Tuesday, May 15, 2018

Harga Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa 2018




Boleh dikatakan selalu juga aku pergi Iftar di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya ni. Siapa yang pernah Iftar di sini sure sudah biasa dengan keunikan di Restauran Verandah. Baru ini aku dengan keluarga sekali lagi sempat merasa menu Berbuka puasa untuk tahun 2018.

Seperti biasa menu yang wajib ada pada setiap kali berbuka puasa ialah KAMBING GOLEK




80% orang yang berbuka puasa pasti akan kejar Kambing dahulu betul tak..? Jadi mana-mana kambing sudah pasti beratur panjang .

Sukacitanya dimaklumkan aku bukan penggemar kambing...bukan tak gemar sahaja.., senang cerita aku tak makan kambing hahahahha 


Tapi kau buat la macam mana pun isi kambing dari gemuk bila hujung pasti tinggal tulang hihi..

Ah sudahla..aku bukan nak cerita kambing hehe., aku nak share dengan korang yang menarik Iftar di Cyberbiew Resort&Spa ialah tahun ini ulang tahun mereka yang ke 20. Jadi pada 20 may 2018 nanti....akan ada diskaun sebanyak 40%.

Pada Iftar 2018 ini., Di Cyberjaya Resort& Spa ada menyediakan 26 stalls yang menghidangkan masakan dari pelbagai budaya seperti Chinese, Japanese, Korean, Italian, Spanish, Mexican dan sudah semestinya masakan tempatan


*******************************************

Harga buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa

Harga walk-in untuk buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa adalah RM149 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah RM75 serta RM100 untuk warga emas. Tetapi jika anda menempah awal pada masa terhad anda berpeluang mendapat harga menarik untuk dewasa cuma RM120 dan kanak-kanak RM45 sahaja serta 20% diskaun untuk pembayaran secara kad kredit.

Sempena ulangtahun ke 20 tahun Cyberview Resort & Spa pada 20 Mei 2018 ini, diskaun 40% diberi pada hari tersebut. Lebih menarik lagi, dengan setiap tempahan buffet Ramadhan secara berkumpulan 150 pax dan ke atas, percuma hot air balloon sunrise ride untuk 2 orang.

Untuk tempahan, hubungi 03-8312 7042/7041.

1 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon