Tuesday, March 6, 2018

LAZZ SUSU KAMBING TERBAIK UNTUK ANAK

--Letakan kode script unit adsense hasil parse disini--

susu lazz kambing


Salam.,

Siapa pernah minum susu kambing...?  belum atau pernah minum tak kisah la, janji korang baca info aku nak sampaikan ni hahahah

Jujurnya aku tak boleh minum susu kambing, daging kambing pun aku tak makan.., dia bukan level tak suka tau., tapi level sampai boleh muntah bila makan atau minum hehe., rugikan jadi manusia bernama ujang ni hahaha...


Ok ni aku nak cerita pasal satu jenama susu kambing yang popular di Malaysia iaitu LAZZ. Aku mula kenal Lazz Susu Kambing ni masa bulan puasa tahun lepas waktu bulan puasa.. Sebab selalu nau keluar iklan dia dekat Telibesen.

Lepas tu nampak akak opis dok minum susu lazz ni, last sekali aku tengok ramai rakan blogger review positif pasal Lazz Susu Kambing ni jadi tanpa sengaja aku pun terasa nak cuba Lazz Susu Kambing ni hehe.... ok itu serba ringkas aku bersama Lazz Susu kambing

*yes mukadimah aku takda ayat 'yer dak'

*****************************************

Macam aku bagitahu tadi, aku ni sejenis manusia yang tak boleh minum susu kambing, so kenapa aku nak cuba Lazz Susu Kambing.? Motif sebenar aku nak cuba ialah untuk anak-anak aku .., aku tertarik sebab ada terbaca yang Susu Kambing Lazz ini baik untuk kanak-kanak 

susu kambing lazz


Aku ada terbaca salah satu kelebihan Lazz Susu Kambing ini boleh menambahkan selera makan budak, Si Zafirah ni memang sejenis budak yang kurang makan so agak merisaukan juga..,jadi aku bagi si Zafirah ni minum susu Lazz dan Alhamdullilah dia suka Lazz Susu Kambing ni.

Ni antara kebaikan Semulajadi Susu Lazz untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.

- Kalsium , membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat
- Rendah Lemak Tepu ; pilihan yang tepat untuk kanak-kanak
- Vitamin B1; diperlukan untuk membebaskan tenaga dari karbohidrat
- Vitamin B12; Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
- Vitamin C; Meningkatkan Penyerapan Zat besi dari sumber bukan daging
- Magnesium; menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium


susu lazz dan budak-budak

Macam Zafirah ni dia suka Lazz Susu Kambing dengan kurma.., setiap pagi aku akan bagi dia minum segelas ke secawan ek..lantakla yang penting dia minum waktu pagi hahaha

Tapi cerewet sikit , dia nak minum yang sejuk sahaja. So kena la bancuh dia air sejuk., tapi kena bancuh dengan air panas dahulu baru campur dengan air sejuk...

Lazz Susu Kambing ni ada banyak perasa.., original, choco, kurma dan terbaru Lazzcafe.

susu lazz cafe

Dari review yang aku baca LazzCafe ni sedap..aku tak cuba lagi, nanti nak cuba la hehe.....

****************************************

Biasa ada orang tanya Lazz Susu Kambing ni ibu menyusu boleh minum dak..?  Yes sure..!! Lazz Susu Kambing boleh diminum seawal usia 2 tahun dan keatas

Ini bermakna sangat sesuai dimininum oleh semua..


'

Ini ada beberapa saranan untuk korang yang 

Lazz set sejoli (untuk mereka yang ikhtiar hamil)
 (Lazz Kurma untuk isteri, Lazzcafe untuk suami)

Lazz set mak buyung  ( untuk ibu kesihatan mengandung)
(Lazz Kurma dicampur dengan Lazz Choco)

Kombo Susu Meriah (khas untuk ibu yang sedang menyusukan)
 Lazzcafe dicampur dengan Lazz Kurma dan Lazz Choco

Set untuk diet tanpa sukrosa
 (Lazz Asli dicampur dengan Lazz Kurma)


 So , kalau korang nak cuba untuk minum Lazz Susu Kambing , boleh dapatkan susu-susu Lazz ini daripada ejen-ejen/stokis berdaftar yang terdekat dengan korang ataupun lazz.lazzdelivery.com untuk tempahan secara online.

Dalam website dorang juga banyak testimoni menarik untuk korang baca mana yang sesuai untuk korang...



*lazz susu kambing tak tak hamis so aku boleh minum hehe

4 comments


EmoticonEmoticon