Tuesday, July 10, 2018

5 SEBAB KENAPA PERLU LANTIK 'INTERIOR DESIGNER'


Semua orang bila dah ada rumah sendiri mesti idamkan sebuah rumah yang cantik yer dak? secara peribadi aku sendiri pun bercita-cita nak ada rumah yang memenuhi cita rasa tersendiri.

Kalau aku minat konsep rumah jenis minimalis. Tetapi sebenarnya bukan mudah kita nak dapatkan idea ataupun konsep secara detail. Selalunya bila kita deco-deco sendiri selalu tak kena dengan citasara siapa pernah alami perasaan macam ini.? kalau pernah bermaksud kita geng.. geng takda seni hehe.

Kalau korang pun geng macam aku yang jenis takda idea tapi nafsu membuak nakkan rumah idaman, korang boleh tengok senarai Pereka Dalamam Profesional ini.

Korang pernah dengar Atap.co. ?

Atap.co merupakan satu portal atau website yang menyambungkan Pereka Dalaman dengan pemilik rumah di Malaysia.


Secara ringkas, Atap.co membantu pemilik rumah untuk mencari pereka dalaman yang sesuai untuk renovasi rumah, ofis, dan sebagainya.

Walaupun masih baru iaitu dilancarkan pada April 2016, Atap.co telah berjaya menarik sebanyak lebih 2 juta melayari website Atap.co, satu pencapaian yang luar biasa.


Selain itu Atap.co telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 1000 pereka bentuk dalaman (ID) di dalam pengkalan data platformnya. Secara tak langsung ini membantu pemilik hartanah dalam membuat pemilihan dan keputusan dalam pemilihan pereka-bentuk yang sesuai.

***********************************

5 SEBAB KENAPA PERLU LANTIK 'INTERIOR DESIGNER'

1) LEBIH MENJIMATKAN DUIT ANDA

Bunyi macam pelik kan, lantik orang untuk buat design lebih jimat sedangkan sudah tentu ada kos upah untuk 'Interiror Designer' buat design rumah kita. Tapi apa yang korang perlu tahu, dengan mengeluarkan sejumlah wang, korang mampu untuk mengelakkan dari mengalami kerugian berpuluh ribu atas kesalahan2 yang berlaku semasa proses pembinaan atau mungkin korang tidak berpuas hati dengan finishing yang telah dipilih dan disiapkan oleh pihak kontraktor. Selain itu, dengan adanya design dari designer yang bertauliah, ianya mampu meningkatkan nilai rumah anda terutamanya bila anda bercadang untuk menjual rumah tersebut kelak dan mudah untuk dijual berbanding dengan rumah2 biasa.

2) BUDGETING & PLANNING

Designer mampu untuk membantu anda merealisasikan rumah idaman korang mengikut bajet dan keinginan korang di samping menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat pelbagai research atau survey. Ini kerana designer sudah mahir dan tahu apa yang mereka perlu lakukan dan dari mana sumber untuk dapatkan bahan yang terbaik untuk rumah idaman korang. Jadi, mereka tidak perlukan masa yang begitu lama bagi menyiapkan lakaran design rumah korang.

3) MEMUDAHKAN URUSAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT

Dengan adanya reka bentuk dan lakaran lengkap rumah uolss, ini akan memudah dan mempercepatkan proses kerjasama antara kontraktor binaan, pekerja elektrik dan paiping dan juga membantu tukang kayu untuk menyiapkan tugasan masing2 dengan hanya merujuk kepada design yg telah owner persetujui. Ini dpt mengelakkan daripada rumah uolss terhenti proses kerja pembinaan selama beberapa hari akibat daripada ketidakpastiaan kontraktor kerana belum dpt persetujuaan client dalam perkara2 tertentu.

4) WOW FACTOR

Designer juga mampu memberi 'wow' factor yang korang impikan. Mereka telah dilatih untuk berfikir secara kreatif dan memberi gambaran keseluruhan yang tidak mampu dilakukan oleh client. Berfikir di luar kotak adalah perkara yang dilakukan oleh designer setiap hari dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

5) SPACE PLANNING

Interior design bukan sahaja untuk menyedapkan mata memandang malah sebagai salah satu langkah untuk perancangan dan susun atur perabot di setiap sudut rumah anda di samping memaksimakan ruang yg ada agar tidak terlalu padat atau tidak terlalu kosong.

*********************************

Contoh Interior Design konsep manimalis




Macam aku bagitau awal tadi, aku sangat minat dengan rumah konsep minimalis hehe.., jadi kalau korang nak tengok contoh konsep yang ada, Atap.co ada menyediakan contoh-contoh gambar-gambar portfolio pereka bentuk dalaman  yang profesional

Sumpah meleleh air liur tengok hasil ID yang ada hehe

Selain itu korang boleh baca beberapa tips menarik untuk hiasan dan rekaan dalaman menerusi laman web Atap.co.

Cara Atap.co Berfungsi


1. Pemilik hartanah akan melayari portfolio pereka dalaman di Atap.co.

2. Kemudian mereka boleh meminta sebut harga dari pereka dalaman yang mereka berminat melalui Atap.co.

3.Pereka dalaman akan menerima sebut harga tersebut secara langsung atau boleh memilih untuk unlocked mereka dari 'Lead Marketplace' dengan menggunakan kredit yang telah dibeli sebelum ini.

Jadi proses jadi lebih mudah dah sistematik, segala perjanjian direkodkan.

Jadi kalau korang bercadang untuk renovate rumah tapi tak nampak bayang lagi macam  mana nak design rumah tu? boleh minta sebutharga (quotation) terus dari pereka-bentuk dalaman atau menghantar permintaan secara am kepada pereka klik SINI <-- p="">

*********************************

Hubungi Atap.co

Untuk sebarang pertanyaan atau kemushkilan, anda boleh hubungi:
Berkomunikasi menerusi 'live chat' di laman Atap.co - https://atap.co/malaysia/en
Facebook: https://www.facebook.com/atapdotco/
Instagram: https://www.instagram.com/atapdotco/



EmoticonEmoticon