Monday, May 21, 2018

Join Iftar McDonald’s Malaysia Rai Anak Yatim Dan Asnaf


McDonald’s Malaysia bayar zakat

Salam Malaysia Baru.

Alhamdulillah, diawal bulan yang penuh berkat ini, aku berkesempatan mengikuti majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf.

Majlis amal ini anjuran McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang meraikan anak² yatim di perkarangan Masjid Kampung Raja Uda, Klang.


Untuk makluman semua korang, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd ( GARSB) adalah pengendali rangkaian restauran Mcdonal's di Malaysia. Dan yang paling penting, GARSB adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar.!

Aku secara peribadi bila jumpa anak yatim secara berdepan agak sensetif sikit.., kalau tenung mata sorang-sorang tu bergenang juga air mata hehe. Aku jadi sedih sebab terbayang macam mana nasib mereka membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Tapi mereka patut bersyukur kerana "comfirm" mereka tiada dosa derhaka kepada ibu bapa.

berbuka puasa bersama anak yatim


Seronok sebenarnya kita meraikan anak yatim ni, antara sebabnya rasa rendah diri bila berjumpa dengan mereka. Selain itu kita boleh belajar untuk jadi lebih kuat dengan mengambil semangat antusias daripada mereka hehe.

*****************************


Program Kebajikan (CSR) kali ini berjaya menghimpunkan seramai 500 orang anak yatim daripada 12 rumah anak yatim yang diraikan bersempena menyambut bulan Ramadan

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis yang serba ringkas dan santai tapi penuh makna ini dimulakan dengan pemberian sumbangan duit raya kepada  anak-anak yatim. Setiap seorang menerima duit raya sebanyak RM40 sumbangandaripada McDonald’s Malaysia sebanyak RM20 dan RM20 lagi hasil sumbangan peribadi Dato’ Bakhtiar Hussin iaitu Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Manakala setiap rumah anak yatim dan kebajikan menerima sumbangan sebanyak RM10,000. 


Seronok tengok muka gembira dari anak-anak bertuah ni.., tahniah diucapkan kepada semua Ustaz dan Ustazah dan juga Penjaga mereka.

Lagi satu aku nak puji McDonald’s Malaysia mereka menganjurkan Majlis Berbuka Puasa ini betul-betul VIP kan anak yatim. Tak perlu buat di Hotel mewah tetapi VIP sahaja makan berhidang anak yatim pula yang kena beratur panjang untuk mengambil makanan.


Kali ini kesemua tetamu makan berhidang tanpa perlu beratur,  jadi anak yatim semua makan dengan selesa termasuk aku hahahaha


Menu berbuka puasa pula sumpah Sedap gila.., tapi sayang aku tak makan seafood jadi sudah pasti menu utama berbuka puasa aku ialah Mcdonald hehe

nasi mcd ayam

Ini pestime aku rasa Nasi McD, dengan ayam... sedap pulak nasi dia dengan sambal dan sure kenyang sebab nasi dia banyak.


Korang yang belum cuba Nasi McD boleh cuba sebab puas hati..terutama sambal dia hehe

Selepas berbuka puasa Majlis bersambung dengan Solat Tarawih di Masjid Kampung Raja, Klang. Dan McDonald's Malaysia sekali lagi menyumpang moreh untuk semua jemaah dengan menu kegemaran ramai iaitu Burger Mcchicken.

Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Masjid Kampung Raja Uda kerana telah menjayakan program iftar kali ni.

Berikut adalah senarai Rumah Kebajikan yang telah dijemput dalam program ini :

– Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS), Rawang.
– Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya.
– Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang.
– Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang.
– Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang.
– Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang.
– Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
– Rahoma Darul Fakir, Subang.
– Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.
– Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves.
– Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat.
– Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang.

****************************

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Sedikit info untuk pengetahuan korang, Syarikat operasi McDonald’s Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) telah menunaikan kewajipan zakat dengan jumlah bayaran sebanyak RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat negeri – Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Zakat perniagaan telah dibayar pada Disember tahun lalu bagi tempoh satu tahun setelah pemerolehan syarikat oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi, pada 1 Disember 2016.

Zakat telah dibayar kepada pihak berkuasa zakat negeri yang berkaitan berdasarkan aset semasa bersih syarikat yang telah diselaraskan – bagi tempoh mulai 1 Disember 2016 hingga 30 November 2017. Pembahagian bayaran zakat RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat adalah seperti berikut:

Selangor -- RM275,000.00
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur -- RM275,000.00
Pahang -- RM150,000.00
Terengganu -- RM150,000.00
Kelantan -- RM150,000.00

Untuk makluman semua juga, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd ( GARSB) adalah pengendali rangkaian restauran Mcdonal's di Malaysia. Dan yang paling penting, GARSB adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar.!


1 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon