Wednesday, December 27, 2017

Tempat Menarik Di Bandar Otaru Hokkaido

JAPAN WINTER TRIP ( part 3)
Tempat menarik sapporo

Kali ini aku kongsi TEMPAT MENARIK DI BANDAR OTARU, SAPPORO

Hari ke 3 seperti biasa, aku kena checkout dari RUSUTSU RESORT...sebab aku dengan rakan blogger lain akan ke Otaru...dan seterusnya checkin di Sapporo.



Secara jujurnya aku dengan rakan blogger lain tak puas duduk sehari di RUSUTSU RESORT., sebab terlalu seronok lepak situ dengan banyak aktiviti menarik dan banyak tempat bergambar menarik hehe

Tapi takpa sebab kami datang Hokkaido bukan nak jalan satu tempat sahaja hehe...so amik pengalaman tengok bumi Jepun ini di lokasi seterusnya iaitu OTARU CANAL ! Kami bertolak dari Rusutsu Resort dalam 8.30am macam tu..., perjalanan dari Rusutsu Resort ke Bandar Otoru mengambil masa lebih kurang 2jam gitu termasuk berhenti rehat.

************************************

Dalam perjalanan dari Rusutsu Resort ke Otaru.., kami berhenti rehat sebentar di KIMOBETSU, dekat sini kami berhenti rehat 20-30 minit gitu. Kira tempat kami berhenti di Kimobetsu ni macam RNR la....


Aku memang pantang Coach berhenti dekat mana-mana.., aku sure akan cepat-cepat turun coach untuk amik gambar atau menikmati hujan snow hihi..


Di RNR Kimobetsu ni memang terkenal dengan makanan dia iaitu AGEIMO..  korang tengok dekat signboard dia tu..punya besar gambar Ageimo dia yer dak.? so kalau orang tanya

 "apa makanan popular di kimobetsu "

korang dah boleh jawap AGEIMO..., mana la tau soalan ni ada dalam who wants to be a millionaire hihi., jadi kalau korang ke Hokkaido selain cari seafood wajib cuba Ageimo ni ok..!! dia macam cekodok tapi kentang dan dalam dia ada manisan macam butter

Masa berhenti rehat di Kimobetsu ni., tour guide kami ada bagitahu yang kalau nak rasa snow yang best atau halus-halus dekat sini tempat last.. sebab dekat otaru atau sapporo tak jumpa dah snow yang gebu macam ni..

So aku apa lagi memang melepaskan keghairahan snow empuk buat kali terakhir...part ni aku dengan kak fila memang win..!! namee dah tewas kesejukan dia lepak dalam coach hihi, si jocko dia busy buat video vlog dia...segan aku nak kacau hehe

So kak fila amik gambar aku...aku amik gambar dia...


Korang tau dak sejuk namati baring gini..!! tapi layan..macam baring atas tilam VONO hahahaah



Ini aku tak tahu apa gila aku duduk tepi jalan...!! konon-konon nak jadi goku la duduk atas awan guling


Tersedar dari lamunan...itu pun sebab ada bus nak lalu tempat aku duduk ni tengah jalan hahahaha...


Ni aku tak tahu apa gaya kak fila...dah ada dalam camera aku so tepek je la gambar ni hahahahahah


makanan ageimo

Dan puas bergambar....kami naik atas coach untuk makan Ageimo..., musim sejuk sejuk memang syok makan ageimo panas panas...hehe

************************************
OTARU CANAL

Gedebak gedebuk gedebak gedebuk dalam coach, akhirnya kami sampai di Bandar Otaru., Siapa yang datang ke Hokkaido, Otaru adalah salah satu bandar yang wajib korang singgah. Otaru merupakan bandar pelabuhan yang penuh bersejarah .  Pada zaman dahulu tempat ni adalah tempat industri yang penting untuk perikanan. Masih banyak gudang2 lama dan bangunan yang lama digunakan zaman dahulu dikekalkan untuk menarik perhatian pelancong.




Sampai di otaru dalam tengah hari., waktu ni memang tengah lebat hujan snow... so sakai-sakai orang kampung macam aku ni happy je hahahaha, suhu masa ni -5... memang sejuk namati ok...!!

Tapi memang aku perasan, snow di kawasan otaru atau sapporo ni berbeza dengan snow di Rusutsu.., snow di Rusutsu lebih halus... haa korang boleh bayangkan tak..? selain itu maksudnya aku takleh move on lagi syok main snow di Rutsutsu hahahaha



Masa aku sampai otaru canal, memang agak ramai pelancong asing.., port wajib bergambar adalah dekat tempat aku bergambar dengan awek ni..

Ekceli awek ni minta aku tolong amikkan gambar dia.., aku biasa la gentlemankan, so tolong la amikkan gambar, sekali dia ajak aku bergambar sekali ., kita rakyat Malaysia penuh budi bahasa so layankan jer la bergambar hahahahaahhaa



Yang buat Otaru ni paling famous ialah Canal Area atau terusan dia. Terusan ini menjadi sebahagian dari laluan penting bagi kapal2 kecil yang bertindak sebagai pengangkutan untuk membawa barangan2 dari kapal besar ke gudang2. Dalam tahun 1980an terusan ini telah dibaiki dan dikekalkan sejarahnya untuk tarik minat pelancong ke Otaru. Gudang2 berdekatan di tukar menjadi kedai makan dan juga muzium.

***************************

Selepas selesai bergambar di otaru canal., kami lunch di Restauran yang diberi nama 

MINSHUKU AOTSUKA SHOKUDOU


Sini memang popular dengan ikan bakar dia dan scallop..., aku akan buat entri khas semua restauran di Hokkaido nanti ok hehe

*************************************

Selepas lunch kami singgah solat di Masjid  Al-Noor Otoru




Otaru adalah salah satu tempat yang mesra muslim. Masjid-al-Noor adalah salah satu masjid paling terkenal di Jepun. Ia juga di panggil sebagai "Masjid Otaru" oleh penduduk tempatan kerana ia terletak di Otaru-shi . Masjid ini dirasmikan pada tahun 2009.


Masjid ini ada 3 tingkat , ruang solat wanita berada pada tingkat paling bawah.., sangat selesa dan bersih. Rasa bangga dengan penduduk muslim disini. Imam dia dari Pakistan dan memang ramai orang pakistan yang duduk area masjid al noor ini


Ada tabung dalam masjid ni.., nampak tak ada duit Malaysia dalam tu, jangan la tanya berapa aku letak hahahahaha



ini ruang solat wanita, tingkat paling bawah, toilet pun ada sini jangan risau bersih


ruang wuduk yang simple dan bersih.

***************************************************

Lepas solat kami terus ke bandar otoru., tak jauh pun dari masjid dalam 5-10 minit gitu.., disini kami diberi masa sejam untuk jalan-jalan tengok bandar otoru

BANDAR OTARU

 
Aku macam biasa sakai bergambar sakan di mercu tanda kot hahahaha


Kalau korang datang hokkaido., memang akan banyak jumpa kedai LeTAO ni.., boleh la cuba semua makanan yang dia ada... dekat banda Otaru ni pun ada 


Masa ni ada free tester dessert...! si Namee dengan kak fila memang pantang tengok benda free ni hahaha, ekceli aku pun makan tapi takda orang tolong amikkan gambar...hurm..



Tetiba teringin OOTD di tengah-tengah jalan..



Gambar ni aku tak paham dengan semua gaya.., yang aku peace dekat siapa.? si namee shuffle ke apa tu..? si jocko jadi tugu kot..!! ni gara-gara candid by kak Fila la ni..

Aku tepek gambar-gambar sekitar bandar otaru ok..korang layan gambar je la..



**************************************

OTARU MUSIC BOX

Ok dah puas sakan di pekan ke bandar Otaru tadi., kami pergi buat music box. Kalau korang nak tahu Otaru juga terkenal dengan music box. Aku dah sampai sini baru tahu yang Otaru memang terkenal dengan music box dia.. so kami layan buat sendiri music box..

Meh aku bawak korang tengok macam mana gaya dan cara untuk buat music box sendiri.

Langkah 1 : Pilih music box korang



Korang kena pilih jenis music box sendiri., maksudnya lagu apa yang korang nak dan bentuk macam mana yang korang nak, so aku pilih lagu "let it go (frozen)" harga dia 1296 yen

Langkah 2 :Pilih jenis music box dan aksesori 

Part ni payah sikit dan amik masa agak lama, sebab rabun mata nak pilih item-item yang kena dengan lagu kita pilih hehe


Tengok la masing-masing gelabah tak tahu nak pilih yang mana... aku share dengan korang beberapa gambar item dengan harga-harga dia sekali ok

 
 

Untuk frame music box aku pilih jenis macam gambar atas tu.., kak fila pun amik jenis sama macam aku..sibuk je tiru hahahaha. Jocko amik jenis yang kotak boleh tutup.., si namee pilih jenis kecik sikit.


So inilah dia pilihan music box aku bersama dengan aksesori dia.

Langkah 3 :  Buat bayaran di kaunter selepas pilih aksesori semua

Total berapa harga music box ini aku tak tau hahahahahah

Langkah 4 : Mulakah cantuman music box bersama aksesori

Sebelum nak buat cantuman, korang kena susun dulu dan fikir betul-betul sebelum nak letakkan pada music box tu




untuk melekatkan item-item tadi kita kena guna gam ni.., comel je...


Mula sekali aku tampal dulu music box pada papan dia..., eh tengok muka aku tampal music box pun nampak comel je hahahahahaahah


Lepas tu calit lagi gam-gam tu untuk tampal benda lain..., masa buat ni memang semua fokus dengan benda masing masing.. ala-ala macam jawap SPM pulak hahahaha


Kak fila dengan Namee tu apa tah yang dorang buat..., Namee tu aku percaya lagi memang nampak kreatif sikit.., tapi si Kak Fila tu tengok muka je konfiden hahahahaahah



Akhirnya selepas beberapa minit siap juga music box aku....., comel kan..? siapa cakap tak comel aku unpren korang..!!!

Langkah 5 : Tunggu sehingga gam kering 


Korang kena tungga dalam 30minit untuk biar gam betul-betul kering, kedai akan tolong korang packing semua music box tu dalam kotak.

***************************************

Sementara tunggu music box kami siap.., kami pergi 

Otaru Music Box Museum


Dekat sahaja otaru music box museum ini dengan kedai kami buat music box tadi, dalam 100meter sahaja. Masuk ke dalam otaru music box ini percuma sahaja.

Otaru music box museum ini dibina pada tahun 1912 dan ia merupakan antara museum music box terbesar di jepun 

Sebelum korang melangkah masuk ke muzium, korang akan nampak jam canggih di pintu masuk. Jam ni dibina oleh horologi Kanada Raymond Saunders.  Jam tu akan memainkan 5 jenis music setiap 15 minit

 

Siapa pergi otaru tak singgah sini boleh kata tak cukup syarat..! Kalau korang masuk dalam ni memang rambang mata tengok music box dorang..

***********************************

Habis pusing-pusing kami semua dah penat..., malam ini kami terus gerak ke SAPPORO... dan tidur di hotel 

RICHMOND HOTEL SAPPORO

Untuk cerita hari ke 4 aku sambung nanti ok... bobai..!!!





2 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon