ..


EmoticonEmoticon