Sunday, December 24, 2017

Pengalaman Bermain Salji Di Hokkaido | JAPAN WINTER TRIP HOKKAIDO (part2)


pengalaman musim sejuk ke hokkaido japan


WINTER TRIP HOKKAIDO 2017
(HARI KEDUA)

Konichiwa..,

Ok aku nak sambung cerita hari kedua aku di Hokkaido Japan..., tak nafikan Jepun memang negara yang best.! tapi pengalaman musim sejuk atau winter di Hokkaido Japan sangat-sangat bermakna buat aku...(sembang macam pernah pergi jepun banyak kali)

Hari 1st kalau korang baca atau tengok gambar-gambar aku tak banyak sangat gambar snow yer dak..? yola jadual 1st day tak padat sangat sebab masa terhad dan agak penat.. pergi indoor (doraemon park) dengan Ainu Musium  sahaja

Bagi aku jadual hari kedua ini paling syok..!! sebab ada aktivi bermain dengan snow..!!! kau gila apa negara aku takda snow.., tetiba dapat tahu nak main snow sure la ghairah kan .....hihi.. dia punya teruja malam pertama pun tak teruja gini hahahahahha

sudah sudah aku tanak melucah...., korang apa tahu

*************************************

Hari kedua ni baru aku tahu yang musim winter ni jepun gelap dia awal pukul 5pm gitu dah gelap ! tapi cerah dia kira lewat gak, ala-ala macam dekat Malaysia.., pukul 7 gitu baru cerah...

So kami di hotel selalu dikejutkan dengan wake up call dari pihak hotel jam 6.30am.., korang nak tahu dak..? pasal wake up call ni aku nak cerita sikit pengalaman budak kampung macam aku ni.., kohaja betul wake up call ni,

Kira ok dah tel hotel aku tu berbunyi "trutt truttt" 2 kali dering aku terus terjaga dan angkat.., bila aku angkat dengar la dia cakap " good morning bla bla bla, now 6.30am bla bla bla "  aku pun balas la "yes good morning... tha..." belum habis sebut thanks dia dah potong cakap aku ...tetiba dia cakap bahasa jepun..., aku pun diam je la.. tetibe dia ulang balik bahasa omputih tadi..!!!! derm..!!! sah yang call aku tu robot operator rupanya..!! hampeh..malu je cakap sorang-sorang..

Takpa la..yang tahu kebongokkan aku tu aku sorang je., wake up call tu tak tahu sebab dia robot! hahahahaha, lantak kau janji berguna kejutkan aku ...waktu subuh masa aku pergi 5am gitu..so 6.30 aku bangun tu memang dah hujung2 subuh...

Ok pagi tu aku bekpes simple sahaja di hotel sebab aku malas makan banyak nanti terberak pulak sepanjang trip... , masa aku bekpes tu terus check out, sepantang trip 6hari 5malam di hokkaido ini memang setiap hari akan tidur di hotel yang berbeza... so memang penat dan leceh sikit

So lepas bekpes, dalam jam 8.15a.m macam itu coach memang dah tunggu kami untuk gerak ke lokasi pertama pada hari kedua ini iaitu..!!!!

MOUNT USU ataupun USUZAN ROPEAWAY


*********************************************

Jarak perjalanan dari Hotel The Lake View Toya Nonokaze Resort ini ke Mount Usu dekat sahaja lebih kurang 15minit..isap okok sebatang dah sampai hehe..

Korang tahu dak sampai-sampai sahaja di parking Usuzan Ropeaway ni.., aku dengan rakan blogger lain dah macam sakai..., biasa la masih mood jakun lagi tengok salji hahahahah

Aku pun tergolong sakai turun-turun coach jumpa signboard Usuzan Ropeaway terus berlari ajak Namee minta tolong amik gambar..! Yela antara semua yang paling lama aku kenal si Namee sahaja...,Thanks dekat Namee sebab sepanjang trip ini memang dia yang banyak tolong amikkan gambar aku.. awal-awal nak minta tolong kak fila takut sebab macam garang...!!! tapi lama-lama kenal..hurm., tak habis-habis ala cik ta nak sekeh je rasa hahahaha


harga tiket usuzan ropeway

kau tengok terserlah gila gaya sakai budak tak sabar nak naik cable car


lepas posing dengan signboard opkos la nak posing ala-ala model jepun yer dak..? tu belakang nampak gunung usu.., sat lagi aku nak naik cable car dah... hehe

Ok aku nak share sedikit info pasal gunung usu ni atau bahasa jepun dia USUZAN.., Gunung Usu ini merupakan gunung berapi yang masih aktif., dalam 100 tahun yang lepas dia dah meletus sebanyak 4 kali..kurang lebih 30 tahun sekali dia akan meletus...last usuzan meletus adalah pada tahun 2000 masa tu aku masih sekolah menengah 

Nak naik atas gunung usu ini korang kena naik cable car..., dari bawah ke atas amik masa lebih kurang 6 minit sahaja dan berlepas setiap 15 minit. So korang tak perlu tunggu lama pun


Cable car usuzan ini boleh muatkan seramai 106 pada satu masa.., dalam cable car ini korang boleh tengok tempat menarik iaitu Lake Toya., Usuzan , lembah gunung berapi

Korang boleh tengok video pendek bawah ini.., aku tunjuk sikit view dari bawah ke atas..



Lepas sampai puncak cable car ini... korang kena jalan kaki untuk ke lingkaran gunung berapi yang masih aktif..! dekat Malaysia takda oi.... korang boleh jalan ke atas tu dalam 10minit.. sepanjang perjalanan korang memang boleh tengok view view yang sangat cantik..!! untung aku datang masa winter ini sebab semua view lawa hihi



Penat gak jalan kaki ke atas tu.., tapi berbaloi woi sebab Allahu..cantik sangat... ni aku taip ni pun sambil mengalir air mata...punya terharunya kecantikan dia hehe



Masa naik ke deck bahagian atas tu aku selilih dengan seorang pakcik ni.., dia dari Osaka Japan.., umur dah 70an katanya... so aku ajak bergambar sebab nak bagi semangat dekat korang, tengok ni orang tua pun larat jalan kaki sampai ke deck bahagian atas ni hehe


Ok dah sampai atas ni korang dah sampai ke spot kawasan untuk tengok kawah gunung berapi usu yang aktif tu...!!




Gambar atas tu kalau korang tengok...bahagian belakang tu adalah kawasan kawah gunung berapi bila dia akan meletus..., dalam gambar ni korang tak boleh la tengok ada asap-asap tu.., ke korang nampak ada gak gambar asap belakang tu hehe



Ni track laluan untuk korang ke kawasan kawah gunung berapi...! kalau korang nak betul-betul pergi ke kawah tu ini adalah laluannya. Kalau nak jalan kaki 40minit gak la..so takda kojo aku nak penat-penat pergi sana hihi

Dari atas ini korang juga boleh view lake toya., kawasan penempatan kampung , laut pasifik, kawah gunung berapi dan yang paling penting bila musim winter korang akan dapat tengok semuanya cantik hihi...sekali lagi bersyukur dalam datang sini pada musim sejuk..!!!!

Lepas dah puas view.. aku apa lagi.. ajak kawan-kawan sesi bergambar lompat la..!!!






Kalau nak tahu... nak dapat gambar yang cantik masa melompat ni amik masa yang sangat lama hahahaha...!! kalau sorang-sorang ok lagi ni 4 orang..

kejap-kejap si namee ni lambat...!  kejap-kejap si kak fila ni orang dah lompat dia selamba rilek cakap

"kejap kejap tunggu tunggu"

ok tunggu la untuk lompat lagi..,lepas tu orang dah lompat dia cakap lagi

"oi kira sampai berapa baru lompat ni"

Kak fila oi biasa orang kira 1,2,3 lompat la hahahahahha..., tapi enjoy betul kepala semua orang ni...syok gila-gila semua

Habis semua lompat-lompat ....kami semua turun balik ke bawah..., untuk ke deck yang lagi satu untuk spot view LAKE TOYA pula. Patah balik ni ok sikit sebab turun tangga..tadi penat sebab naik tangga hihi



Inilah dia deck untuk spot view lake toya...aku tak tau tulisan jepun tu cakap apa...yang aku tahu ini kawasan untuk view lake toya hahahahah


Haaaa nampak gambar aku posing poyo atas tu.., motif utama bukan nak tunjuk muka gedik aku tu, tapi nak tunjuk view LAKE TOYA belakang tu..!! cantik kan..???

Lepas turun Usuzan ni aku tunjuk korang secara dekat apa ada pada LAKE TOYA ini.., untuk info LAKE TOYA ni adalah tasik semula jadi hasil daripada kesan gunung berapi. Yang uniknya dia takkan beku walaupun pada musim sejuk kuasa ALLAH yer dak.




Owhhh terlupa., kalau korang naik usuzan waktu winter., wajib cuba main menatang ni..!! aku rasa musim lain takda kot main gelongsor ni..

So aku dengan rakan blogger lain macam sakai main menatang ni.., paling hampeh kak fila la hahahahah dia tu manusia paling banyak tergolek di HOKKAIDO hahahahahah, jangan bagitahu dia wei aku bahan dia ni


Jadi korang kalau datang ke HOKKAIDO., USUZAN adalah salah satu lokasi wajib yang korang patut pergi..!

HARGA TIKET USU ROPEWAY

Adult :
 Return  :1500 yen
One-way : 840 Yen

Children 
Return : 750 yen
One-way : 420 yen

**************************************

Lepas Usuzan kami pergi naik Ferry untuk pusing-pusing LAKE TOYA. Tadi dari puncak Usuzan kita tengok dari jauh kan Lake Toya

Ni aku cuba sendiri layan Lake Toya , tasik yang takkan beku walaupun pada musim sejuk.


Korang kalau dah sampai sini alang-alang boleh la naik ferry pusing-pusing tengok keindahan tasik toya ini


Inilah dia ferry yang aku akan naik.,besar gila wei ferry dia.. mula-mula aku ingat menatang yang besar ni rumah ke apa., sekali itulah dia ferry hihi.

Ada 3 tingkat ferry ni..tingkat bawah tempat lepak duduk-duduk., tingkat 2 atas jual sourvenir dengan mini cafe, tingat atas sekali deck untuk korang menikmati keindahan luar tasik



Mula-mula masuk ferry ni aku terus naik ke tingkat paling atas.., dalam hati aku cakap "apa jadah la dorang naik ferry lepak bawah"

Tapi kutukan kecil aku itu meleset..!! aku naik atas ini pun kejap jer wei...dalam 15 minit gitu..lepas tu masuk balik ke bawah.. sejuk gila woi..!! dasar tak sedar diri punya orang hihi

Ferry ini akan pusing tasik dalam 40minit.. dapat la tengok view view yang cantik..., macam aku cakap musim winter ni semua view korang akan cantik dengan snow


HARGA TIKET FERRY LAKE TOYA

Adult : 1450 yen
Children : 710 yen

******************************************

Lepas dah penat semua.., kami singgah lunch di restauran yang top di area lake toya ini iaitu 

MINGEI GOTEN


Dari ferry tadi tak sampai 10 minit restauran ini.., aku walau dalam kelaparan secara jujurnya tak teruja dengan kedai ini sebab biasa la tak makan seafood hahahahaha


Memang mewah makanan kami sepanjang di Japan ni..., cuma masalahnya aku tak makan seafood jer.., kawan lain memang happy dengan segala makanan yang JNTO sediakan


Bila pihak JNTO tahu aku tak makan seafood.., dorang sedaya upaya sediakan makanan untuk aku makan terharu sangat. Jadi dalam kedai ni dorang sediakan aku mee yang diperbuat daripada kanji dengan sup..so boleh juga la aku makan...


Apa yang aku tahu menu popular dekat kedai ini ialah Scallop dia.., sebelum kami makan staf kedai ini ada buat demo cara nak korek korek Scallop dari cengkerang dia..

Biasa dekat hotel kita makan terus isi dia jer hehe.....sembang macam la aku makan seafood hahahaha


Gambar atas ni adalah scallop yang telah dikupas keluar.., lalu di stim atas mangkuk kecil ni lebih kurang 10minit kot..aku pun tak ingat hahahahaha

***********************************************


Habis-habis makin kami semua meneruskan perjalanan ke tempat paling BEST...!!! iaitu

RUSUTSU RESORT

Perjalanan dari lake toya ke Rutsutsu Resort ini agak jauh sikit sejam gitu..., dan dekat sini la aktivi kemuncak iaitu GAME SNOW..!!!! aku akan cerita Entri Khas lain la Rusutsu Resort ni... penat menaip dah ni hehe

Aku bagi korang tengok Video ni dulu... layan...





NEXT aku sambung lagi..!!



Artikel Terkait

13 comments

Rugi2 ujang tak makan seafood mesti fresh,dah agak dah hehehheh subhanallah view memang cantik,semoga berpeluang menikmatinya nanti.

bukan senang nak main salji ni... syukjr lah dapat :p

Bestnya wey.. Giler cantik semua tempat ni. Kalo aku nak p sana, ko jer la jadi tour guide boleh? Hahahhaa

Hebatnya winter anda..jauh berjalan luas pandangan

bukan senang aku nk baca blog ujang HAHAHAHHAHHAHA. aku datang baca!!!! go go ujang! next entry plss... go go! bapakk besttt salji woooo , bila aku nk pegi niii hukhuk

terbaek ujang...kak ila nak gi hokaido bln 2 nnt... mmg rezeki la dpt baca ctitan ujang ni..akak nak tau harga tiket tempat2 ni senang nak letak budged... blm apa2 abis dah kat 10k yen ni.... huhu... ujang kalau boleh tunjukla harga makanan ye... sbb tgh nak allocate budged makanan jugak.... last ly nnt ujang citer pasal persiapan ke hokaido ye...dari pakaian ke preparation $$ semua ok...tq ujang

Cantik nya view.. seronok dapat main salji.

ohoi bes gilak ujang. hrp dpt p next time. hehehe

bestnya baca travel jepun kna tgu sambungan lagi

Subhanallah cantiknya pemandangan, kalau bawa anak-anak mesti tak tahan sejuk salji tu

Entry best.. Tak mengecewakan bila ujang bebel pnjang..😂 sila kekal prestasi merapu kelaut anda..

Bestnya! Gambar pun cantik kita yang tengok pulak terasa sejuk salji tu haha


EmoticonEmoticon