Thursday, April 5, 2018

3 SEBAB DEMC TUKAR NAMA KEPADA AVISENA


Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, negara dan pelanggan antarabangsa.


DEMC berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. DEMC berbangga dengan reputasi mereka untuk mewujudkan satu pengalaman yang benar-benar prihatin di DEMC. DEMC sentiasa cuba menyediakan perkhidmatan baru dan keperluan pelanggan melalui penglibatan dan perkongsian strategik.

Jadi kenapa DEMC mahu tukar nama kepada AVISENA..???????

Kebiasaanya satu syarikat akan "rebranding" disebabkan  ada penukaran pemegang saham yer dak.. ataupun syarikat sudah muflis ? tapi DEMC tukar kenapa AVISENA bukan kerana sebab-sebab itu. Pemilik dan pemegang sahamnya masih sama.

Bawah ini aku kongsikan antara sebab utama DEMC tukar nama kepada AVISENA


Lebih Komersial

Darul Ehsan Medical Centre atau DEMC sangat sinonim dengan penduduk di Shah Alam atau lebih tepat lagi penduduk di Negeri Selangor. Jadi antara punca utama DEMC tukar kepada AVISENA adalah untuk jangka masa panjang. Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980

Buka Cawangan Lain

Pemilik AVISENA sudah tentu ada MISI dan VISI jangka masa pendek dan panjang., jadi dengan pemilihan nama AVISENA, Mereka telah meranjang untuk buka cawangan di negeri lain. Jika masih menggunakan nama DEMC atau Darul Ehsan Medical Centre, agak kurang manis bila digunakan di Ipoh contohnya yer dak.? kerana nama Darul Ehsan sangat sinonim dengan Selangor hehe. Selain itu mereka juga merancang akan buka cawangan diluar Malaysia.


Menambah Baik Servis dan Imej

DEMC sudah beroperasi lebih 20tahun, jadi mereka menukar kepada AVISENA bukan sahaja pada nama dan juga logo . Mereka telah menambah baik dari segi peralatan, serbis, perhidmatan dan juga imej.



Semua staf AVISENA ada uniform yang baru dari pekerja biasa sehingga Dr pakar. Kalau korang yang biasa pergi DEMC jangan terkejut dengan pakaian baru dorang dengan Imej AVISENA. Staf semua masih sama cuma mereka sudah ada uniform baru.

Mereka juga menjanjikan serbis yang lebih baik dan yang paling penting mereka masih mengekalkan harga perhidmatan yang lama.

AVISENA juga menyediakan parking yang agak banyak, dan kawasan sekeliling pun mempunyai parking yang mudah.

Selain itu bagi aku persekitaran yang selesa dan serbis dari pekerja yang puas hati secara tak langsung boleh meringankan beban sakit kita yer dak.?


******************************************

Secara peribadi aku kenal DEMC ini kerana ramai rakan yang review mengenai serbis bersalin disini. Ramai juga rakan blogger sendiri yang pernah bersalin disini dan mereka memberikan review yang positif.

DEMC atau AVISENA memang terkenal dengan imej Stafnya dan Persekitaran Hospital yang sangat selesa.

Korang nak tahu siapa Executive Committee Members AVISENA..?



Berdiri Dari kiri ke kanan : 
Shahrin Shafie, Ahmad Tazilan Mokhtar, Nor Hafidah Mustapha, Muhaimin Ooyub Shafie, Norsilayati Kamal Ariffin, Rosmawati Osman.

Duduk Dari kiri ke kanan :
Mazidah Umar, Dr Abdul Razak Hamzah, Dato’ Dr Omar Abd Hamid, Haslina Zainuddin.


Nampak? masih muka-muka yang sama DEMC ke AVISENA hehe... Dato Dr Omar masih ada disitu hehe

So tahniah aku nak ucapkan kepada AVISENA...









************************************

Alamat
Darul Ehsan Medical Centre No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 

Nombor telefon
603 – 5515 1888 (General Line)
 603 – 5515 1966 (Appointment Line) 
603 – 5515 1815 (Fax

 Laman web
http://avisena.com.my/

 Email:
 careline@avisena.com.my

2 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon